EPSA adalah sistem pembelajaran secara online untuk pekerja sektor awam secara PERCUMA di mana-mana sahaja. Bahan pembelajaran EPSA ini adalah dalam bentuk multimedia yang menarik yang bukan sahaja boleh diakses menggunakan komputer, malah anda juga boleh mengakses lamanweb EPSA ini menggunakan smartphone. Paling penting anda akan diberikan sijil jika berjaya menamatkan kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan. Menarik bukan?
Taraa! SURAT TAMAT KURSUS EPSA ataupun senang cakap sijil sebagai bahan bukti anda telah menjalankan pembelajaran kendiri. Cantik kan sijil ni?
Kursus online EPSA |
Jika anda pertama kali mengakses EPSA ini, pastikan anda mendaftar menggunakan email rasmi seperti email YES supaya anda tidak diminta untuk sertakan surat pengesahan majikan.
Baiklah, disini CN kongsikan cara-cara untuk mendapatkan sijil dengan EPSA.
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
1. Buka lamanweb rasmi EPSA >> http://epsa.gov.my/
Log Masuk : No. IC
Password : eps@(6 nombor ic belakang)
2. Gambar di bawah merupakan interface setelah anda log masuk. Untuk bahagian Profil Saya, masukkan gambar anda yang awesome tu sebagai pemangkin untuk kerap log in ! Hehehe..
3. Okay, sekarang lihat di kiri anda terdapat menu Dashboard, myELearning, Katalog Kursus, Kursus Komuniti & Sijil. Klik Katalog Kursus untuk mendaftar kursus.
4. Terdapat pelbagai kategori kursus yang ditawarkan oleh EPSA. Anda cuma pilih kursus mana yang berkenan di hati. Macam CN sudah tentu akan pilih kursus berkaitan dengan ICT dan pembangunan kendiri.
Untuk kategori pembangunan kendiri ni, ada pelbagai jenis kursus yang menarik seperti pengurusan emosi, pengurusan masa, pengurusan stress, personaliti dan pekerjaan serta pelbagai lagi kursus yang menarik.
5. Okay, kali ini CN memilih kursus >> Pengenalan Asas Juruteknik Komputer. Apabila anda klik kursus tersebut, akan keluar popup seperti gambar di bawah. Klik butang yang berwarna hijau >> Daftar.
6. Setelah itu, akan keluar >> Operasi berjaya. Kemudian klik >> Masuk Kursus
7. Masa minimum untuk kursus Pengenalan Asas Juruteknik Komputer adalah 0.5 jam atau 30 minit. Bermaksud anda perlu menjalani kursus ini minimum adalah 30 minit. Jika anda tercepat, atau masa kurang dari 30 minit, maka anda perlu belajar semula.
Tips : Disebabkan CN biasanya ambil masa sekejab je untuk kursus, jadi biar je tab untuk EPSA ini terbuka sambil layan facebook atau update entry ! Hehehe..
8. Klik >> Bahan kursus untuk mulakan pembelajaran anda. Disini terdapat 3 bahagian yang perlu anda selesaikan iaitu Asas Juruteknik Komputer, Assessment (10 soalan) dan Penilaian Kursus EPSA.
9. Petanda aras jika anda sudah tamat kursus adalah simbol berwarna hijau penuh yang bermaksud selesai. Selagi anda tidak mendapat simbol selesai, maka anda perlu mengulang kembali kursus tersebut sehingga selesai.
10. Okay, jika keluar simbol hitam penuh yang bermaksud selesai atau pun keluar garisan panjang hijau yang menyatakan 3 daripada 3 selesai. Itu bermaksud anda telah berjaya menamatkan kursus. Pastikan jumlah masa adalah sama atau lebih dari masa minimum.
Cara mendapatkan sijil EPSA setelah tamat kursus
Setelah menamatkan kursus pilihan anda, kini anda boleh mendapatkan sijil untuk disimpan di dalam fail peribadi anda. Oh ya, jangan lupa untuk update kursus anda di >> SPLKPM >> sebagai salah satu Pembelajaran Kendiri(PK) untuk anda yang berkhidmat di bawah KPM. Kursus ini dikira sebagai salah satu aktiviti LDP anda. Best kan?
Untuk mendapatkan sijil EPSA, klik >> Sijil di menu bahagian kiri untuk menjana sijil. Kemudian klik > Jana Sijil dan >> Muat Turun Sijil.
Taraa! SURAT TAMAT KURSUS EPSA ataupun senang cakap sijil sebagai bahan bukti anda telah menjalankan pembelajaran kendiri. Cantik kan sijil ni?
Sijil tamat kursus EPSA |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bina rumah atas tanah sendiri | CN percaya pasti ramai yang mempunyai tanah sendiri tapi masih mencari-cari kontraktor terbaik untuk bina rumah atas tanah sendiri. Bukan mudah mencari kontraktor dipercayai lagi-lagi mempunyai lesen CIDB. Ayah mertua CN sendiri terpaksa menunggu hampir setahun hanya untuk renovate dapur dan bilik mandi dek kerana percaya kepada kontraktor kawan sendiri. Sudah tentu bila masa yang diambil panjang, maka kos juga akan bertambah-tambah. Berita baik untuk warga Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Don's Builder adalah kontraktor bina rumah yang terbaik & dipercayai serta mempunyai lesen CIDB yang diperakui.
