Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam

February 17, 2020

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam | Sebenarnya sudah lama CN ingin review tentang Hotel Grand BlueWave Shah Alam ini. Setelah beberapa bulan peram gambar ni, akhirnya harini CN dengan bahagia ingin bercerita tentang pengalaman kali pertama CN stay di Hotel Grand BlueWave Shah Alam sempena annual dinner sekolah yang berlangsung ditempat yang sama. Almaklumlah, anak-anak bila dengar mama nak dinner dekat tempat ada swimming pool, berkicau masing-masing nak tidur hotel dekat situ gak! Okay lah, terus booking demi kebahagiaan anak-anak gituw. 

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Harga Bilik Di Hotel Grand BlueWave Shah Alam


Harga yang CN dapat untuk bilik jenis deluxe dan 2 breakfast adalah RM212. Seperti biasa, walaupun anda sudah bayar harga bilik secara online, semasa check in tetap kena 'tinggal'kan duit RM100. 

Proses check ini biasalah mengambil masa yang lama jugak untuk dapat bilik. Mujur ruang menunggu yang luas di lobby membuatkan anak-anak sentiasa excited & bersabar menunggu. Bila dapat je kunci bilik, excited sangat si Irfan & Dhia nak masuk bilik. 

First impression CN bila masuk ke bilik di Hotel Grand BlueWave ini adalah, wow! Cantik hokay biliknya. Ruang luas. Carpet cantik. Dekorasi bilik memang menarik. Ada meja untuk bekerja & set meja untuk bersantai. 

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Bilik di Hotel Grand BlueWave memang best

Terus masuk ke bilik air & yeah, ada tub! Mama & anak-anak sama-sama excited hokay. Maklumlah, dekat rumah tak ada tub mandi tu. Tengah proses memujuk Encik Suami untuk sediakan bilik air dekat rumah ala-ala hotel siap ada tub mandi, semoga berjaya pujukan CN. Doakan lah ye! Hehehe...

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Tempat wajib selfie ! 


Kolam Renang Indoor di Hotel Grand BlueWave Shah Alam


Sudah tentu kalau ke hotel, paling mengujakan anak-anak adalah swimming pool! Kebetulan ketika kami check in ke sana, hujan selebat-lebatnya. Ingat musnah lah harapan anak-anak untuk mandi kolam, tapi rupanya tidak. Kolam renang di Hotel Grand BlueWave adalah jenis indoor. Bawah bumbung hokay. Tiada masalah untuk mandi ketika hujan lebat. Cuma bila kolam renang indoor ni, airnya memang sejuk seperti air terjun, ditambah pula dengan hujan lebat diluar, bertambah sejuklah air disitu. Tak sampai setengah jam mandi si Irfan & Dhia sudah menggigil kesejukan. 

Kolam Renang Hotel Grand BlueWave Shah Alam




Sementara bersiap untuk pergi dinner yang berlangsung di dewan, sempatlah CN call pizza hut untuk Encik Suami dan anak-anak. Tapi jangan berangan pizza dihantar ke depan bilik ye, anda perlu turun ke lobby untuk mengambil pizza tersebut. Hokaylah, tak perlu drive, cuma tekan lif je. Mudah hidup kan? Kelakarnya, ada juga pelanggan lain yang bertanya, "Eh, boleh tempah ye pizza hut?". Boleh kak, tak payah keluar ke mana-mana. Food Panda ni banyak duk menghantar makanan di lobby hotel tau. Abang guard tak marah pun, hehehe...

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Muka bahagia makan pizza hut Encik Suami & anak-anak

Menu dinner CN pula tak sempat nak ambil gambar. Yang pasti sedap, tidak dapat dinafikan! Hokay, disebabkan breakfast cuma untuk dua orang, seperti biasa CN & Irfan sahaja yang akan breakfast. Encik Suami memang tak suka breakfast di hotel, Dhia pula kalau dah tidur tu tak payah lah nak dikejutkan. So berbahagia lah mama & anak bujang dating. Banyak pilihan menu breakfast di sini. Sedap-sedap pulak tu! Memang bahagia untuk kaki makan seperti CN ni. Irfan pula cuma makan cereal dengan susu. Kalau bayar breakfast untuk budak ni memang tak berbaloi! 

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Mama & Irfan dating sambil breakfast

Hokay, sudah siap breakfast. Masuk bilik, kejutkan Dhia, bagi makan roti dan terus tukar baju mandi! Kita mandi lagi sebelum check out! Yeah! Oh ya, lupa nak cakap, selain swimming pool, di sini juga ada bilik sauna dan jakuzzi. Tak try pulak sebab sibuk uruskan anak-anak. Gym di sini pun hokay, bersebelahan dengan swimming pool. 

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Mak Datin tengah berangan tu

Hokay, jika anda ingin mencuba check in di hotel tengah bandar, boleh lah cuba ke Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Cuma jangan merungut lah kalau malam tak dapat tidur dengan lena duk dengar bunyi motor wreng wreng di bawah. Almaklumlah, malam minggu memang tempat lepak dekat area situ. 

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Aktiviti wajib selfie di cermin besar dalam bilik sebelum check out

Review Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, hotel terbaik shah alam, hotel di shah alam, review hotel shah alam,
Dato' tengah bergaya gituw. Ye Dato', jangan lupa buatkan bilik untuk Datin macam bilik di Hotel Grand BlueWave ni ye, hehehe..

Lokasi Hotel Grand BlueWave Shah Alam


Senang sahaja, waze Hotel Grand BlueWave Shah Alam atau klik je googlemap di bawah. Lokasi Hotel Grand Bluewave ini terletak di pusat bandar Shah Alam. Bersebelahan dengan Bangunan UMNO Selangor dan berhadapan dengan Wisma PKPS. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.