Review : Cafe Nadia Sugar & Spice

November 29, 2014

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice

Cafe Nadia Sugar & Spice

Masih lagi bercerita tentang class trip 3KRK1 ke Ipoh. Kali ni CN nak review tentang tempat makan best di Ipoh. Agak lama rasanya CN tak berjalan-jalan di bandar Ipoh ni. Last masa belajar di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng. Selepas tu, memang CN tak jejak kaki lagi ke Ipoh sebab tiada urusan di sini. Hehehe

Trip kami ni melibatkan 1 bas persiaran yang memerlukan tempat makan yang besar untuk kami sahaja. Jadi pelajar CN yang cerdik telah booking tempat makan best di Ipoh iaitu Cafe Nadia Sugar & Spice untuk kami dinner setelah berpenat lelah di Lost World of Tambun. Cafe ni terletak berdekatan dengan AEON Kinta City yang best tu. Mana tak best, tempat dating masa belajar di Matrikulas dulu ! Ahaks !

Ok, sambung cerita mengenai Cafe Nadia Sugar & Spice. Cafe ni terletak di De Garden Mall iaitu bangunan cantik sebelah AEON. Bersebelah dengan Marie France Bodyline. Cafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan melayu dan western. Buffet kami malam tu memang best dengan menu utama spageti bolognese & nasi goreng. Sambal untuk nasi goreng memang sedap ! Ibu CN bertambah makan even malu2 pada mulanya. Spageti pulak seperti biasa merupakan makanan kegemaran Irfan ! 

Dekorasi Cafe Nadia Sugar & Spice ala inggeris style dan santai. Tempat best dan merupakan tempat makan best di Ipoh untuk melepak sambil menghayati pemandangan air pancut di hadapan cafe. Terdapat 2 bahagian cafe iaitu luar yang menekankan konsep santai manakala bahagian dalam lebih kepada eksklusif. 

Jika anda berkunjung ke Ipoh, jangan lupa menjamu selera di Cafe Nadia Sugar & Spice.

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice
Bahagian dalam cafe yang eksklusif

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice
Pilihan pelbagai makanan melayu & western yang sedap !

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice
Bahagian luar cafe yang santai untuk melepak

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice
Irfan dengan muka comot mamam spageti 

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice
Ibu CN kekenyangan..hehe

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice
Mmmm..yummy !

Review : Cafe Nadia Sugar & Spice

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. lapo tetiba...ops! da nk kol 1...patut laa lapo... ;-)

    ReplyDelete
  2. Boleh mark kedai ni hhehe
    Slalu gak ke ipoh..

    ReplyDelete
  3. huntonggg la .. ekslusif siott . dah la mkanan sodap2 je nmpk

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.