Hah, jangan tak tahu. Weekend lepas bila CN pergi event ditemani Encik Suami, Irfan Hensem ikut atuk pergi kenduri kahwin di Pahang manakala Dhia Zahra pulak ikut An Nyah (Makngah Miza) pergi jalan-jalan. Kenapa jadi bunyi An Nyah? Ni sebutan dari Dhia Zahra, comel je kan dia sebut An Nyah? Hehe..
Comel tak Dhia Zahra di apit abang Afiq & kakak Qila? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila scroll gambar lama, tiba-tiba terpandang gambar kek orea aiskrim yang super sedap ni. Yang paling sedap adalah krim aiskrim nya. Sedap sangat sampai berebut hokay ! Alahai, mana nak carik kek orea aiskrim sedap di Telok Panglima Garang ni ye?
Kek Oreo Aiskrim sedap di Telok Panglima Garang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya bila anda ingin mencuba sesuatu product, pasti langkah pertama adalah Google tentang product tersebut. Sudah pasti anda ingin membaca review dari customer tentang product tersebut bukan? Antara lamanweb trusted tentang review product yang menjadi pilihan CN adalah ProductNation. Anda pernah dengar tentang lamanweb ProductNation?
Lamanweb ProductNation |
Review pelbagai produk dari ProductNation
Lamanweb ProductNation bukan sahaja lamanweb yang review tentang produk kecantikan seperti penjagaan kulit terbaik, kecantikan dan tips, malah lamanweb ini juga review tentang produk dari genre teknologi, peralatan dan kereta. Hah ! Satu lamanweb boleh dibaca bersama suami & isteri gituw, menarik kan?
Sudah tentu CN leka mengadap lamanweb ProductNation duk baca pelbagai review produk & tips tentang produk penjagaan kulit. Ia membantu CN membeli dengan lebih bijak gituw. Ialah, bila kita dah tahu tentang kelebihan dan kelemahan sesuatu produk tersebut, ia membantu kita membeli dengan lebih bijak. Paling menarik, siap dengan harga produk lagi. Jadi disini, bukan sahaja dapat tahu tentang detail sesuatu produk, malah dapat membuat perbandingan harga.
Antara artikel pilihan tentang penjagaan kulit terbaik di lamanweb ProductNation |
Sudah tentu CN paling suka baca artikel tentang penjagaan kulit terbaik. Ada pelbagai tips kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki yang boleh dijadikan sebagai panduan. Bukan sahaja review tentang produk, malah ada juga tips kecantikan yang boleh dijadikan sebagai panduan. Hah, dari anda duk leka baca artikel tentang gosip artis, lagi bagus anda baca artikel tentang penjagaan kulit terbaik ini! Banyak faedah gituw. Bukan sahaja boleh cantik, malah makin disayangi suami gituw. Yela, bila dah cantik sudah tentu suami makin sayang kan?
Mencari face mask pilihan di ProductNation
Baru-baru ni selepas pergi mandi manda di pantai Port Dickson, CN mengalami masalah burn yang teruk. Jadi CN mencari face mask yang sesuai untuk mengurangkan masalah burn tersebut. CN tertarik dengan artikel Wajah Anda Pasti Berseri dengan 8 Face Mask Pilihan Kami dari ProductNation ini. Ia memberi tips pilihan face mask untuk masalah CN. Siap dengan harga dan lamanweb yang menjual produk tersebut lagi. Sangat membantu !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 5 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas CN dijemput ke jamuan akhir tahun kelas 4 Sains Komputer (SK) di rumah guru kelas mereka iaitu Cikgu Fifie. Memang meriah dengan pelbagai jenis menu di jamuan akhir tahun kelas 4SK ini. Sudah tentu menu utama adalah ayam bakar yang dibakar dengan sos perapan yang sedap oleh budak-budak ni bersama Cikgu Fifie. CN datang dengan senang hati makan je..best owh..
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Gambar beramai-ramai di jamuan akhir tahun kelas 4 SK |
Bersama birthday gurl yang kebetulan jatuh pada hari yang sama jamuan tersebut dibuat iaitu Syahmina & Ain |
Cikgu-cikgu bersama anak masing-masing dengan Thaneen & Thines |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni memang seronok bila dapat meluangkan masa bersama tersayang. Seronok melayan anak-anak ni, ada je benda yang nak diceritakan. Bukan sahaja Irfan Hensem yang 'kecoh', adiknya Dhia Zahra pun tak kalah hokay. Anak cikgu katakan, memang banyak cakap kot !
