Template Pelaporan PBD Sains Komputer | PBD merujuk kepada Pentaksiran Bilik Darjah. Pelaporan PBD ini hendaklah di buat menggunakan template pelaporan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPK) di laman web rasmi mereka. Di sini CN kongsikan template pelaporan PBD untuk matapelajaran Sains Komputer Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Harus diingat bahawa setiap subjek dan tingkatan mempunyai template pelaporan yang berbeza.
Template Pelaporan PBD
Template Pelaporan PBD Sains Komputer
Anda boleh dapatkan template pelaporan PBD di lamanweb rasmi BPK. Atau pun hanya klik link di bawah sahaja.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
PBD | Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Pentaksiran bilik darjah (PBD) |
15 soal jawab tentang PBD
1. Apakah perbezaan PBD dan PBS?
- PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
- PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
2. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?
- Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
- Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
3. Mengapa PBD penting?
- PBD dapat membantu guru dalam:
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
- Mengetahui keberkesanan pengajaran
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
4. Bagaimana PBD dilaksanakan?
- PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
- Pemerhatian
- Penulisan
- Lisan
- Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
5. Apakah pertimbangan profesional?
- Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
6. Bagaimana PBD dilaporkan?
- Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan template pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
7. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?
- Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
8. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
- Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
- Pengetua/Guru Besar
- Penolong Kanan Pentadbiran
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Penolong Kanan Ko Kurikulum
- Penolong Kanan Petang
- Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
- Ketua Panitia
- Guru Cemerlang
- Jurulatih Utama
- Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS
9. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?
- Sekurang-kurangnya 2 kali setahun
10. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?
- Buku Panduan
- Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
- JPN
- PPD
11. Adakah BPK menyediakan rekod transit?
- Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai.
12. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?
- Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.
13. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?
- Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
- Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat pelaporan yang baharu akan dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun pelaksanaannya.
14. Mengapa tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
- PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.
15. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?
- Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
BantuanAwal Persekolahan (BAP) | BAP mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan
untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung
oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan Awam
Persekolahan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau
yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah
Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Bantuan Awal Persekolahan ini yang antara lain bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Antara pelajar CN yang menerima Bantuan Awal Persekolahan 2020 |
Syarat Kelayakan Menerima Bantuan Awal Persekolahan 2020
Pemberian
BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3000 |
Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2020
Bantuan
Awal Persekolahan ini disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
secara berperingkat terus ke;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Selfie sikit dari 4SK 2020 |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Tahun 2020 CN masih tetap menjadi guru penasihat silat SMK Telok Panglima Garang. Cuma guru penasihat ye yang menguruskan hal ehwal kelab. Jurulatih sudah tentu import dari luar! Hehehe..
Jom tengok video persembahan pertama anak-anak CN ni untuk tahun 2020.
Gaya CN bersama anak-anak, hokay tak? Hehehe... |
Video Persembahan Silat Sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Panglima Garang
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Contoh Coding Python untuk kira BMI | Okay, disini CN kongsikan coding ringkas untuk kira BMI menggunakan python yang boleh dijadikan sebagai sistem ringkas untuk kerja kursus ASK Tingkatan 3. Selain python, anda juga boleh menggunakan mana-mana aplikasi lain untuk kerja kursus ASK Tingkatan 3 ini. Coding Python Kira BMI yang CN kongsikan ini hanya melibatkan pengiraan BMI sahaja tanpa penentuan kategori BMI sama ada normal, kurang berat badan atau overweight. So pelajar boleh tambahkan coding untuk penentuan tersebut untuk satu sistem yang lengkap kira BMI. Semoga berjaya !
Kerja Kursus ASK Tingkatan 3, contoh Coding Python Kira BMI
Contoh Coding Python Kira BMI |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah | Pernah dengar tentang guru disaman oleh ibubapa kerana membawa anak murid dan terlibat dalam kemalangan? Realiti sekarang, biar lah guru mati ketika bertugas, bukannya anak murid yang dibawa dengan kenderaan sendiri itu. Sebagai cikgu, CN cuba sentiasa mengikut SOP. Jadi, antara jalan selamat adalah meminta ibubapa membawa sendiri anak mereka ke tempat aktiviti luar sekolah yang dijalankan.
