Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor | Minggu lepas sekolah CN menjadi tuan rumah untuk Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor. Walaupun bukan guru bahasa, CN sekali lagi terpilih untuk memegang jawatan baru iaitu AJK Teknikal. Jika sebelum ni, CN tetap dan berpencen dengan penyediaan buku program atau broucher, tapi kali ini 1 tugas baru sebagai AJK Teknikal memang sangat mencabar & membuatkan CN stress sampai terbawa dalam mimpi ! Almaklumlah, nama je guru ICT tapi CN memang tidak berapa mahir dengan alatan ICT seperti LCD, printer dan sebagainya. Semuanya mengharapkan technician ! Hehehe..
Bila ditugaskan untuk mengendalikan peralatan ICT ni memang agak risau sebab takut semasa hari kejadian peralatan tersebut tidak berfungsi. Naya tau. Tula sampai termimpi-mimpi berdoa semoga program ni dibatalkan ! Hover tak?
Bila ditugaskan untuk mengendalikan peralatan ICT ni memang agak risau sebab takut semasa hari kejadian peralatan tersebut tidak berfungsi. Naya tau. Tula sampai termimpi-mimpi berdoa semoga program ni dibatalkan ! Hover tak?
Bersama rakan-rakan guru iaitu AJK Penjaga Masa & Pengacara Majlis |
Tapi walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang masalah teknikal yang berlaku. Alhamdulillah. Jika ditanya adakah CN akan memegang jawatan AJK Teknikal ini lagi? Tobat ! Tak nak dah ! Biarlah CN buat buku program, kena dengan jiwa CN tau.
CN bersama AJK Teknikal yang cool dan steady |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah rasa perasaan rindu kan zaman sekolah bila sudah habis sekolah tak? Itu yang sering CN rasa. Bila dah habis sekolah, baru lah rasa seronoknya sekolah. Dapat borak-borak dengan kawan-kawan, kena marah dengan cikgu, berlari-lari di dalam kelas. Itu adalah satu pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Itu yang dirasakan juga oleh bekas pelajar CN yang sudah habis sekolah. Bila datang sekolah, mula la duk mengingat kembali apa kenakalan mereka. Siap berani cerita dengan cikgu lagi tau. Yela, dah habis sekolah. Beranilah cerita apa salah dorang. Cuba kalau masa sekolah, bila cikgu tanya siapa buat. Tertunduk semua taknak mengaku !
Hargailah zaman sekolah anda wahai pelajar semua. Anda pasti akan merindukannya.
Hargailah zaman sekolah anda wahai pelajar semua. Anda pasti akan merindukannya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Sejarah 2018 | Minggu ini sudah bermula PT3 Sejarah 2018 untuk calon-calon PT3 di sekolah CN. Soalan PT3 2018 kali ini agak mencabar tetapi tidak sukar jika pelajar berjaya memperoleh maklumat yang dikehendaki dan yang paling penting, "Tanya cikgu sejarah". Ok, kali ini CN ingin berkongsi tentang soalan PT3 Sejarah 2018 pula untuk pengetahuan anda.
Tugasan PT3 Sejarah 2018 :
Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :
(a) Tajuk kajian
(b) Nama penulis
(c) Isi kandungan
- Latar belakang tempat kajian
- Pembentangan dan perkembangan masyarakat setempat
- Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
- Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
- Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut
"..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.."
Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.
- Rumusan
- Sumber rujukan
- Membentangkan laporan hasil kajian
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2018
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anugerah guru inovatif | Alhamdulillah, CN berjaya memenangi Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan bersama rakan-rakan Cikgu Afizah & Cikgu Azhari peringkat daerah Kuala Langat. Ini adalah kali pertama CN menyertai pertandingan inovasi guru dan rezeki memihak kepada ahli kumpulan kami. Sudah tentu kejayaan pertama ini menjadi pemangkin untuk kejayaan seterusnya. Siap plan tahun depan nak masuk kategori individu pulak tau !
