Kek butter pelangi ni memang senang sangat nak buat. Kali ini CN akan berkongsi dengan pembaca tersayang resepi kek butter pelangi sukatan cawan. Blender je tau, memang senang. CN buat kek butter pelangi ni sambil berperang dengan Irfan Hensem tau. Mujur cantik gak rupanya sebab anak bujang CN tu sibuk gak nak buat pelanginya. Yela, kalerful budak-budak pun suka.
3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
Kek butter pelangi gebu gebas |
Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek butter pelangi
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar |
Cara membuat kek butter pelangi
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
Kek butter pelangi in da house |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hotel Armada PJ adalah antara hotel yang menawarkan buffet dengan pelbagai pilihan makanan yang sangat sedap dan memenuhi tekak melayu CN ni. Bukan sahaja CN, malah Encik Suami yang terkenal dengan tekak jawanya juga suka buffet dinner di Hotel Armada PJ ini. Antara pilihan makanan yang ngam betul dengan tekak CN dan tekak Itali Irfan Hensem adalah spageti agli olio. Memang sedap ! Jika anda ke Hotel Armada PJ, jangan lupa mencuba spageti aglio olio ye.
Spageti Aglio Olio sedap di Hotel Armada PJ |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Kuih Akok
Kuih akok merupakan kuih tradisi dari negeri Kelantan yang menjadi kegemaran CN. Biasanya kuih akok akan banyak dijual semasa bulan puasa. Disebabkan terpengaruh dengan bestfriend dari Kelantan, kuih akok termasuk dalam list kuih kegemaran CN.
Di Banting ni memang susah nak cari orang jual kuih akok. Jadi CN cuba men'google' resepi kuih akok yang sedap ni. Terjumpa seorang rakan fb yang berkongsi resepinya. Bahan-bahan nya memang mudah, jom kita cuba buat kuih akok sendiri ye.
Gambar google
Bahan-Bahan Membuat Kuih Akok
Bahan-bahannya :
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan
● 100 ml air
● 150 gram gula manisan (gula melaka)
● 30 gram tepung gandum
● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus
Cara-Caranya Membuat Kuih Akok
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.
2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Cara-cara membuat kuih akok
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN sememangnya pencinta manisan. CN suka sangat kek, roti manis dan cookies. Bukan CN sahaja pencinta manisan, malah si kecik Dhia Zahra pun sama. Tengok sahaja gambar di bawah, siapa lagi pemilik tangan kecik tu kalau bukan Dhia Zahra ! Ahaks ~
Aneka manisan di Buffet Ramadhan Hotel Armada PJ |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Antara menu buffet breakfast di Hotel Armada PJ kegemaran CN adalah aneka roti dan muffin. Memang sedap. Roti omputih tu pula bergabung dengan dimsum yang panas-panas. Fuh ! Heaven..
Apabila masakan western bergabung bersama eastern |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ingat senang ke Encik Suami nak buatkan bekal nasi goreng untuk CN? Ini semua gara-gara Encik Suami nak turun laut untuk memancing. Encik Suami ni kalau turun ke laut, dari pagi sampai ke malam baru balik. Jadi, demi membodek Puan Isteri, maka siaplah nasi goreng cili padi penuh kasih sayang ! Okay, lulus !
Bekal nasi goreng masakan suami |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hokay, ikut tekak CN antara ayam goreng McD dengan ayam goreng KFC, sudah tentu ayam goreng KFC lagi sedap ! Almaklumlah, dah lama sebati dengan tekak, bila rasa ayam goreng spicy McD rasa agak kureng sikit. Tapi masih sedap dan sudah tentu rangup macam dalam iklan tu !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika suami membawa pulang ikan siakap hasil pancingan, pasti antara menu biasa adalah ikan siakap masak sweet sour, ikan siakap masak pedas, ikan siakap stim atau pun paling malas goreng kunyit je. Tapi kali ini CN pertama kali mencuba ikan siakap masak asam pedas. Serius sangat sedap ! Rasa manis ikan siakap bercampur dengan kuah asam pedas yang masam-masam pedas, memang menambah selera !
Ok, lepas ni nak cuba lah ikan tenggiri masak asam pedas pulak, agak-agaknya sedap tak?
Ikan siakap masak asam pedas |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mee goreng adalah antara makanan kegemaran anak bujang CN. Selain anak bujang, ibu CN juga sukakan mee goreng. Pantang cuti hujung minggu, mesti ibu CN request mee goreng dari anak sulungnya sorang ni. Kali ini CN buat mee goreng bebola ayam. Disebabkan kicap pekat dah habis, bila guna kicap cair, macam ni la warnanya, suram je. Its ok, yang penting sedap tau ! Chewah !
Anda boleh jenguk resepi mee goreng kicap pedas di sini. Menggunakan resepi yang sama, bezanya CN menggunakan kicap cair je. Selamat mencuba.
Anda boleh jenguk resepi mee goreng kicap pedas di sini. Menggunakan resepi yang sama, bezanya CN menggunakan kicap cair je. Selamat mencuba.
Mee goreng bebola ayam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Terus terang cakap CN bukan pencinta laksa. Tapi tiada masalah untuk makan laksa semangkuk sampai habis ! Hehehe..ok, menggoda tak laksa telur goreng bersarang dekat gambo bawah ni? Laksa telur goreng bersarang ni bukan CN yang masak, tapi CN beli. Memang sedap ! Kuah laksanya pedas just nice. Memang sedap di makan dengan telur goreng tu. Anda patut cuba tau !