Contohnya bengkel teknik menjawab matapelajaran Sains Komputer peringkat daerah selalu di buat di luar sekolah. Dua cara yang betul dan 'selamat' adalah dengan menempah bas atau van untuk membawa pelajar atau meminta sendiri ibubapa membawa anak mereka ke sana.
Untuk meminta ibubapa membawa sendiri anak mereka ke tempat kursus/bengkel, di sini CN kongsikan contoh surat makluman ibubapa untuk aktiviti di luar sekolah. Perlu disertakan sekali borang kebenaran aktiviti luar yang boleh didapati di pejabat sekolah.
Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah |
Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah
Ruj. Kami: SMKTPG. 600-4/1/15
( )
Tarikh : 26 September 2019
Ibubapa / Penjaga
Pelajar 5 SK
SMK Telok Panglima Garang
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat
Tuan/ Puan,
BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB MATAPELAJARAN SAINS KOMPUTER SPM PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT
TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 30 September 2019 (Isnin)
Masa :
8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Politeknik Banting
3. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa diminta untuk menghantar dan mengambil anak sendiri. Ibu bapa juga
bertanggunggjawab jika berlaku apa-apa terhadap anak dibawah jagaan tuan/puan.
4. Untuk
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan/puan boleh berhubung dengan Guru
Mata Pelajaran Sains Komputer iaitu Pn
W. Afizah bt Wan Yusof (no. hp) dan Pn Norazimah bt Abd Talib (no.hp).
Sekian, untuk makluman pihak tuan/puan.
Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
....................................................
.....................................................................................................................................................................................................................................................
(Keratan
Jawapan)
Saya.........................No. Kad Pengenalan...................ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama ..................... Tingkatan
....... bersetuju / tidak bersetuju anak di bawah jagaan saya mengikuti program
tersebut.
Tandatangan ibubapa
....................................................
(
)
Ringkas dan padat surat makluman ini bukan? Pastikan juga surat ini ditandatangani 'hidup' oleh Pengetua. Insya-Allah jika ada apa-apa terjadi, cikgu sudah ada 'hitam putih' yang boleh dibawa masuk ke mahkamah.
Mencegah lebih baik dari mengubati bukan. Biarlah kita mencegah dan mencuba jalan selamat dalam dunia perguruan ini. Lambat lagi nak pencen weii...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pengisian Markah PAJSK Secara Online
Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) secara online kini boleh dibuat di laman berikut : https://pajsk.moe.gov.my/index.php.
Untuk guru kelas dan guru matapelajaran PJK, akses menggunakan nama Guru Penolong Kanan Kokurikulum dengan ID (nombor kod sekolah) dan password yang boleh didapati dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah anda.
Walaupun pelajar CN cuma 30 orang, tapi disebabkan kena isi satu-satu yang menjadikan ia agak leceh. Berita baik pulak, setakat ini Sistem PAJSK ini masih laju dan tiada masalah ketika key in markah. Jadi gunakan kesempatan masa sekarang untuk key in markah sebelum ia menjadi lembab seperti ciput ! Hehehe
Pengisian markah online PAJSK di SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bootstrap | Baru-baru ini CN ada join kursus pengaturcaraan php kolaborasi MDEC, Kementerian Pelajaran Malaysia & UiTM Shah Alam & benda baru yang CN belajar adalah bootstrap. Mungkin bagi pakar programmer, bootstrap bukanlah benda baru tapi bagi CN yang bukan programmer tapi kena mengajar bakal programmer, memang agak excited bila tahu kewujudan bootstrap ini!
Okay, jika sebelum ini, kita menggunakan css untuk mencantikkan lamaweb. Coding css tu masyaAllah, memang stress bila nak type! Ada je yang salah, pelik-pelik simbolnya! Tapi bila menggunakan bootstrap, hanya panggil saja dan letakkan dalam coding kita, tara, dah siap! Tapi perlu pastikan bahawa anda telah download siap-siap fail bootstrap & diletakkan di dalam folder css.
Bootstrap |
Ok, ini contoh coding yang memanggil fail bootstrap anda.