Guru Inovatif Berkumpulan
Anugerah Guru Inovatif ini diberikan sempena Sambutan Hari Guru 2018 peringkat daerah Kuala Langat yang dirasmikan oleh Tan Sri Noh Omar. Ramai yang bertanya apakah projek inovasi kumpulan CN ini. Nanti CN akan cerita di entry yang lain ye.
Pesanan CN kepada rakan-rakan yang ingin menyertai pertandingan inovasi guru ini, cuba je dengan hasil inovasi anda. Jangan malu dan jangan risau kalah. Menang dan kalah adalah adat. Berani mencuba itu amat penting !
Oklah, disini CN kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis tersebut.
CN & ahli kumpulan bersama penerima anugerah guru cemerlang OKU (kiri) juga dari sekolah CN |
Welfie antara penerima anugerah |
Penerima anugerah dari SMK Telok Panglima Garang |
Penerima anugerah dari geng ICT Kuala Langat |
Group photo bersama barisan penerima anugerah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pelancaran HaN1S di SMK Telok Panglima Garang | Pada 6 April yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran HaN1S iaitu Hari NILAM 1 Selangor. Pelancaran peringkat sekolah ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Tn. Haji Jumiran Bin Anchor di Dataran Rimbunan Budi. CN selaku guru yang bertanggungjawab menyediakan laporan dokumentasi sempat merakamkan beberapa keping gambar sempena majlis tersebut untuk laporan. Ok, disini CN kongsikan beberapa gambar sempena Majlis Pelancaran HaN1S tersebut.
Hari NILAM 1 Selangor
Gambar kelas paling ceria | Bila belek gambar lama-lama, terjumpa gambar kelas bersama kelas 2A tahun 2012. Masa ni CN preggy Irfan. Tak nampak perut besar sebab saja pakai baju besar konon-konon nak cover perut tu. Tapi gambar ni CN paling suka sebab ceria sangat ! Batch 2A 2012 pun paling terbaik semasa CN menjadi guru kelas di SMK St. Mary, KL. Paling seronok, kelas ni la memang banyak anugerah. Enjoy sangat masa jadi guru kelas budak-budak ni. Walaupun ketika tu CN preggy, tapi budak-budak ni banyak cover CN dengan sikap independent dorang tu. Ketua kelas paling berkaliber sebab sangat boleh diharap walaupun baru tingkatan dua masa tu. Sekarang ni kebanyakan pelajar 2A 2012 melanjutkan pelajaran di IPTA & IPTS. Cikgu doakan semoga kamu semua berjaya ye.
Gambar kelas paling ceria - 2A SMK ST. Mary KL 2012 |
Version formal, senyum nampak gigi je ye |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CIDB career fair 2018 | Minggu lepas CN berkesempatan join pameran kerjaya CIDB di KLCC. Memang meriah dengan pelbagai tawaran kerjaya di bidang construction. CN dan bff iaitu Cikgu Izyan agak 'kekok' di pameran ini kerana semuanya berkaitan dengan contruction yang memang bukan bidang kami. Lepas habis pusing, terus keluar lepak-lepak je. Anak murid kami yang excited join macam-macam games sampaikan taknak balik tau ! Bagi CN, jika anda dalam bidang contruction memang wajib datang ke pameran ini. Masuk percuma ye.
Pameran Kerjaya CIDB di KLCC 2018
CN & Cikgu Izyan bersama team pelajar perempuan yang join Pameran Kerjaya CIDB 2018 di KLCC |
Bersama maskot gurl-gurl yang menjadi rebutan pelajar lelaki |
CN bergambar di replika KLCC di pameran kerjaya CIDB 2018 ini |
Sebelum balik, jalan-jalan dulu di Suria KLCC uolss |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ekspresi NILAMku dari SMK Telok Panglima Garang | Jom sokong team dari SMK Telok Panglima Garang dengan LIKE & KOMEN di video Youtube pelajar-pelajar dari sekolah CN ini. Setiap LIKE & KOMEN anda amat bermakna buat kumpulan-kumpulan ini. Terima kasih untuk LIKE & KOMEN anda.
