Resepi bubur pulut hitam | Bubur pulut hitam antara bubur manis kegemaran CN. Kalau dapat makan ni, memang tak sedar dah makan bermangkuk-mangkuk. Lagi-lagi bubur pulut hitam ni dimakan panas-panas ! Fuh, sedapnya! Meh sini CN kongsi dengan anda resepi bubur pulut hitam yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan periuk kesayangan ramai iaitu Noxxa.
Selamat mencuba !
Selamat mencuba !
Bubur bubur pulut hitam Noxxa
Resepi Bubur Pulut Hitam |
Bahan-bahan membuat bubur pulut hitam
>> 2 cawan beras pulut hitam (direndam 30 minit dan toskan)
>> 2 cawan santan
>> 4 cawan air
>> 1 cawan gula (nak sedap boleh letak gula perang)
>> Sehelai daun pandan yang diikat
>> Secubit garam
Cara-cara membuat bubur pulut hitam menggunakan Noxxa
>> Masukkan beras pulut hitam, air serta daun pandan ke dalam inner pot.
>> Tutupkan periuk dan tekan mode HP 45 minit
>> Setelah 45 minit, release kan wap dan tekan mode STIR FRY
>> Masukkan santan, gula dan sedikit garam.
>> Kacau sebati dan didihkan selama 5 minit.
>> Siap bubur pulut hitam Noxxa yang super sedap dan maveles !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa | Alahai periuk Noxxa, ada je projek CN bersama periuk kesayangan ni tau. Kali ni CN nak share resepi kek kurma tanpa telur menggunakan periuk Noxxa. Cantik pulak tekstur atas kek kurma ni dah macam brownies kedut pulak ! Eh ! Kenapa tanpa telur? Telur dah habis dekat rumah, tapi nak juga buat kek. Maka terhasillah kek kurma tanpa telur yang masih gebu gebas dan just nice manisnya.
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa
Kek Kurma Noxxa |
Bahan-bahan membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
3/4 cawan susu kotak/UHT/full cream
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh letak lebih sikit gula tu)
1/2 cawan minyak masak
15 biji kurma dibuang biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
1. Blender kurma, gula, susu dan minyak masak hingga hancur.
2. Kemudian masukkan dalam bekas dan campurkan bahan blender tadi bersama esen vanila.
3. Masukkan baking soda, baking powder, tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam inner pot dan set STEAM 20 minit. Kalau tak suka 'garing', set kan kepada 17 minit sahaja.
5. Periuk Noxxa anda akan berbunyi bising, jangan takut. Biarkan je dia 'melalak'. Hehehe
6. Bila dah siap, tunggu sejuk dan barulah dikeluarkan.
7. Siap sudah kek kurma tanpa telur yang gebu !
Selamat mencuba !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~