Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 5 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ada pelbagai tips untuk melembutkan cucur. Tips paling mudah untuk melembutkan cucur dengan meletakkan sedikit baking powder pada adunan cucur. Tidak kisah cucur apa, cucur pisang ke, cucur bilis ke, cuma tambah sesudu kecil baking powder pada adunan cucur, InsyaAllah, cucur anda akan lembut dan gebu. Mudah sangat !
Cucur pisang kembung dan gebu pelbagai rupa ! Hehehe.. |
Tips melembutkan cucur >> Sesudu kecil baking powder ke dalam adunan cucur
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sotong masak pedas antara kegemaran CN apabila makan di restoran seafood. Lagi pedas lagi kick hokay ! Tapi bila masak sotong ni, perkara pertama perlu ingat adalah dilarang masak sotong lama-lama kerana sotong yang dimasak lama akan menjadi liat dan kurang enak. Sotong ini sendiri akan keluarkan air, jadi semasa masak sotong masak pedas, anda tidak perlukan masukkan air kerana secara automatik sotong itu akan keluarkan air sendiri. Disini CN kongsikan resepi sotong masak pedas yang sangat mudah ! Kalau ikutkan CN memang campak-campak je. Tapi disebabkan nak masukkan dalam blog, gigih lah CN menyukat bahan-bahan untuk sotong masak pedas ini.
Jom cuba resepi sotong masak pedas yang sangat mudah ini.
Resepi sotong masak pedas yang mudah |
Bahan-bahan sotong masak pedas
>> 5 ekor sotong dipotong bulat
>> 2 batang serai dihiris halus
>> 3 bawang merah dimayang halus
>> 2 cm halis dihiris halus
>> 3 ulas bawang putih dicincang
>> 1 sudu cili kering kisar/cili boh
>> 3 helai daun limau purut
>> 1 sudu besar sos tiram
>> 2 sudu besar sos cili
>> sedikit sos ikan
>> 5 bii cili padi dipotong bulat (boleh ditambah atau dikurang ikut tahap kepedasan yang anda mahukan)
Cara-cara membuat sotong masak pedas
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi.
2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili, sos ikan dan tambah sedikit air. Masak sehingga pekat.
3. Masukkan sotong dan tunggu sehingga sotong masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tutup api. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Taraa ! Siap sudah sotong masak pedas yang sangat mudah ini. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mee hailam merupakan antara menu kegemaran anak bujang CN. Kalau Irfan dia akan cakap mee kicap! Berbeza dengan mee kicap, mee hailam ini rasa lada sulah dan kesat-kesat sikit pada lidah. Memang sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi mee hailam mudah ini, ikut sahaja resepi di bawah.
Resepi mee hailam mudah |
Bahan-bahan membuat mee hailam
>> 1 paket mee kuning (basuh dan tapiskan
>> Segenggam udang hidup
>> Segenggam daging
>> Sebiji tomato (potong 6)
>> Sawi
>> Lobak merah (dipotong bulat)
>> 3 ulas bawang putih diketuk
>> 1 sudu kecil lada sulah
>> 1 sudu besar cili kering diblender (boleh tambah jika suka pedas)
>> 1 kiub ayam
>> 2 sudu besar tepung jagung
>> Air untuk kuah
>> Kicap manis
>> Bawang goreng, daun bawang dan daun sup untuk hiasan
Cara-cara membuat mee hailam
>> Tumis bawang putih, cili kering yang diblender sampai pecah minyak
>> Masukkan daging dan udang (Jika guna daging mentah, sila pastikan daging masak dulu baru masukkan udang) dan gaul sebati
>> Masukkan air untuk kuah. Jika suka kuah banyak lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang digemari. Biarkan mendidih.
>> Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Didihkan sekejab
>> Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato
>> Masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air
>> Masukkan mee kuning dan gaul sebati
>> Hidangkan dalam mangkuk
>> Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
>> Sedia untuk dimakan !
Selamat mencuba resepi mee hailam mudah ini !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Suka hati je CN bagi nama tempe goreng bodoh kan? Isy cikgu sorang ni, not nice bahasa gituw. Sebenarnya tempe goreng kunyit je. Kenapa bodoh sebab simple sangat, cuma tabur garam & kunyit kemudian goreng. Sambil goreng tempe tu sempat CN habiskan suku tempe goreng tu tau ! Inilah tinggal untuk santapan keluarga tersayang. Sangat sedap & tempe ini baik untuk otak tau.
Anda boleh baca entry CN tentang 10 khasiat tempe. Jadi, jom makan tempe ! Ahaks ~
Anda boleh baca entry CN tentang 10 khasiat tempe. Jadi, jom makan tempe ! Ahaks ~
Tempe goreng bodoh yang enak dimakan bersama nasi |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
De' Kampung Cafe adalah pilihan CN untuk makan sate sedap dan murah. Paling penting, tak sampai 5 minit dari rumah hokay ! Kalau anda ke Morib, apa kata balik Kolompo tu singgah sebentar di Jenjarom dan cuba sendiri sate sedap De' Kampung Cafe. Pasti puas hati !