Ini video semasa CN duk melayan Dhia Zahra berborak. Maaplah suara serak sebab tak berapa sihat.
Ini video semasa CN duk melayan Dhia Zahra berborak. Maaplah suara serak sebab tak berapa sihat.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lumrah sikap perempuan yang suka dipuji. Walaupun dimulut cakap tak heran dipuji, tapi di hati berbunga-bunga apabila mendapat pujian. Pagi hari menjadi indah apabila si suami menyatakan betapa cantiknya baju isteri dia. Tu baru baju, belum lagi puji tudung, kasut dan lain-lain. Confirm mood ceria sepanjang hari. Betul kan?
Tapi bukan semua lelaki suka memuji isterinya. Macam suami CN memang berat mulut untuk memuji isterinya. Itu yang bila sesekali dipuji, terus mood ceria sampai 1 rumah dibersihkan sebab dapat aura positif. Tapi tula, Encik Suami memang berat mulut untuk memuji CN selalu. Alternatif lain adalah mendidik anak lelaki CN si Irfan untuk menjadi sweet talker. Bayangkan CN balik sekolah penat-penat, Irfan tiba-tiba cakap
Tapi bukan semua lelaki suka memuji isterinya. Macam suami CN memang berat mulut untuk memuji isterinya. Itu yang bila sesekali dipuji, terus mood ceria sampai 1 rumah dibersihkan sebab dapat aura positif. Tapi tula, Encik Suami memang berat mulut untuk memuji CN selalu. Alternatif lain adalah mendidik anak lelaki CN si Irfan untuk menjadi sweet talker. Bayangkan CN balik sekolah penat-penat, Irfan tiba-tiba cakap
"Mama cantik la, baju mama cantik. Tudung mama cantik." Hah! Terus hilang penat & volunteer masak masakan pilihan Irfan. Power kan kuasa pujian ni?
Irfan Hensem si sweet talker |
Jadi kepada wanita yang mempunyai anak tak kisah lelaki atau perempuan, didiklah mereka menjadi sweet talker. Tetapkan dalam hati mereka bahawa Mama merekalah yang paling cantik didunia!
Ciuman dari anak bujang untuk mamanya yang paling cantik didunia ! Ahaks~ |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Entah kenapa, bila tiba musim cuti sekolah, ada je fitnah buat golongan cikgu ni. Paling geram yang membuatkan CN sampai tulis blogpost ni tentang isu cikgu guna duit PIBG sekolah buat jamuan akhir tahun mewah. Hello..cikgu pun ada Kelab Guru & Kakitangan yang mengutip dana untuk majlis2 meraikan cikgu! Biasanya cikgu siap topup lagi duit sumbangan PIBG tau.
Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.
Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.
CN & kawan-kawan yang merupakan guru kelas & terpaksa mengutip duit sumbangan PIBG dari ibubapa yang mempunyai pelbagai kerenah |
Baru-baru ni timbul pula isu Sumbangan PIBG adalah pilihan, ibu bapa ada hak untuk tidak menyumbangkan duit. Ok, let say duit PIBG tidak dikutip, mana nak carik duit beli kerusi baru yang biasanya tak sampai setengah tahun dah patah? Siapa yang patahkan kerusi? Cikgu? Sudah tentu tidak! Pelajar dari anak2 golongan yang tak nak bayar sumbangan PIBG ni yang biasa patahkan. Itu baru kerusi. Belum lagi CN cerita tentang kegunaan duit PIBG untuk membantu meningkatkan prasarana sekolah.
Bila suruh buat cadangan meningkatkan prasarana sekolah, kemain kebabom cadangan diberi. Nak kelas aircond, nak tambah kipas baru, nak kerusi selesa dan bla bla bla. Tapi bila mintak sumbangan, krik krik krik je...
Buka la mata wahai ahli PIBG seluruh Malaysia. Contohi lah SJKC yang gah bentuknya hasil sumbangan PIBG. Kelas berhawa dingin hasil sumbangan PIBG. Semua ni untuk siapa? Untuk anak-anak kita semua. Jangan lah berkira wang & tenaga untuk sekolah anak anda. Jangan jadikan FB sebagai medan untuk memfitnah cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh berkorban tenaga & wang untuk anak-anak anda juga.
