Peta Buih Berganda : Untuk membanding/membezakan
Contoh :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Peta Pelbagai Alir : Untuk menunjukkan sebab dan kesan
Contoh :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Peta Alir : Untuk menggambarkan turutan, kitaran atau langkah sesuatu proses.
Contoh :
Lagi contoh di SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
i-Think : Kata kunci
Terdapat 8 Peta Pemikiran iaitu :
1. Peta Bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titi
CN akan terangkan satu persatu 8 Peta Pemikiran ini dalam entry seterusnya. Jangan pening2 yer. Ibu bapa mesti tau sebab 8 Peta Pemikiran ni berbeza dengan peta minda yang kita buat masa sekolah dulu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
i-Think : Apakah ia?
Program i-Think merupakan program dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-Think membawa maksud innovative THINGKING (Pemikiran Inovatif).
Apakah yang diharapkan dari program i-Think?
- Meningkatkan prestasi pelajar
- Menjadikan pelajar yang berkeyakinan dan fokus
- Merangsang penglibatan aktif pelajar di dalam pdp
- Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2014 : Susunan Laporan
Tibalah masa untuk proses akhir iaitu susunan laporan. 3 markah bonus akan diberi jika anda menyusun laporan dengan betul serta laporan anda menggunakan tatabahasa yang tepat.
Susunan Laporan
1. Borang Pentaksiran Individu
2. Borang Akuan Pengesahan
3. Jadual Kerja
4. Objektif & Kaedah kajian
5. Laporan Akhir merangkumi :
Konsep
Faktor/Punca
Kesan
Langkah/Cadangan mengatasi
Bahan Grafik
6. Bahan Lampiran : Borang soal selidik
7. Senarai Rujukan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2014 : Bahan Grafik
Bahan grafik merupakan bahagian yang paling mudah untuk mendapatkan markah penuh iaitu 10 markah. Pelajar hanya perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu bahan grafik yang mempunyai tajuk, idea utama dan maklumat. Perlu diingat, bahan grafik mestilah dimasukkan di dalam bahagian proses akhir iaitu di antara konsep, faktor, kesan dan langkah mengatasi. Berikut merupakan cadangan untuk bahan grafik sebagai panduan kepada pelajar.