9 Februari yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga SMK Telok Panglima Garang yang bertemakan 'Floria'. Apabila disebut tentang floria, sudah pasti pada hari tersebut penuh dengan aneka bunga warna-warni bukan sahaja di khemah rumah sukan, malah maskot dan peserta perbarisan juga berbunga-bunga pada hari tersebut. Memang meriah dan agak rugi jika tidak bergambar bersama khemah rumah sukan yang dihias cantik mengalahkan khemah untuk kenduri kahwin tau !
Oklah, CN taknak bercerita panjang tentang hari tersebut. Anda lihatlah beberapa keping gambar yang sempat disnap oleh henpon murah CN. Warna-warni kan?
Oklah, CN taknak bercerita panjang tentang hari tersebut. Anda lihatlah beberapa keping gambar yang sempat disnap oleh henpon murah CN. Warna-warni kan?
CN bersama dengan team Emas 4x400 P2 & Perak 4x100 P2 dari rumah Kuning |
Bunga ladies dari pasukan perbarisan rumah kuning sesi pagi |
Bersama dengan cikgu kuat team perbarisan rumah kuning sesi pagi dan maskot bunga sukar digambarkan ! Hahaha... |
Disebalik maskot bunga tu adalah seorang 'jejaka' yang hensem katanya...hehehe |
Perbarisan rumah kuning sesi pagi |
Perbarisan rumah kuning sesi pagi |
Hiasan khemah tema floria
Khemah Rumah Kuning dari bunga-bunga rekaan sendiri menggunakan pinggan & plastik |
Bunga di kolam. Dalam 'kolam' tu ada anak ikan tau. |
CN bersama rakan-rakan guru di hadapan khemah Rumah Kuning |
Khemah Rumah Ungu & Merah yang berjiran dengan Rumah Kuning |
CN bersama rakan-rakan guru di hadapan khemah Rumah Ungu |
CN bersama rakan-rakan guru di hadapan khemah Rumah Hijau |
CN bersama rakan-rakan guru di hadapan khemah Rumah Biru yang merupakan Johan untuk hiasan khemah |
CN bersama antara orang kuat hiasan khemah Rumah Biru |
Bersama rakan sejawatan iaitu Penolong Ketua Rumah |
Bersama dengan orang kuat khemah Rumah Biru yang menang johan hiasan khemah. Tahniah uolss |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happy Chinese New Year untuk semua pembaca blog www.cekgunorazimah.com yang merayakannya. Selamat bercuti pulak untuk semua yang dapat cuti panjang sempena CNY 2018 ini. Hati-hati ketika balik kampung ye. Yeah, cuti !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harini merupakan birthday Encik Suami yang ke 3+. Jika 7 tahun dahulu, tarikh ini merupakan tarikh majlis bersanding kami. Alhamdulillah, kini sudah beroleh sepasang cahayamata. Semoga Encik Suami lebih matang menjadi ketua keluarga dan menjadi suami serta ayah yang 'power' untuk kami sekeluarga.
Happy Birthday sayang...
Encik Suami bersama anak sulung kami, Irfan |
Encik Suami bersama anak kedua kami, Dhia Zahra |
Keluarga kecil kami |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rasanya tetap dan berpencen CN sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta dan Inovasi bersama rakan setugas yang juga merupakan guru matapelajaran Sains Komputer, Cikgu Wan Afizah. Apabila cikgu komputer menjadi guru penasihat Kelab Rekacipta dan Inovasi, sudah tentu aktiviti kelab mesti berkaitan dengan komputer ! Tempat perjumpaan pun di makmal komputer tau.
CN bersama setiausaha Kelab Rekacipta dan Inovasi, Nur Aqilah |
Perancangan Aktiviti Tahunan Kelab Rekacipta dan Inovasi
Berikut merupakan perancangan aktiviti tahunan kelab rekacipta dan inovasi. Diharap 70% berjaya dicapai.