CN berterima kasih sangat kepada ibu bapa ahli PIBG yang tidak lokek menyumbangkan tenaga & wang ringgit untuk sekolah. Golongan ibu bapa inilah yang biasanya mempunyai anak-anak yang hebat kerana ibu bapanya hebat. Sudah la bebelan CN kali ini. Tak boleh bebel banyak, nanti kena kecam !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang Magic Jelly LOVERA? Produk ini merupakan produk serba guna yang boleh digunakan dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk seisi keluarga. Pendek kata, Magic jelly LOVERA atau botol ajaib ini mesti ada di setiap rumah ! Meh sini CN cerita tentang keberkesanan Magic Jelly New Enhanced Formula yang mesti anda tahu.
Magic Jelly New Enhanced Formula
Magic Jelly LOVERA mengandungi Aloe Vera yang merupakan bahan asas utama selain bahan organik lain seperti timun, sengkuang dan bunga chamomile. Semua bahan yang digunakan merupakan bahan semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang membahayakan kulit.
Magic Jelly LOVERA ini tidak mengandungi bahan berbahaya seperti Mercury, Hydroquione, Steroid ataupun pewarna tiruan & ianya selamat digunakan daripada bayi hingga orang dewasa.
Magic Jelly LOVERA yang pelbagai guna |
Magic Jelly LOVERA selamat dari bahan kimia berbahaya |
Antara kebaikan dan kelebihan Magic Jelly Lovera adalah seperti berikut :
- membunuh jerawat
- membuatkan solekan bertambah glowing
- mengurangkan kulit berminyak
- melembabkan kulit kering
- menguatkan akar rambut
- melegakan ruam lampin pada bayi
- melebatkan bulu mata dan kening serta pelbagai lagi kelebihan lain yang ada pada Magic Jelly Lovera ini.
Pengalaman CN menggunakan Magic Jelly Lovera
CN gunakan Magic Jelly Lovera sebagai losyen untuk merawat masalah kulit gatal yang datang apabila cuaca tidak menentu ini. Memang tidak selesa bila bintik-bintik kecil seperti jerawat muncul di kaki dan tangan serta menyebabkan kegatalan. Paling tragis apabila ianya meninggalkan parut! Waaaa..
Oleh sebab Magic Jelly Lovera ini dapat membantu mengurangkan masalah parut, CN sentiasa sapukan Magic Jelly Lovera pada parut dan alhamdulillah, tak sampai seminggu parut kesan luka akibat digaru telah pudar.
CN sapu juga Magic Jelly pada jerawat kecil yang muncul di muka dan jelly ajaib ini membantu mengurangkan masalah jerawat pada wajah. Memang best!
CN bersama Magic Jelly LOVERA |
Testimoni dari pengguna Magic Jelly LOVERA
Bukan CN sahaja yang berpuas hati dengan Magic Jelly LOVERA ini, ada ramai yang memberikan feedback positive tau. Dibawah merupakan antara Magic Jelly LOVERA testimoni yang berjaya dan berpuas hati. Mereka dan CN sudah mencuba Magic Jelly LOVERA dan berpuas hati, anda bila lagi?
Testimoni Magic Jelly LOVERA - Jerawat kurang |
Testimoni Magic Jelly LOVERA - Sesuai untuk allergic |
Testimoni Magic Jelly LOVERA - Jerawat dan parut cepat hilang |
Berminat untuk mencuba Magic Jelly Lovera?
Harga sebotol Magic Jelly Lovera New Enchanced Formula yang ajaib ini hanyalah RM70 sebotol. Anda boleh terus beli di : http://www.lovera.com.my/product/magic-jelly/
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Web : http://www.lovera.com.my/
IG : https://www.instagram.com/LoveraMalaysia/
FB : https://www.facebook.com/lovera.malaysia
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Web : http://www.lovera.com.my/
IG : https://www.instagram.com/LoveraMalaysia/
FB : https://www.facebook.com/lovera.malaysia
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Walaupun dalam kalendar sudah menunjukkan cuti sekolah. Namun cikgu-cikgu masih gigih ke sekolah dengan pelbagai program. Kali ini CN mengangkut anak-anak, Irfan Hensem & Dhia Zahra ke sekolah kerana ada kelas tambahan untuk pelajar CN. Bila Dhia Zahra buat perangai, sambil dukung budak tu CN mengajar tau. Inilah dugaan bila pengasuh anak tiada. Mujur bilik komputer selesa dengan air cond, kuranglah meragam budak-budak ni.