Laksa telur goreng bersarang Telok Panglima Garang |
Lokasi Laksa Telur Goreng Bersarang Telok Panglima Garang
Jika anda ingin mencuba laksa telur goreng bersarang yang sedap di Telok Panglima Garang, boleh ikut map di bawah ni. Gerai laksa telur bersarang ni bersebelahan dengan gerai air RM5 ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selain masak lemak cili padi ketam, udang juga sedap dibuat cara masakan yang sama. Rasa manis udang sebati dengan rasa pedas cili padi dan lemak santan. Nak mudah, masukkan sekali pelbagai jenis sayur supaya dah tak perlu masak hidangan sayur pulak. Satu hidangan cukup untuk wanita bekerjaya macam CN ni ! Hehehehe..
Masak lemak cili padi udang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa yang tidak tergoda bila tengok menu raya yang lengkap macam gambar di bawah ni kan? Gabungan nasi himpit bersama kuah kacang, rendang ayam serta masak lodeh, pergh ! Terima kasih boss kerana belanja. Bahagia je buat keje bila perut kenyang hokay..hehe
Menu raya : Nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam & masak lodeh |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ikan cencaru sumbat inti kelapa sememangnya kepakaran Encik Suami. Tugas CN biasanya buat cili kicap pedas berasap sebagai pencicah. Bahan inti kelapa ni senang je nak buat, yang CN malas nak buat adalah mengikat inti ke dalam kelapa. Kalau guna benang yang jahit baju tu, biasanya akan putus masa proses menggoreng. Disebabkan tiada benang yang tebal tu, suami CN guna daun serai sebagai tali pengikat. Oklah, ada rupa dan yang pasti rasanya sedap !
Ikan cencaru sumbat kelapa |
Resepi ikan cencaru sumbat kelapa
Bahan-bahan membuat ikan cencaru sumbat kelapa
Ikan cencaru 5 ekor
Kelapa parut setengah biji
3 batang serai di potong kasar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
seberapa biji cili padi bergantung kepada tahap kepedasan cili tersebut
Garam dan kunyit secukup rasa
Cara-cara membuat ikan cencaru sumbat kelapa
1. Gaul rata garam dan kunyit pada ikan cencaru, Tepikan
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi. Campurkan bahan tumbuk tersebut ke dalam kelapa parut. Masukkan serai yang dipotong kasar. Gaul rata.
3. Sumbatkan inti kelapa ke dalam ikan cencaru dan ikan ikan tersebut supaya inti kelapa tidak keluar semasa proses menggoreng.
4. Goreng sehingga masak dan hidangkan bersama cili kicap ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak bujang CN si Irfan Hensem tu memang suka sangat kicap macam ayahnya. Tak ada kicap memang tak berselera makan tau dua orang kesayangan CN ni. Jadi kesimpulannya, MESTI ada kicap di rumah ! Oleh sebab kedua-dua mereka pencinta kicap, apa-apa masakan berasaskan kicap memang menjadi kegemaran. Bawah ni adalah masakan ikan masak kicap pedas. CN guna cili blender instead of cili padi sebab anak bujang nak makan.
Anak bujang CN ni pandai request tau, "Mama, Irfan nak makan ikan kicap pedas!" Bila dia dah request tu, kenalah masak ye. Nanti merajuk pulak.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Somtam merupakan makanan Thai yang sedap dimakan begitu sahaja. Orang cakap somtam ni macam kerabu Thai gituw la, memang pembangkit selera. Kalau pergi makan dekat kedai Thai, bila order somtam ni, selalunya tak cukup. Kalau nak puas, buat sendiri. Sangat mudah. Meh CN share cara membuat somtam yang sangat mudah.
Resepi somtam yang mudah disediakan
Bahan-bahan untuk somtam
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
1 batang lobak
4 biji cili padi (boleh tambah jika nak rasa lagi pedas)
6 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
5 sudu besar gula kabung
4 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
2 biji tomato – dipotong dadu
3 tangkai kacang panjang
Cara membuat somtam
1. Tumbuk kasar cili padi dan udang kering.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas besar berisi bahan yang disagat (mangga, betik, lobak).
3. Masukkan cuka, jus limau nipis, kacang panjang dan tomato. Gaul semua hingga sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rasanya agak lama CN tak makan pavlova. Last CN makan tahun lepas masa preggy Dhia Zahra sebab mengidam sangat. Kali ni pulak 'ter'mengidam pavlova sebab tengok di Facebook. Mujur ada seller pavlova open delivery area rumah CN. Terus order tau. Fuh ! Dah selamat 6 ketul pavlova ke dalam perut CN. Lagi 3 ketul untuk orang lain sebab Irfan Hensem tak suka makan pavlova ni. Untung CN, hehehehehe.......
Pavlova sedap yang bikin jiwa meronta untuk merasainya... |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Antara kek lapis sarawak kegemaran CN adalah kek lumut lapis chese. Fuh ! Sedapnya dimakan sambil tengok cerita Running Man ! Gambar kek lumut lapis chese di bawah adalah kek original dari Dayang Salhah kiriman kawan CN yang berada di Sarawak. Nyam ! Nyam ! Nyam !
Kek Lumut Lapis Chese dari Dayang Salhah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masak apa harini? CN masak simple je, kacang botol tumis pedas berasap. Blender bawang besar, bawang putih, cili padi dan sedikit ikan bilis. Kemudian tumis dan masukkan kacang botol yang telah dipotong. Kacau rata dan letak garam sedikit ! Tara, siap kacang botol tumis pedas berasap. Krup krap rangupnya ! Memang menambah makan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~