1. Mesyuarat Agung
2. Pengenalan & suai kenal (ice breaking)
3. Merekacipta Roto Copter (sejenis permainan kanak-kanak)
4. Merekacipta produk ciptaan daripada barangan terpakai
5. Pertandingan merekacipta produk ciptaan daripada barangan terpakai
6. Minggu Teknik & Vokasional (pertandingan)
7. Kursus merekacipta lamanweb pendidikan
8. Kursus merekacipta poster kemerdekaan
9. Pertandingan merekacipta poster kemerdekaan
10. Pertandingan menghasilkan ABM(alat bantu mengajar) menggunakan PowerPoint
11. Pra picnic Kelab Rekacipta dan Inovasi
12. Picnic Kelab Rekacipta dan Inovasi
Buku laporan aktiviti kokurikulum Kelab Rekacipta dan Inovasi 2018 |
AJK tertinggi Kelab Rekacipta dan Inovasi sesi pagi 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kokurikulum merupakan salah satu dari item yang dinilai dalam PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum). Markah PAJSK ini akan dikumpulkan setiap tahun dan carry forward sehingga Tingkatan 5. Untuk memohon ke IPTA, markah PAJSK diambil kira. Terdapat 2 cara pengisian PAJSK iaitu secara online di SINI dan offline menggunakan Buku Rekod & Rumusan PAJSK.
Untuk tahun 2018, selain guru penasihat Rumah Sukan Kuning, CN juga merupakan guru penasihat Silat serta Kelab Rekacipta & Inovasi. Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti pertama iaitu Mesyuarat Agung. CN kongsikan beberapa gambar aktiviti tersebut.
Untuk tahun 2018, selain guru penasihat Rumah Sukan Kuning, CN juga merupakan guru penasihat Silat serta Kelab Rekacipta & Inovasi. Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti pertama iaitu Mesyuarat Agung. CN kongsikan beberapa gambar aktiviti tersebut.
CN & rakan guru, Cikgu Afizah sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta & Inovasi bersama AJK Tertinggi |
Mesyuarat Agung Kelab Rekacipta & Inovasi SMK Telok Panglima Garang sesi pagi |
CN sebagai guru penasihat Silat SMK Telok Panglima Garang bersama guru penasihat lain & AJK Tertinggi |
Mesyuarat agung Silat SMK Telok Panglima Garang 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dari zaman bujang sampai la menjadi mama budak, CN memang peminat setia NESCAFE 3 in 1. Walaupun ramai cakap tak elok minuman 3 in 1 ni, tapi CN belasah je sebab CN cuma akan minum Nescafe 3 in 1 di waktu pagi ketika bekerja. Jika dirumah, memang jarang sangat minum Nescafe ni. Nanti cuti sekolah rasanya bercuti la CN dari minum Nescafe 3 in 1 ! Hehehe..
CN peminat setia Nescafe Blend & Brew MILD, anda pulak suka yang mana?
All time faveret dari bujang sampai jadi mama budak - Nescafe Blend & Brew MILD |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pada khamis lepas, CN telah membuat ujian pertama Sains Komputer Tingkatan 4 di dua venue berbeza iaitu di dalam kelas 4SK & di makmal komputer. Ujian pertama ini dibuat untuk menilai kelayakan pelajar 4 Sains Komputer (SK) sama ada pelajar tersebut memang layak berada di dalam kelas 4 SK atau tidak. Hal ini kerana subjek SK adalah subjek baru dan mempunyai projek untuk SPM yang agak sukar. Jika pelajar yang tidak layak berada di dalam kelas ini, CN bimbang pelajar tidak boleh catch up & seterusnya tida mampu membuat projek SK yang sememangnya sukar.
Ujian Pertama Sains Komputer Tingkatan 4 venue di dalam kelas 4 SK |
Hasil daripada Ujian Pertama ini, CN dapati 5 pelajar mendapat markah bawah paras rendah. Pelajar-pelajar ini diberi peluang sekali lagi untuk memperbaiki diri sehingga Ujian Bulanan 1 yang akan berlansung pada bulan Februari nanti. Jika masih tidak mampu memperbaiki diri, pelajar-pelajar ini dinasihatkan untuk menukar kelas demi masa depan yang gemilang. Hehe..
Ujian Pertama Sains Komputer Tingkatan 4 venue di dalam makmal komputer |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~