CN mendukung Dhia semasa mengajar |
Tertido budak kecik tu keletihan tau. Abang Irfan Hensem pula kebetulan demam, memang terbaring jela.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila disebut tentang produk baby organik, pasti ciri utamanya adalah bebas bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS serta macam-macam lagi. Yang menjadikan Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal berbeza dengan produk baby organik di pasaran adalah ianya bukan sahaja organik, malah berbau wangi dan sungguh menyegarkan selepas diguna. Botaneco Garden Baby ini amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal ini adalah produk Australia yang berkualiti tinggi. Didatangkan dengan botol dan kotak yang comel untuk set Botaneco Garden Baby, ianya sesuai juga dijadikan sebagai hadiah untuk menyambut kelahiran kerana exclusive.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Head to Toe Wash
Formulasi lembut ini diuji secara dermatologi dan terbukti hypoallergenic. Ianya sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan dan untuk kulit sensitif. Dengan formula bebas pemedih mata, ianya lembut kepada mata bayi dan sudah tentu tidak memedihkan. Ianya membersih serta melembabkan kulit bayi menjadikan ianya licin dan lembut.
Anda boleh dapatkan Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal disini
: https://guardian.com.my/index.php/collection/botaneco/exclusivebgb.html
Atau boleh beli terus di semua cawangan Guardian seluruh Malaysia.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal |
Produk baby organik - Botaneco Garden Baby
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal ini adalah produk Australia yang berkualiti tinggi. Didatangkan dengan botol dan kotak yang comel untuk set Botaneco Garden Baby, ianya sesuai juga dijadikan sebagai hadiah untuk menyambut kelahiran kerana exclusive.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Head to Toe Wash
Formulasi lembut ini diuji secara dermatologi dan terbukti hypoallergenic. Ianya sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan dan untuk kulit sensitif. Dengan formula bebas pemedih mata, ianya lembut kepada mata bayi dan sudah tentu tidak memedihkan. Ianya membersih serta melembabkan kulit bayi menjadikan ianya licin dan lembut.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Head to Toe Wash |
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Head to Toe Wash |
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Body Lotion
Losyen dari Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal ini sudah tentu hypoallergenic. Bukan sahaja lembut pada bayi, malah mama bayi juga boleh memakai losyen ini yang melembabkan kulit dan berbau wangi serta menyegarkan. Ianya tidak berminyak dan terserap pada kulit dengan cepat.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Body Lotion |
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Body Lotion |
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Facial & Body Cream
Sama juga seperti body lotion Botaneco Baby Organic, facial & body cream dari Botaneco Garden Baby ini sesuai disapu pada wajah bayi supaya kulit bayi sentiasa lembab dan wangi. Ianya membantu mengurangkan masalah kulit kering pada bayi.
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Facial & Body Cream |
Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal Facial & Body Cream |
Berminat untuk mencuba Botaneco Garden Baby?
Anda boleh dapatkan Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal disini
: https://guardian.com.my/index.php/collection/botaneco/exclusivebgb.html
Atau boleh beli terus di semua cawangan Guardian seluruh Malaysia.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ini pasti ada pelbagai program untuk anak-anak. Dreamworld Playland antara tempat yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Selain tempat untuk bermain, Dreamworld Playland juga menganjurkan Kid's Workshop di kedua-dua cawangan mereka iaitu di IOI City Mall & The Starling. Dengan hanya bayaran RM80, anak anda bukan sahaja dapat bermain sepanjang hari di Dreamworld Playland, malah berpeluang untuk menghadiri Kid's Workshop selama 2 jam yang diadakan di sana. Ada pelbagai workshop mengikut hari yang telah ditetapkan.
Kid's Workshop di IOI City Mall Putrajaya
25hb November yang lalu, CN berkesempatan membawa anak-anak menghadiri Kid's Workshop di Dreamworld Playland IOI City Mall Putrajaya. Workshop ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Pada hari tersebut, diadakan workshop cara membuat plushie key chain & party hat. Memang seronok tengok anak bujang CN, Irfan Hensem menjahit plushie key chain nya. Kusyuk dan tekun tau. Key chain yang dihasilkan oleh Irfan adalah bentuk snowman. Cute kan?