Sate sedap Jenjarom di De' Kampung Cafe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Terapi stress paling membahagiakan adalah makan benda manis. Antara benda manis faveret CN adalah donat Big Apple. Tapi disebabkan Big Apple di Banting ni kebanyakan pekerjanya abang La, memang terbantut nak beli. Mujur donat Tesco Jenjarom ni sedap. Bukan sahaja sedap dah macam donat Big Apple, harga pulak separuh daripada Big Apple hokay ! Untuk donat 6 pieces yang CN beli dibawah ni, cuma berharga RM6.29 sahaja. Murah kan? Maaf ye, gambar donat cuma tinggal 5 pieces sebab Irfan Hensem dah bedal sebijik ! Hehehehe..
Rupa dan rasa sama seperti donat Big Apple tau donat di Tesco Extra Jenjarom ni |
Donat Tesco cuma berharga RM6.29 sahaja |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Encik Suami CN adalah kaki pancing. Selain Encik Suami, ayah mertua CN juga merupakan seorang kaki pancing. Jadi banyaklah ikan-ikan besar hasil pancingan yang dibawa balik. Antara ikan hasil pancingan yang mahal dibawa balik adalah ikan kerapu. Bagi Encik Suami, ikan kerapu sangat sedap dibuat masak stim atau kukus. Dengan rasa manis ikan tu, memang umphh apabila dijadikan ikan kerapu masak stim. Sebenarnya mudah je untuk buat ikan kerapu masak stim ni. Dibawah CN kongsikan resepi ikan kerapu masak stim yang sangat mudah untuk dicuba !
Resepi ikan kerapu masak stim mudah |
Bahan-bahan untuk kerapu masak stim
>> 1 ekor ikan kerapu (saiz ikut pilihan anda, sedap jika bersaiz sederhana)
>> 1 biji bawang holland atau bawang besar biasa dihiris
>> 4 ulas bawang putih dihiris
>> 2 batang serai diketuk
>> 4 biji cili padi, jika taknak pedas, boleh gantikan dengan cili merah dihiris
>> 2 inci halia ditumbuk kasar
>> 2 sudu jus lemon/perahan air limau/perahan air asam jawa
>> 1 cawan air kosong sebagai kuah
Cara-cara membuat kerapu masak stim
1. Masukkan ikan di dalam bekas kukusan, gaulkan rata dengan garam dan jus lemon/air asam jawa serta semua bahan-bahan di atas.
2. Kukus dalam 20 minit atau sehingga ikan masak. Biasanya ikan kerapu bersaiz besar memerlukan masa yang lama untuk dikukus.
3. Apabila telah siap, taburkan dengan daun ketumbar.
4. Taraa ! Siap dah ikan kerapu masak stim yang sangat simple.
Selamat mencuba resepi mudah ini, ikan kerapu masak stim !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sotong goreng rangup adalah antara makanan 'ruji' CN semasa mengandungkan Dhia Zahra. Entah kenapa, semasa preggy Dhia Zahra, memang suka sangat sotong goreng rangup ni. Bukan CN sahaja, anak bujang CN si Irfan Hensem pun suka sotong goreng rangup ni. Antara tempat yang menjual sotong goreng rangup sedap adalah di Pantai Morib. Ada banyak gerai yang menjual sotong goreng rangup ni, pilih je nak mana sebab harga dan rasanya sama je.
Sotong goreng rangup di Pantai Morib |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Puding roti adalah antara desert kegemaran CN. Nak buat puding roti ni senang sangat. Boleh dikukus atau dibakar, kedua-duanya memang sedap! Resepi puding roti kukus ada di SINI. Kali ini CN cuba pulak puding roti yang dibakar bersama sos kastard. Pergh! Memang sedap !
Jika anda ingin melihat video cara pembuatan sos kastard yang creamy ini, boleh refer video CN disini >> Resepi sos kastard.
Jika anda ingin melihat video cara pembuatan sos kastard yang creamy ini, boleh refer video CN disini >> Resepi sos kastard.
Puding roti bakar yang dimakan bersama sos kastard |
Puding roti sebelum dibakar |
Puding roti setelah dibakar |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau tiba hari raya, memang tak sah jika CN tak membakar kek butter gebu. Senang sangat buat kek butter gebu ni, lagi-lagi menggunakan sukatan cawan, semudah A, B, C tau! Apa kata anda cuba resepi kek butter sukatan cawan dari CN ni, confirm jadi hokay ;)
Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek butter pelangi
3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar versi warna-warni |
Cara membuat kek butter pelangi
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~