Buku Disney Edisi BM untuk Irfan Hensem

October 03, 2016

Kartun Disney merupakan antara kartun kegemaran anak bujang CN iaitu Irfan Hensem. Sempena birthday Irfan yang ke-4, CN hadiahkan dia dengan koleksi buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu penerbitan Advantage Quest. Kualiti buku Disney dari Advantage Quest ini setanding dengan kualiti buku-buku antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Memang sangat puas hati. Irfan si penerima hadiah lagilah eksited sampai dibawa tidur Beg Marvel Avengersnya tau. Sayang sangat sampai tak bagi Baby Dhia main pulak tu.

buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest


Pelbagai buku Disney edisi Bahasa Melayu untuk si kecil


Terdapat pelbagai pilihan buku Disney edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest ini. Antara menjadi kegemaran Irfan malah CN & Encik Suami pun suka sangat iaitu Ensiklopedia Pertama Saya. Dengan ketebalan 141 mukasurat, buku ini penuh dengan pelbagai gambar menarik dan berwarna-warni. Paling CN suka adalah watak-watak Disney yang diselitkan di setiap mukasurat menjadikan Irfan bertambah eksited untuk meneroka keseluruhan buku ini.

buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest


Video Irfan seronok melihat pelbagai gambar menarik di dalam buku Ensiklopedia Pertama Saya


Pada bab pertama, watak-watak Disney berkongsi keriangan dan keseronokan mereka dalam menerokai dunia haiwan. Pelbagai gambar menarik dan informasi tentang haiwan termasuk di dalam bab ini. Untuk bab kedua pula adalah mengenai fakta-fakta tentang alam semulajadi seperti kejadian 4 musim, air, kilat dan banyak lagi. Manakala bab ketiga pula tentang keajaiban planet bumi dimana terdapat fakta-fakta menarik tentang pokok, buah, sayuran serta pelbagai bentuk muka bumi.

buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest


Paling menarik, CN boleh mengajar Irfan dengan memperkenalkan satu fakta sehari. Setiap entri dinomborkan supaya Irfan boleh belajar satu fakta setiap hari selama 240 hari ! Menarik bukan?

buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest


Video Irfan menampal stiker


Untuk menarik perhatian Irfan terhadap buku, CN selitkan juga dengan Beg Aktiviti dan Stiker Marvel Avengers Assemble. Almaklumlah, dah namanya budak lelaki, sudah pasti sukakan watak-watak adiwira dari Avengers ini. Buku ini berkulit tebal dan mempunyai mukasurat yang padat dengan aktiviti tampal-tampal dengan lebih daripada 100 stiker berwarna-warni. Seronok pula bila tengok si aktif Irfan kusyuk duk menampal gambar-gambar adiwira ini. Bila dia keliru untuk memilih gambar, itulah peranan CN dan Encik Suami membantunya. Dalam masa yang sama dah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dengan beg aktiviti ini tau. Jangan terkejut, Baby Dhia pun join sekali duk kaco abangnya menampal tau ! Hehe..

buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest


Bagaimana untuk mendapatkan buku Disney edisi Bahasa Melayu?


Buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu ini boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan anda serta Kedai Buku Popular. Ada banyak pilihan saiz buku dari yang kecil sampai ke besar sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Antara yang telah menjadi koleksi Irfan Hensem adalah :

buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest


1. Beg Aktiviti & Stiker Marvel Avengers Assemble
2. Beg Aktiviti dan Stiker Marvel Ultimate Spider-Man
3. Siri Lihat & Cari Pertama Saya Disney Pixar
4. Siri Lihat & Cari Disney Junior
5. Ensiklopedia Pertama Saya
6. Disney Pixar Inside Out
7. Koleksi Filem Disney The Good Dinasour
8. Disney Pixar Finding Dory: Buku Mewarna Mega
9. Disney Pixar Finding Dory: Aktiviti Dasar Laut
10. Disney Pixar Finding Dory: Pengembaraan Dory

Anda boleh melihat pelbagai pilihan buku Disney edisi Bahasa Melayu di lamanweb rasmi Advantage Quest >> http://www.aqpublications.com


buku edisi edisi bahasa melayu, review buku disney, buku disney, advantage quest

Peraduan Percutian ke Disneyland Hong Kong


Eh, tahu tak Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan "Percutian ke Disneyland Hong Kong" dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney? Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular berdekatan anda. Cepat-cepat join manalah tahu rezeki dapat menang Percutian ke Disneyland Hong Kong, bestnya !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. Ada peraduan ke? wahh boleh jenguk popular lah mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat jenguk kot2 leh memang hadiah utama tu ;)

      Delete
  2. terima kasih sbb sudi join GA sy. sy dah masukkan link blog awak dalam bloglist sy. senang la untuk sy blogwalking :)

    ReplyDelete
  3. Good luck CN.. jumpa kat Hong Kong nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh ! ok bonda, jumpa kat hong kong nanti ;)

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.