Top 5 Skincare Products Pilihan Cekgu Norazimah

May 10, 2021

Top 5 Skincare Products | Assalamulaikum dan selamat berpuasa. Macam mana dengan hari anda? Alhamdulillah, hari ni official cuti sekolah sempena raya. Tiada PdPr. Mesti lah happy tau. Hehe..harini CN tak nak cerita tentang PdPr, tapi CN nak berkongsi dengan anda semua top 5 skincare products pilihan CN dan dekat mana anda boleh beli. Sudah tentu top 5 skincare products ini adalah skincare yang CN telah cuba sendiri dan sukakannya. Jom check it out!


skincare products terbaik, skincare products pilihan cikgu, produk skincare terbaik, beli di mana skincare bagus, top skincare products
Top 5 Skincare Products Pilihan Cekgu Norazimah


Top 5 Skincare Products


1. Puroxy Skin


skincare products terbaik, skincare products pilihan cikgu, produk skincare terbaik, beli di mana skincare bagus, top skincare products
Set skincare Puroxy Skin


Pernah dengar tentang skincare jenama Puroxy Skin? CN ada berkongsi pengalaman menggunakan skincare ni di artikel 3 Langkah Hilangkan Jerawat Dengan Puroxy Skin. Untuk pengetahuan anda, Puroxy Skin adalah international produk yang telah mendapat kelulusan dari KKM. 

Kenapa CN cadangkan Puroxy Skin?

✅ Natural & organic 
: Sangat selamat digunakan. Menggunakan bahan natural & organic yang selamat pada kulit.

✅ Lembut pada kulit
: Sudah tentu bahan yang natural & organic lembut pada kulit. Produk Peroxy Skin ini tidak akan  merengsakan kulit wajah lagi-lagi bagi mereka yang berkulit sensitif. 

✅ Sesuai untuk semua kulit
: Berita baik bagi mereka yang berkulit sensitif, Puroxy Skin ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Anda boleh gunakan tanpa kerisauan.

✅ Tiada paraben, sls, pewarna & bahan-bahan bahaya
: Perkara ini yang wajib untuk anda tengok sebelum menggunakan sesuatu skincare. Pastikan                 produk skincare tersebut tidak mengandungi bahan-bahan bahaya seperti paraben, sls, pewarna             tiruan serta pelbagai lagi bahan kimia berbahaya. 

✅ Lulus KKM 😘
: Perkara paling penting ye, lulus KKM. Baru lah boleh guna tanpa was was. 

2. Safi Hydra Glow

skincare products terbaik, skincare products pilihan cikgu, produk skincare terbaik, beli di mana skincare bagus, top skincare products
CN paling suka Safi Hydra Glow Water Bank Serum, memang best!


Diperkayakan dengan Hydra Active Technology yang mengandungi Fermented Rice Extract, Vitamin B5 dan Hyaluronic Acid membantu melembabkan kulit, mencerahkan serta menjadikan kulit lebih berseri-seri.

Menariknya rangkaian Safi Hydra Glow ini tiada SLS/SLES, tiada alcohol, tiada paraben, tiada minyak mineral, tiada minyak silikon, tiada pewarna, tiada phthalate, tiada bahan dari haiwan, tiada ujian pada haiwan dan sudah tentu dermatologically tested di Safi Research Institute. Jadi, rangkaian Safi Glow ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. 

Antara produk paling CN suka dalam set Hydra Glow ini adalah Safi Hydra Glow Water Bank Serum. Best sangat pakai serum ni tau. 

3. Mediheal Tea Tree Biome Skincare

skincare products terbaik, skincare products pilihan cikgu, produk skincare terbaik, beli di mana skincare bagus, top skincare products
Mediheal Tea Tree Biome Skincare


Mediheal Tea Tree Biome Skincare ini adalah set skincare yang dapat membantu mengurangkan masalah kulit berjerawat. Tea tree itu sendiri adalah bahan utama yang membantu melegakan kulit berjerawat dan dalam masa yang sama merawat, melembabkan dan menjadikan kulit wajah lebih glowing tanpa jerawat. 

Paling penting yang anda mesti tahu, produk Mediheal ini daripada organic tea tree extract originated dari Goheung, Jeollanam dicampur dengan microbiome menjadikan teatree biome. Selain itu, produk ini mengandungi Cica Liposome Capsule iaitu dari centella asiatica extract yang membantu mempercepatkan penghasilan sel baru & sistesis kolagen untuk proses healing. Teknologi Biome pula adalah teknologi sains yang menggunakan mikroorganisma untuk memastikan pH kulit sekata & membina lapisan perlindungan pada kulit wajah daripada bahan berbahaya. 

Bukan sahaja produk ini daripada bahan organik dan selamat pada kulit, malah packaging daripada bahan yang boleh dikitar semula. Bagus kan skincare Mediheal ni?


4. SNP Prep Cicaronic

skincare products terbaik, skincare products pilihan cikgu, produk skincare terbaik, beli di mana skincare bagus, top skincare products
SNP Prep Cicaronic


CICA (Centella asiatICA) + Ronic (HyaluRONIC acid). Fungsi Centella Asiatica dalam dunia perubatan untuk mengelakkan kerosakan pada kulit. Manakala, bahan utama yg lain iaitu Hyaluronic Acid mempunyai 3 lapisan HA yang bertindak memberi 1000 kali lebih kesan kelembapan kulit.

Maka, gabungan CicaRonic ini mampu memberi kesan yang menenangkan, meningkatkan kolagen kulit supaya kulit lebih tegang, membaikpulih kulit yang letih & sensitif bagi membantu nemulihkan kulit dengan lebih pantas.


5. Cosmoderm Perfect Balance

skincare products terbaik, skincare products pilihan cikgu, produk skincare terbaik, beli di mana skincare bagus, top skincare products



Apa yang menariknya tentang produk baru dari Cosmoderm ini adalah ianya telah diuji secara klinikal dan bebas paraben, pewangi dan pewarna tiruan. Selain itu, ianya kaya dengan Calamine dan Prebiotik yang membantu:

✅ Seimbangkan mikrobioma kulit sehingga menghidrat & meningkatkan perlindungan permukaan kulit
✅ Memastikan penghalang kulit tetap utuh dan lebih sihat daripada sebelumnya
✅ Mengurangkan kegatalan kulit dan melegakan kemerahan

Oh ya, CN ada juga berkongsi pengalaman menggunakan skincare Cosmoderm ini di artikel Sukanya Si Kotak Pink Cosmoderm Perfect Balanced

Selain 5 skincare products di atas, ada banyak lagi sebenarnya skincare product yang best dan menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Anda boleh baca perkongsian menarik disini.

Beli Di Mana Top 5 Skincare Products Pilihan Cekgu Norazimah Ini?


Anda boleh beli skincare products pilihan CN ini di drugstore seluruh Malaysia. Atau lagi mudah, beli sahaja online di Lazada. Bestnya apabila membeli skincare di Lazada ini, anda boleh mendapatkan pelbagai diskaun sehingga 80% dengan menggunakan voucher

Oh ya, mana satu skincare product yang menjadi pilihan anda? Boleh komen di bawah ye.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Semua antara 5 produk di atas CCL pernah try cosmodern . Tapi yg warna hijau . Utk oily skin

    ReplyDelete
  2. Menarik.. Boleh try juga nanti...

    ReplyDelete
  3. saya pernah dengar Safi n Cosmoderm je.. yang lain ni festime..

    jemput join GA di blog saya :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.