Irfan pergi lawatan sekolah | Minggu lepas Irfan join lawatan sambil belajar bersama rakan-rakan PASTI nya. CN tak join sebab saja bagi peluang anak bujang CN sorang tu pergi lawatan bersama rakan-rakannya. Memang seronok Irfan Hensem join lawatan tersebut. Antara tempat menarik yang dikunjungi adalah Bery's Coklat Seri Kembangan, Animal Garden di MAEPS Serdang dan Putrajaya.
Meh CN kongsikan beberapa keping gambar yang dikongsi oleh cikgu Irfan di group whatsapp.
Irfan group riben biru untuk bas kedua. Pelajar dibezakan ikut bas berdasarkan riben. Cute kan? |
Manja sangat Irfan duduk atas riba cikgu semasa mereka belajar cara membuat yogurt |
Irfan cakap gambar ni masa dia main-main dengan rabbit |
Muka excited dapat naik bas |
Tertido keletihan di dalam bas semasa perjalanan pulang. Hover kan anak bujang CN sorang ni? Hehehe... |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~