Peta Lakar PT3 Geografi 2017

July 03, 2017

Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan peta lakar di kawasan sekitar tempat tinggal/sekolah. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.


Contoh peta lakar


Untuk peta lakar, pelajar mesti menghasilkan satu draf peta lakar untuk bahagian Proses Awal dan satu peta lakar untuk bahagian Laporan Akhir. 


Peta Lakar haruslah mempunyai perkara berikut :

>> Tajuk
>> Simbol peta topografi
>> Petunjuk
>> Arah mata angin
>> Bingkai/frame

Jumlah markah untuk peta lakar adalah 15 markah.

Berikut merupakan contoh peta lakar yang dilukis berasaskan peta topografi hasil perkongsian dari Cikgu Zahari

pt3 geografi, pt3 2017, pt3 geografi 2017, peta lakar
Contoh peta lakar


Tafsiran Peta Lakar


Selepas menghasilkan peta lakar, pelajar dikehendaki untuk mentafsir peta lakar. Tafsiran peta lakar yang lengkap, tepat dan relevan dengan mempunyai ciri fizikal, ciri budaya dan saling kaitan akan diberi markah penuh iaitu 8 markah. 

Lorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar


Berdasarkan peta lakar yang dilukis, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan. Pelajar mesti memberikan justifikasi pemilihan kawasan dengan lengkap dan rasional untuk mendapatkan markah penuh iaitu 4 markah. 

Contoh justifikasi adalah 

>> Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana dekat dengan kawasan Zon Perindustrian Bebas. 
>> Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana mempunyai banyak permintaan terhadap rumah kos rendah. 
>> Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana kawasan tumpuan orang ramai. 




SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.