Siapakah Don's Builder?
Don's Builder adalah sebuah syarikat berpengalaman selama 5 tahun dalam membina dan renovasi rumah pelanggan yang memiliki tanah sendiri. Ditubuhkan pada tahun 2014, sehingga hari ini sebanyak 30 buah rumah telah siap dibina tanpa gagal oleh syarikat. Don's Builder yang sangat prihatin dengan peningkatan harga rumah di Malaysia. Jesteru menjadi misi dan visi syarikat berusaha untuk menyediakan perkhidmatan membina rumah dengan harga yang lebih berpatutan agar setiap rakyat Malaysia dapat memiliki rumah sendiri disamping menjaga mutu dan kualiti setiap rumah yang dibina.
Antara projek bina rumah atas tanah sendiri oleh Don's Builder |
Bina rumah atas tanah sendiri dengan Don's Builder
Bukan mudah mencari kontraktor yang sesuai dimana boleh dipercayai, mempunyai lesen yang sah serta paling penting hasil kerja tip top! Paling sedih duit dah bayar tapi kontraktor lari! Waa..menangis tak berlagu kan?
Antara projek bina rumah atas tanah sendiri oleh Don's Builder |
Insyallah Don's Builder boleh membantu, kepada yang nak lihat hasil binaan dan bertanya sendiri dengan tuan rumah, bagaimana " PENGALAMAN " mereka berurusan dengan Dons Builder, anda boleh terus melawat tapak binaan.
Antara projek bina rumah atas tanah sendiri oleh Don's Builder |
DONS BUILDER merupakan sebuah syarikat kontraktor mempunyai lesen perniagaan berdaftar dengan CIDB & Menyediakan perjanjian HITAM PUTIH. Design Don's Builder ini menggunakan khidmat arkitek dan 3D serta nampak seperti real mengikut citarasa anda. Paling penting, design UpToDate Eksklusif khas untuk pelanggan mereka tau.
Kawasan liputan Don's Builder ini adalah Perlis, Kedah & Penang ! Untuk Kedah meliputi kawasan Alor Setar, Jitra, Gurun, Kodiang, Kuala Nerang & banyak lagi. Manakala untuk Perlis pula kawasan Kangar, Arau, Padang Besar, Kuala Perlis, Simpang Empat serta Beseri. Penang pula meliputi kawasan Batu Kawan, Kepala Batas, Juru, Butterworth, Bukit Mertajam, Nibong Tebal dan banyak lagi.
Antara hasil bina rumah atas tanah sendiri oleh Don's Builder |
Mengapa memilih Don's Builder?
>> Berdaftar CIDB>> Pemantauan kerja Quality Control (QC) setiap projek
>> After sales service (24 hours on call)
>> Sistem pengurusan yang professional dan berpengalaman
>> Design dan reka bentuk boleh mengikut citarasa/style Sendiri
>> Khidmat nasihat , 3D rumah & lukis pelan percuma!
>> Urusan pinjaman perumahan disediakan kerajaan / swasta
>> Tak perlu bayar lump sum, bayar secara berperingkat!
>> Wiring & piping Percuma
>> Tapak projek dipantau berterusan
>> Harga berpatutan & hasil kerja kemas
>> Tempoh siap rumah paling singkat 3-4 bulan.
>> Jaminan rumah 6 - 12 bulan dari tarikh terima kunci,
Sekiranya Ada Kerosakan Sepanjang Tempoh Itu, Pihak Don's Builder Akan Baiki Secara PERCUMA!
Bina rumah atas tanah sendiri dengan Dons Builder
|
Harga Rumah dari Don's Builder
Antara harga rumah yang ditawarkan oleh Don's Builder adalah seperti dibawah :
4 Bilik 3 Bilik Air (Saiz 1500kps ++)
>> Harga Asas RM180000
>> Harga Asas RM180000
3 Bilik 2 Bilik Air (Saiz 1200kps ++)
>> Harga Asas RM145000
Pakej Termasuk:
- Bumbung genting
- Tiang konkrit
- Piling (Konkrit pile, bukan bakau)
- Table top 12 kaki
- Siling kapur
- Tile
- Wiring + lampu serta kipas
- Piping dan perkakas toilet
>> Harga Asas RM145000
Pakej Termasuk:
- Bumbung genting
- Tiang konkrit
- Piling (Konkrit pile, bukan bakau)
- Table top 12 kaki
- Siling kapur
- Tile
- Wiring + lampu serta kipas
- Piping dan perkakas toilet
Berbaloi kan? Jadi apa tunggu lagi? Jom hubungi Don's Builder sekarang juga !
Maklumat lanjut mengenai Don's Builder
Website: www.donsbuilder.com
IG: donsbuilder
Fb page: Kontraktor Bina Rumah & Renovasi Kedah Perlis Penang
FB Profile: Rizal Razak
No Fon: 0175828538
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~