Video Irfan menjahit plushie key chain
Ms Suzanne menerangkan kepada kanak-kanak cara untuk membuat plushie key chain |
Kusyuk Irfan menjahit hokay..ada bakat tak anak bujang CN ni? |
Irfan ketika membuat plushie key chain bersama kawan-kawan |
Muka eksited Irfan bersama plushie keychain Snowman yang super cute |
CN & Irfan bersama hasil plushie key chain Snowman |
Cikgu yang mengajar workshop plushie key chain & party hat bernama Ms Suzanne. Merupakan seorang cikgu prasekolah & sekolah rendah yang berpengalaman mengajar seni & kraf dari pelbagai sekolah antarabangsa seperti Beaconhouse International, GIS & banyak lagi. Ms. Suzanne juga merupakan bekas Pengetua The Parenthood International Preschool (dengan lebih 12 tahun pengalaman mengajar kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.)
Antara pengalaman Ms Suzanne adalah:
- Holiday Workshops ( Christmas & Easter Workshop di Parenthood Preschool & The Parenthood Sunway Flagship Store)
- Family carnivals (The Parenthood Family Carnival @ Sunway Pyramid Concourse)
- Roadshows (Preschool Open Days)
- Dan banyak lagi..
Irfan bersama cikgu Ms Suzanne semasa membuat plushie key chain |
Bukan sahaja anak-anak kusyuk membuat plushie key chain, mak-mak pun kusyuk tau |
Antara hasil Kid's Workshop pada hari tersebut - Plushie key chain & party hat |
Kid's Workshop di The Starling Mall, Uptown Damansara
Selain Kid's Workshop di Dreamworld Playland IOI City Mall, workshop yang sama juga turut di adakan di Dreamworld Playlang The Starling. Antara aktiviti menarik di sana adalah seni bentuk belon. Memang menarik belon-belon yang dibentuk. Cikgu yang mengajar seni bentuk belon adalah Ms Liew yang mempunyai 3 tahun pengalaman dalam seni belon. Beliau belajar seni bentuk belon ini dari Balloon Artists Taiwan dan Jepun. Sekarang ini Ms Liew bekerja dengan Dreamworld sebagai major corporate customer. Beliau juga menguruskan kelas belon & handicrafts untuk kanak-kanak dan dewasa.
Ms Liew ketika kelas seni bentuk belon |
Kelas seni bentuk belon yang diadakan di Dreamworld Playland The Starling |
Antara hasil seni bentuk belon |
Berminat untuk membawa anak-anak anda ke DreamWorld Indoor Playland ini?
Berikut merupakan alamat DreamWorld Indoor Playland yang terletak di The Starling Mall & IOI City Mall Putrajaya.
DreamWorld Indoor Playland
The Starling Mall
No. 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan info lanjut: 012 7219 9509 (Yoong Fui).
IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resorts City,
62502, Putrajaya
Tempahan dan info lanjut: 012 7029 9509 (Hazwan).
Atau follow FB untuk maklumat terkini : DreamWorld Playland
Untuk pertanyaan hubungi Dream Team di 012-7029509 (IOI City Mall) & 012-7219509 (The Starling Mall).
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Thailand merupakan antara negara yang mempunyai pelbagai tempat menarik sebagai destinasi percutian mampu milik. Kali ini CN agak tergoda dengan pemandangan indah Phu San Dao Resort Thailand yang terletak di lereng-lereng bukit. Memang menarik. Kalau di Malaysia, pemandangan yang indah seperti Phu San Dao Resort ini boleh dilihat di Kundasang, Sabah. Tak percaya anda boleh pergi sendiri ke sana.
Pemandangan yang cantik di Phu San Dao Resort, Thailand
Okay, CN akan cerita lebih lanjut tentang Kundasang di entry lain ye. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang gambar-gambar menarik di Phu San Dao Resort yang pasti mengujakan anda. Sangat menggoda pemandangan di lereng-lereng bukit ini. Tengok gambar pun dah rasa tenang dan nyaman je.
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Bilik Phi San Dao Resort, Thailand
Okay, sekarang CN ingin berkongsi gambar bilik di Phi San Dao Resort pulak. Menarik sangat bilik di resort ini. Luas dan selesa. Paling menarik sudah tentu rupa bilik yang unik bulat-bulat. 'Rare' gituw..
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Amacam, tergoda tak dengan Phu San Dao Resort yang terletak di Thailand ini? Kena menabung dah ni! CN memang suka tempat percutian yang sejuk-sejuk macam ni, rasa relax dan nyaman je. Sesuai untuk honeymoon hokay !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~