Ekspresi NILAMku 2018
LIKE & Comment >> The One Band
LIKE & Comment >> Hip Hop Tamilachi
LIKE & Comment >> Classical Dancers
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cikgu, mak tiri & ayah saya dah bercerai! | Sayu hati seorang guru menceritakan kisah anak muridnya yang hidup sendirian kerana ayah kandung dan ibu tirinya bercerai. Hatimu kuat wahai anak.
"Hati cikgu mana yang tak tersentuh bila berjumpa dengan seorang murid yang begitu cekal mengharungi hidup sendirian tanpa kedua ibu bapa yang tersayang.. jika mengharapkan mak tirinya, mungkin kisah dongeng bawang putih bawang merah itu benar-benar wujud dalam kehidupannya..
Baca kisah cikgu ini mengenai anak muridnya yang tinggal sendirian selepas penceraian ayah dan mak tirinya.. jangan lupa sediakan tisu..sebarkan kisah kecekalan anak ini.."
"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".
Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga.
Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.
"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.
"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.
"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.
"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!
Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.
"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".
"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.
"Ok cikgu", dia jawab ringkas.
"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku
"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.
"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.
"Sendiri", jawabnya lagi.
Allahu
Mataku berkaca.
"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************
Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.
Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.
Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.
Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.
Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.
Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.
Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.
***********************************
"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.
"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.
"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.
Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.
"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".
Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"
"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.
"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.
"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.
"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"
"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.
"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.
"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.
"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.
Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".
Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah!
"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!
"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!
***********************************
Wahai Anak.
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?
Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.
Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.
Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.
Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakabar...
Anak..
Kita ini biar miskin harta
Jangan miskin akhlak
Biar kurang pandai
Jangan kurang ajar
Biar terlebih adab
Jangan terlebih biadab.
Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa.
Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aktiviti Kelab Rekacipta & Inovasi Minggu 2 | Sebelum ini CN pernah bercerita tentang aktiviti minggu pertama Kelab Rekacipta & Inovasi iaitu mencipta roco copter. Untuk perjumpaan kali kedua ini pulak, aktiviti kelab adalah pertandingan mencipta resepi berasaskan roti. Pertandingan ini mengikut kumpulan. CN menerima 5 penyertaan dan semua makanan berasaskan roti ini memang sedap hasil tangan ahli kelab sendiri. Setiap penyertaan menerima sijil penyertaan & hadiah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Siapakah pemenangnya? Nanti entry CN selepas ini hokay.
Agar-agar roti yang berwarna-warni |
Antara resepi kreatif iaitu puding roti caramel hijau epal. Memang sedap ! |
Roti sandwich yang cantik hiasannya dari pelajar lelaki tau |
Puding roti bersama sos caramel yang sedap |
Judges pada hari tersebut. Termasuk judges cilik yang bijak memilih pemenang hokay. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar hiasan pentas MTQ | Alhamdulillah, SMK Telok Panglima Garang telah berjaya menganjurkan Karnival Dakwah Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Daerah Kuala Langat. Paling membanggakan adalah hiasan pentas utama yang mendapat pujian dari pelbagai pihak. Tahniah kepada rakan-rakan guru bahagian hiasan pentas yang sangat kreatif & komited dalam menjalankan tugas. Ramai yang menyatakan hiasan pentas utama MTQ bertaraf negeri gituw. Jom lihat beberapa keping gambar hiasan pentas MTQ.
