Pertama kali cuba Mediheal Tea Tree Biome Skincare

April 07, 2021

Mediheal Tea Tree Biome Skincare | Assalamualaikum kepada pembaca tersayang. Jika anda pembaca setia blog CN ini, pasti anda tahu bahawa CN antara peminat skincare dari Korea. Kebanyakan skincare dari Korea ini serasi dengan kulit Asia CN. Paling penting, semasa memilih skincare adalah study dulu kandungan produk tersebut dan sebagai muslim, kena lah pastikan bahawa produk ini dari bahan yang halal. Antara jenama skincare dari Korea yang dipercayai adalah Mediheal. Produk ini boleh didapati di Guardian seluruh Malaysia. Mungkin ramai yang bercerita tentang mask Mediheal yang sangat best, tapi kali ini CN akan berkongsi dengan anda lima rangkaian produk Mediheal Tea Tree Biome. CN sendiri telah mencuba selama dua minggu tau. 

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
Pertama kali cuba Mediheal Tea Tree Biome Skincare


Jika anda tengok review di youtube, duta produk ini adalah Hyun Bin dan Kim Ji Won. Tengok Kim Ji Won yang cantik pakai skincare ni, mestilah CN pun teringin mencuba. 

Mediheal Tea Tree Biome Skincare ini adalah set skincare yang dapat membantu mengurangkan masalah kulit berjerawat. Tea tree itu sendiri adalah bahan utama yang membantu melegakan kulit berjerawat dan dalam masa yang sama merawat, melembabkan dan menjadikan kulit wajah lebih glowing tanpa jerawat. 

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
Mediheal Tea Tree Biome Skincare


Paling penting yang anda mesti tahu, produk Mediheal ini daripada organic tea tree extract originated dari Goheung, Jeollanam dicampur dengan microbiome menjadikan teatree biome. Selain itu, produk ini mengandungi Cica Liposome Capsule iaitu dari centella asiatica extract yang membantu mempercepatkan penghasilan sel baru & sistesis kolagen untuk proses healing. Teknologi Biome pula adalah teknologi sains yang menggunakan mikroorganisma untuk memastikan pH kulit sekata & membina lapisan perlindungan pada kulit wajah daripada bahan berbahaya. 

Bukan sahaja produk ini daripada bahan organik dan selamat pada kulit, malah packaging daripada bahan yang boleh dikitar semula. Bagus kan skincare Mediheal ni?

Video Cara Penggunaan Mediheal Tea Tree Biome Skincare




5 Produk Mediheal Tea Tree Biome Yang Mesti Anda Cuba


CN sendiri telah mencuba kelima-lima produk Mediheal Tea Tree Biome ini. Anda boleh lihat sendiri video di atas cara penggunaan kesemua produk ini. 


1. MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Gel Cleanser

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Gel Cleanser


Cleanser ni memang lembut pada wajah. Tak memedihkan. Yela, biasanya bila masalah jerawat datang, kita suka memicit jerawat dan bila nak mencuci muka mesti akan rasa pedih. Tapi tidak dengan cleanser ni. Kulit rasa lebih segar dan lembab. Cleanser ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. 


2. MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Toner

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Toner


Toner ini digunakan selepas mencuci muka. Memberikan kelegaan kepada kulit yang bermasalah serta merta. Ianya terus meresap ke dalam kulit dan menjadikan kulit lembab dan merawat dari dalam. 


3. MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Ampoule

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Ampoule


CN suka campurkan toner dan ampoule. Terus umph hokay! Ampoule ni memang sangat membantu merawat masalah jerawat pada wajah. Ia memberikan kesan kelegaan serta merta dan bila pakai pada waktu malam sebelum tidur, anda akan rasakan perubahan pada wajah bila bangun pagi. Tak percaya? Cuba dulu! 


4. MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Pad

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Pad


MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Pad ini boleh dijadikan sebagai soothing toner yang membantu membuang sel kulit mati dan memberikan kelembapan pada kulit. Mengandungi 70 pads, memang sangat mudah untuk digunakan. Hanya letakkan di kawasan yang bermasalah dan biarkan dalam 3 hingga 5 minit. Kemudian, sapu rata pada seluruh wajah untuk diserap pada kulit. Macam pakai face mask tu, tapi pad ini lebih kepada kawasan yang bermasalah, bagus kan? CN memang suka pad ni!


5. MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Cream

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
MEDIHEAL Tea Tree Biome Blemish Cica Cream

Penyelamat ketika masalah jerawat menyakitkan muka. Sapu cream ni dan anda akan rasakan kesan kelegaan pada masalah jerawat berkenaan. Mediheal cream juga membantu merawat dan menjadikan kulit kelihatan sihat.

Best ke Mediheal Tea Tree Biome Skincare?


Apa yang CN rasa sepanjang 2 minggu menggunakan kelima-lima produk Mediheal Tea Tree Biome ini adalah membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit wajah CN. Jerawat sering muncul ketika CN stress. Lagi bertambah lah stress bila tengok jerawat kan? Mujur ada set skincare Mediheal ni. Jerawat pasir yang muncul, pudar tanpa memedihkan kulit. Almaklumlah, kebanyakan produk anti jerawat ini mempunyai bahan kimia yang banyak dan akan memedihkan kulit. Tapi tidak dengan Mediheal Tea Tree Biome!

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
CN sendiri telah mencuba Mediheal Tea Tree Biome Skincare



Mediheal Tea Tree Biome ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan kulit kering. Skincare ini membantu merawat kulit wajah dan kesan dapat dilihat dalam masa seminggu bergantung kepada jenis kulit. 

mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
Mediheal Tea Tree Biome Skincare


Kalau anda ingin mencuba Mediheal Tea Tree Biome ini, boleh dapatkannya di rangkaian Guardian seluruh Malaysia. 

Maklumat lanjut mengenai Mediheal Tea Tree Biome ⤵️


mediheal, mediheal tea treee biome skincare, mediheal korea, skincare Korea best, best ke mediheal tea tree biome skincare, mediheal hyun bin,
Jom dapatkan Mediheal Tea Tree Biome Skincare sekarang!


#medihealmalaysia #medihealmy #guardianmy #teatreebiomeskincare #hyunbin #kimjiwon #teatreebiome #teatree #biome  

#cicatripleliposome #centellaasticaextract #microorganism #healthyskin #recycle #beautywithscience


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.