<head>
<title>Hotel Online Reservation</title>
<meta charset = "utf-8"/>
<meta name = "viewport" content = "width=devide-width, initial-scale=1.0"/>
<link rel = "stylesheet" type ="text/css" href="css/bootstrap.css"/>
<link rel = "stylesheet" type ="text/css" href="css/style.css"/>
</head>
Selamat mencuba!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2020 | Mulai Ogos hingga September 2019, pelajar Tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Sains Komputer dikehendaki untuk menyiapkan Fasa 1 & Fasa 2 untuk tugasan kerja kursus. Markah untuk Fasa 1 & Fasa 2 ini akan dimasukkan ke dalam sistem online Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan Oktober nanti.
Kerja Kursus Sains Komputer 2020
Tema: Pengurusan Perniagaan
Situasi: Pihak pengurusan perniagaan memerlukan satu sistem pengurusan maklumat
yang merangkumi proses mengumpul data-data secara tersusun untuk menjana
maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat.
Antara sistem pengurusan maklumat perniagaan yang dapat membantu pihak
peniaga dan pengguna ialah:
(i) Sistem Pengurusan Tempahan Homestay / Hotel
(ii) Sistem Pengurusan Tempahan Teksi / Kereta Sewa
(iii) Sistem Pengurusan Pembelian Tiket Wayang / Tiket Pengangkutan
Awam
(iv) Sistem Pengurusan Jualan Kenderaan Terpakai / Barangan Antik
Arahan:
Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan mana-mana satu
sistem pengurusan maklumat perniagaan itu. Sistem yang anda bangunkan itu
MESTI mempunyai elemen pengiraan.
Sistem yang akan dibangunkan hendaklah boleh dicapai menggunakan pelayar
web dari mana-mana komputer dalam rangkaian.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Kerja Projek ASK Tingkatan 3 | Kerja Projek ASK Tingkatan 3 telah bermula Mac lalu dan akan berakhir pada Ogos nanti. Sangat penting untuk calon PT3 yang mengambil matapelajaran ASK untuk menyelesaikan kerja projek yang memberi 30% markah untuk matapelajaran ASK. Berikut merupakan format pelaporan untuk kerja projek ASK Tingkatan 3.
Kerja Projek ASK Tingkatan 3 |
Format pelaporan kerja projek ASK Tingkatan 3
Laporan
kerja projek KPAT3 merangkumi:
a) Kulit hadapan
i. Nama
mata pelajaran
ii. Tajuk
kajian
iii. Nama
sekolah
iv. Nama murid
v. Nombor
kad pengenalan murid
vi. Angka
giliran peperiksaan
vii. Nama
penilai
viii. Tarikh dihantar
b) Kandungan
i. Pendahuluan
ii. Carta Gantt
iii. Fasa
pembangunan atur cara:
a. Analisis
masalah
b. Reka
bentuk atur cara
c. Pengekodan
d. Pengujian
dan penyahpepijatan
e. Dokumentasi
iv. Pelaporan
penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa pembangunan atur cara
v. Penghasilan produk
vi. Cadangan penambahbaikan
vii. Penutup
viii. Lampiran
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Belajar Bahasa Sarawak | Teringat dulu masa belajar di UNIMAS, perkataan pertama CN belajar adalah 'sigit'. Jenuh duk berlawan cakap dengan makcik jual tu, "saya nak satu", sambil dia mengangguk duk tanya "sigit ka?", CN geleng sebab tak faham sigit tu, duk ulang je cakap nak satu! Mujur ada sorang kawan Iban tu datang & terangkan yang sigit tu adalah satu. Owh..baru tahu! Hehehe..
Empat tahun belajar di Sarawak, memang CN boleh faham sikit-sikit bahasa Sarawak ni, masalahnya tak boleh nak cakap dengan lancar sebab kawan Sarawak cakap CN cakap Sarawak macam orang asli cakap! Waa..Oklah, jom belajar sikit-sikit bahasa Sarawak. Nanti kalau ke Sarawak tak ada lah pelik sangat bila dengar tau.
Belajar Bahasa Sarawak
Klaka (cakap) Bahasa Sarawak |
Nangga: tengok
Klaka/madah: cakap
Diam: tinggal
Sine: di mana
Sitok: sini
Sinun: sana
Manok: ayam
Pusak: kucing
Asuk: anjing
Aok: Iya
Sik: tidak
Tok: Ini
Kamek: saya
Kitak: kamu
Nya: dia
Sigek: satu
Jaik: jahat
Ngegeh: gedik/ngada
Iboh: jangan
Kacak: cantik
Dibah: bawah
Kepak: letih
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~