Hiasan pentas utama MTQ untuk Karnival Nasyid & Majlis Penutup |
Hiasan pentas utama MTQ untuk Karnival Nasyid & Majlis Penutup |
Hiasan pentas untuk Tilawah Al-Quran |
Hiasan pentas untuk syarahan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Welfie | Welfie adalah aktiviti wajib apabila CN dan adik-adik bersama. Almaklumlah, kitorang adik beradik semua perempuan. Lepastu semua pulak suka perasan cantik. Masing-masing suka diambil gambar tetapi tidak suka mengambil gambar ! Selalu yang manjadi mangsa memegang henpon ketika berwelfie sudah tentu adik bongsu! Kesian kan adik bongsu CN sorang ni? Hehehe
Sebab dia adik, selalu jadi mangsa kena pegang henfon ketika berwelfie
|
Cik Aqila jadi mangsa orang depan muka semenggah bila welfie |
Cara terbaik supaya muka cantik ketika memegang henpon semasa berwelfie adalah potong gambar separuh supaya nampak konon2 cantik. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sesaat bersama seabad serasa | Inilah tema untuk majlis perpisahan bersama pengetua SMK Telok Panglima Garang yang berpindah ke PPD sebagai SIP+ setelah 2 tahun 4 bulan berkhidmat sebagai pengetua di SMKTPG. Sesungguhnya, banyak kenangan bersama Tn. Pengetua yang sememangnya seorang yang ceria, sporting & sentiasa turun padang bersama cikgu-cikgu. Cara Tn. Pengetua mengarah cikgu 'lembut' dan senang untuk diikut. Paling CN respect, mudah menerima pendapat orang bawahan. Bukan calang orang yang boleh berbuat demikian. Itulah Tn. Salahuddin Bin Hassan Jaba'ie. Seorang pengetua yang sangat CN respect & paling best sepanjang 8 tahun service CN sebagai guru.
CN & rakan-rakan bergambar bersama Pengetua di majlis perpisahan di Amverton Golf Cove Resort |
Selfie bersama pengetua yang sporting. Semoga pengetua gembira di tempat baru |
Majlis perpisahan bersama pengetua di perhimpunan rasmi sekolah |
Majlis perpisahan pengetua yang penuh dengan tangisan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sains Komputer Tingkatan 4 | Berikut merupakan contoh soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sains Komputer (SK) Tingkatan 4 sebagai panduan kepada guru-guru matapelajaran Sains Komputer. Matapelajaran Sains Komputer ini merupakan tahun kedua untuk 2018 yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4. Semoga perkongsian ini membantu para guru dan juga pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. Semoga berjaya !
Buku Program MTQ (Karnival Tadarus Al-Quran) | Alhamdulillah, akhirnya siap juga buku program MTQ yang bikin CN stress dan migrain. Nampak macam mudah buat buku program ni, tapi hanya mereka yang pernah buat sahaja yang faham perasaan AJK Buku Program ni. Stress tau, lagi-lagi bila buku program dah siap print, boleh pulak ada perubahan last minit. Print kaler hokay, mau tak stress ! Tu belum lagi bila nak print, allignment lari la, tak support la. Macam-macam lagi lah !
Jadi, untuk anda yang menjadi AJK Buku Program, disini CN kongsikan hasil kerja CN. Jika berminat untuk mendapatkan original copy iaitu dalam bentuk Publisher, email CN di norazimah15@gmail.com.
Jadi, untuk anda yang menjadi AJK Buku Program, disini CN kongsikan hasil kerja CN. Jika berminat untuk mendapatkan original copy iaitu dalam bentuk Publisher, email CN di norazimah15@gmail.com.
Contoh Buku Program MTQ
Buku Program MTQ 2018 Final by Cekgu Norazimah on Scribd
Best ke makan di Boat Noodle | CN sendiri pun tak faham kenapa bila stress je mesti nak makan dekat Boat Noodle. Lepas makan tu terus rasa bahagia tau. Dah macam kena jampi pulok ! Ada ke orang yang mempunyai perasaan yang sama dengan CN? 😆
Makan di Boat Noodle sebab stress kena keje hari Ahad |
Best ke makan di Boat Noodle?
Ramai yang bertanya kepada CN, best ke makan di Boat Noodle? Dan jawapan CN sudah tentu best ! Semua menu di Boat Noodle menepati tekak CN. Cawangan Boat Noodle paling best pulak sudah tentu di Gamuda Walk yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam. Tempatnya lapang & tak perlu beratur panjang untuk menunggu tempat macam di IOI City Mall, AEON Bukit Tinggi dan banyak tempat lagi.
Makan di Boat Noodle bersama adik-adik sebab stress Encik Suami pegi trip mancing tinggalkan weouls |
Makan di Boat Noodle lagi sebab stress gaji masuk awal sangat ! Eh ! |
Tapi kan, memang best luangkan masa bersama keluarga makan-makan di Boat Noodle sambil agenda utama sudah tentu welfie ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~