Hah, ini dia cucu perempuan Haji Talib, ayah CN iaitu kakak Aqilah Firzanah & Dhia Zahra. Haji Talib ni ada 5 orang anak perempuan dan cucu perempuannya setakat ini baru 2 orang. Tunggu la 3 anak dara dia kahwin ye. Cucu perempuan Haji Talib ni kuat melaram tau, tengok la mak-maknya dan makcik-makciknya. Ini antara gambar cucu perempuan Haji Talib yang sempat dirakam. Cute kan?
Cucu perempuan Haji Talib |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah sedondon berpeplum |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok bila tengok anak-anak aktif sihat dan cergas. Bila budak-budak ni aktif, sudah tentu sel-sel otak mereka aktif berhubung. Lagi-lagi bila melibatkan aktiviti yang memerlukan kecergasan kognitif dan psychomotor seperti bermain di Dreamworld Playland. Disini kanak-kanak bukan sahaja perlu cergas psychomotor, tapi memerlukan kecerdasan kognitif kerana di sini terdapat pelbagai permainan yang memerlukan anak-anak ini menggabungkan kedua-dua kemahiran tersebut. Jika anda mempunyai kelapangan dan bajet yang lebih, apa kata bawak anak anda bermain disini. Ia satu pembelajaran luar bilik darjah yang sangat bernilai untuk kanak-kanak.
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Video keletah Dhia Zahra di Dreamworld Playland IOI City Mall
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Atuk Idun yang glamer di Kampung Jenjarom ni mempunyai 3 orang cucu perempuan tau. Irfan Hensem merupakan cucu sulung dan cucu lelaki tunggal setakat ini. Lagi 3 orang merupakan cucu perempuan di mana satu dari Encik Suami, anak sulung atuk Idun dan 2 orang lagi dari adik Encik Suami. Cucu kedua iaitu Atiyah berumur 2 tahun diikuti Dhia Zahra setahun lebih dan Aira 8 bulan. Comel-comel kan cucu perempuan atuk Idun? Hehehe..
Dari kiri Atiyah, Dhia Zahra & Aira |
Cucu perempuan atuk Idun |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah, jangan tak tahu. Weekend lepas bila CN pergi event ditemani Encik Suami, Irfan Hensem ikut atuk pergi kenduri kahwin di Pahang manakala Dhia Zahra pulak ikut An Nyah (Makngah Miza) pergi jalan-jalan. Kenapa jadi bunyi An Nyah? Ni sebutan dari Dhia Zahra, comel je kan dia sebut An Nyah? Hehe..
Comel tak Dhia Zahra di apit abang Afiq & kakak Qila? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni memang seronok bila dapat meluangkan masa bersama tersayang. Seronok melayan anak-anak ni, ada je benda yang nak diceritakan. Bukan sahaja Irfan Hensem yang 'kecoh', adiknya Dhia Zahra pun tak kalah hokay. Anak cikgu katakan, memang banyak cakap kot !
Ini video semasa CN duk melayan Dhia Zahra berborak. Maaplah suara serak sebab tak berapa sihat.
Ini video semasa CN duk melayan Dhia Zahra berborak. Maaplah suara serak sebab tak berapa sihat.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah rupa anak-anak CN apabila mamanya sibuk berurusan di bank dan Encik Suami mengambil tugas menjaga anak. Senang betul si ayah nak bagi anak diam. Bagi je Happy Meal Mc Donald sorang satu, terus boleh duduk diam mengunyah hokay !
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan Happy Meal sorang satu hokayy |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak dara CN sorang ni memang suka bergaya. Lagi-lagi bila dipakaikan gaun atau skirt. Memang dia suka sangat ! Siap pusing-pusing lagi bagi gaun atau skirt dia tu beralun-alun. Alahai la anak...
Dhia Zahra OOTD dengan gaun di Pantai Morib |
OOTD dengan gaun krim di Taman Kemuning Banting |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah ! Jangan sesiapa berani kacau anak dara CN sorang ni tau. Ada 2 orang bodyguard yang garang sentiasa mengawasi Dhia Zahra hokay. Dua orang bodyguard tu sudah tentu abang tersayang Irfan Hensem & abang sepupu Afiq Furqan. Masing-masing kemain sayangkan Dhia Zahra ni dan redha je apa yang si kecik ni buat kat dorang.
Hah ! Canggih tak rambut Dhia Zahra hasil sentuhan Mak Ngah Miza?
Dhia Zahra dengan rambut terpacak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~