Lost World of Tambun

November 27, 2014

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun menjadi destinasi pilihan untuk class trip 3KRK1 2014. Sebagai guru kelas, CN follow jer bebudak ni nak ke mana. Yela, setelah berhempas pulas dengan PT3, inilah masanya untuk mereka enjoy !

Serius bagi CN masa 1/2 hari di Lost World of Tambun memang tak cukup untuk explore semua game di sini. InsyaAllah, jika ada kelapangan sebelum balik kampung di Parit Buntar, CN akan check in lagi ke sini.

Apa yang istimewa di Lost World of Tambun? Meh CN share pengalaman CN disini ye.

Lost World Water Park
Disini ada Waterfall Beach Garden, Kid's Explorebay, Adventure River, Cliff Racer &Tube Raiders. CN cuma sempat explore Waterfall Beach Garden & Kid's Explorebay je sebab penat nak dukung Irfan yang semakin bambam untuk explore semua game. Encik Suami tak dapat join trip ni, CN cuma bawak ibu tersayang jer. Bermainlah kami di Kid's Explorebay menemani Irfan bermain sampai ketaq bibir. Jenuh nak memujuk si kecik ni naik. Yela, sampai ketaq bibir masih nak bermain gak ! Irfan paling suka main di Pirate Ship. Tapi tak terer memanjat, mamanya juga yang kena memanjat! Paling best disini adalah bar di atas air. Kira boleh menjamu selera sambil berbikini ! Pergh ! Hahahaha

Lost World Tin Valley
Ada pakej untuk merasai pengalaman sebenar mendulang bijih timah. Tapi kami tak amik pakej tu. Cukuplah bergambar sebab viewnya cantik.

Lost World Tiger Valley
Ada 2 ekor harimau yang besar di sini. Jarak antara penonton dan harimau juga dekat. Memang best ! Harimau dia pulak rajin berjalan. Dapatlah Irfan terpegun melihat harimau depan mata.

Lost World Amusement Park
Disini ada Stormrider, Dragon Flights, Perak Parade, Giddy Gallen & Adventure Express. Disebabkan semua game CN pernah main di Funfair Banting, jadi CN skip di sini. Lagipun setiap game perlu beli coin.

Lost World Hot Spring & Spa
Ada pool hotspring. Irfan tak suka sebab "anash" katanya. Dah tak boleh verangan berendam macam princess di kolam air panas! Huhuhu

Lost World Lupe's Adventure
CN hanya mampu tengok je roller coaster ni. Serius best tengok orang duk menjerit naik roller coaster ni. Irfan tak bagi mamanya pergi main ! Waaaa

Disebabkan tak larat berjalan untuk explore Lost World of Tambun yang besar ni, CN naik tren je untuk pusing2. Bila dah naik tren ni, baru tahu betapa besarnya kawasan ni. Baru CN sedar rupanya banyak lagi tempat yang CN tak explore. Tapi apakan daya, masa dah suntuk. Lain kalilah CN berkunjung lagi ke tempat yang sangat2 menarik ni !


Lost World of Tambun
Bergambar di Lost World Tin Valley. Model orang belakang tu Irfan panggil nenek ! Hehe

Lost World of Tambun
Irfan berjalan bersama abang2 3KRK1 yang sporting.

Lost World of Tambun
Dekat sini pun ada rumah hantu. Tapi kena bayar asing ye sebab tak termasuk pakej. Irfan takut betul dengan nenek kebayan ni sampai takmo tengok..hehe

Lost World of Tambun
Irfan yang enjoy bermain di pirate ship. 

Lost World of Tambun
Irfan siap tertido masa naik tren. Penat bermain air la katakan.

Lost World of Tambun
Alahai Irfan....

Lost World of Tambun
Kami di Lost World of Tambun !!


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. wah.. bestnyeee.. bila le dapat gi sana.. aduhh

    ReplyDelete
  2. memg x puas kalau pegi 1/2 day je.. hehehe.. next time kena menginap kat sna pulak cikgu

    ReplyDelete
  3. wahhh ...irfan dah becar dah dia...he he he...

    ReplyDelete
  4. Aktiviti yg menyeronokkan buat semua.. pengalaman yg pasti menarik.. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.