Blogger Malaysia merupakan individu yang penting dan sering menjadi 'rujukan' untuk apa-apa permasalahan. Ini kerana, di zaman "Google semua benda"..blogger adalah individu yang sering dijadikan rujukan. Sebagai seorang Blogger Malaysia, CN bertanggungjawab untuk melahirkan rasa cinta pembaca blog cekgunorazimah.com akan Malaysia. Walaupun negara masih bersedih atas MH17, janganlah dilupa akan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-57. CN agak terkilan dengan sambutan kemerdekaan tahun ni yang agak suram. Sukar untuk melihat kereta di atas jalan raya mengibarkan Jalur Gemilang seperti tahun-tahun lepas.
Jika di sekolah CN, cuma beberapa kereta cikgu sahaja yang diletakkan Jalur Gemilang . Kenapa?? CN juga bersimpati dan bersedih akan MH17, tapi Jalur Gemilang masih berkibar megah di setiap kereta di rumah. Encik Suami lagi dasyat dengan mengibarkan Jalur Gemilang saiz besar di belakang Hilux. Memang gagah perkasa !
Ayuh rakyat Malaysia....masih ada masa untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang di kereta dan rumah anda. Tunjukkan rasa cinta anda pada Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
~ Salam Kemerdekaan dari Cikgu Norazimah ~