Kerutuk ayam biasanya anda boleh jumpa di majlis kenduri kahwin. Memang sedap dan menyelerakan. Kadang-kadang tekak mengada-ngada CN ni teringin nak makan kerutuk ayam ni. Bukan susah sangat pun cara membuatnya. CN percaya anda pun boleh buat kerutuk ayam yang mudah ini. Meh tengok resepi kerutuk ayam cara CN.
Kerutuk ayam |
Resepi Kerutuk Ayam
Bahan-bahan membuat kerutuk ayam
1/2 ekor ayam dipotong
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka
Cara-cara membuat kerutuk ayam
>> Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender (rebus dulu cili kering )
>> Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka (supaya bahan tumisan cepat garing).
>> Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Masukkan sedikit air, kacau. Kemudian masukkan ayam
>> Gaulkan. Kemudian masukkan kerisik dan santan
>> Kacau sampai pekat dan agak kering. Sebelum tu masukkan garam, rasakan dan tengok pekat ikut cita rasa masing-masing.
>> Sedia untuk dihidang !
>> Sedia untuk dihidang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain tajuk kari CN ni ye. Ada beza ke ayam hutan dan betina? Sudah tentu ada beza tau. Kita yang manusia pun berbeza lelaki dan perempuan, macam tu jugak la dengan ayam hutan ni. Kalau ayam hutan jantan, agak liat dan ambil masa yang lama untuk dimasak berbanding ayam hutan betina yang agak lembut dan tempoh masak yang tidak lama sama seperti ayam biasa. Bezanya ayam hutan betina dengan ayam biasa adalah teksturnya yang liat dan kalau anda kuat boleh cuba gigit tulangnya ! Pergh ! Keras okay ! Cuba kalau ayam biasa yang makan dedak tu, krup krap je tulangnya boleh digigit. Jadi apa kata sesekali cuba pulak kari ayam hutan betina ni, sedap hingga menjilat jari taw !
Kari ayam hutan betina in da house |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pagi Ahad menjadi indah apabila dapat shopping di Pasar Kemboja Banting. Memang bahagia dengan harga pelbagai pakaian & tudung yang murah dan pelbagai jenis. Cuma sediakan duit je hokay. Selepas shopping boleh menikmati green tea RM2 cawan tinggi yang sedap dan pekat dari Pak Haji yang sangat pemurah. Kalau dekat tempat lain, confirm green tea cawan panjang macam ni paling murah pun RM3 tau.
Green tea RM2 yang sangat sedap |
Muka hepi CN & Miza dapat shopping di Pasar Kemboja Banting & bahagia menikmati green tea RM2 |
Lokasi Pasar Kemboja Banting
Pasar Kemboja Banting ini terletak di Jalan Masjid, Kanchong Darat. Dibuka pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 11 pagi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila sudah lama bercuti, mood memulakan keje memang amat perlahan. Rasa masih lagi terbaring-baring di katil sambil tengok henpon gituw. Jadi nekad balik meeting guru minggu lepas CN terus buat kedondong asam boi. Kebetulan buah kendondong murah di Econsave, CN campurkan sekali kedondong ni dengan mangga muda. Rasanya pergh ! Memang sedap kedondong asam boi & mangga asam boi ni tau. Kalau nak beli sebekas ni dah RM5. Buat sendiri puas makan tau.
Kedondong asam boi yang pasti membuatkan anda tergoda kan? |
Resepi Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan membuat kedondong asam boi
>> Buah mangga 2 biji
>> Buah kedondong seberapa banyak sebab kecik-kecik je buah dia
>> Asam boi setengah paket
>> Cili padi 5 biji - nak lebih pun boleh kalau suka pedas
>> Gula 5 sudu besar
>> Garam secukup rasa
Cara-cara membuat kedondong asam boi
>> Potong kecil buah mangga dan kedondong, basuh dan toskan
>> Masukkan ke dalam bekas
>> Masukkan cili padi yang dipotong kecil, gula, garam & asam boi ke dalam bekas tadi
>> Kacau rata dan masukkan ke dalam fridge selama 4-5 jam. CN biarkan semalaman baru lagi umph !
>> Sedia untuk dimakan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahagianya cuti sekolah. Sambil lepak-lepak di rumah, layan float A&W sambil menonton drama korea bersama anak-anak. Bahagia je rasa. Float A&W ni senang je, hanya campurkan 2 skop aiskrim vanila Wall's ke dalam secawan air A&W. Tara ! Siap sudah float A&W sama seperti di Marrybrown, eh !
Float A&W sedap diminum ketika bersantai di rumah ketika cuti sekolah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kek batik merupakan antara kek kegemaran CN. Kalau dapat makan kek batik ni confirm tak boleh berhenti tau. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda resepi kek batik bertopping yang pasti dapat membuatkan anda lupa tentang diet ! Mudah sahaja membuat kek batik bertopping ini tau. Jom baca resepi kek batik bertopping di bawah ini ye.
Kek batik bertopping |
Resepi Kek Batik Bertopping
Bahan-bahan membuat kek batik bertopping
Bahan A
1 pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1 tin susu pekat
1 cawan air masak
6 sudu besar serbuk koko
14 sudu besar milo
2 biji telur
Bahan B (Topping/choc ganache)
1 cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
Cara-cara membuat kek batik bertopping
1. Cairkan buttercup di dalam kuali. Bila butter sudah separa cair. Tutup api.
2. Masukkan Milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau-kacau sampai sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api balik. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat dimana keluar buih-buih bermakna adunan sudah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie dan kaup balik sampai sebati.
2. Masukkan Milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau-kacau sampai sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api balik. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat dimana keluar buih-buih bermakna adunan sudah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie dan kaup balik sampai sebati.
3. Tuang adunan biskut marie tadi ke dalam loyang. Lapik loyang dengan plastik atau boleh juga guna loyang yang terbuka dibawahnya. Tekan-tekan adunan biskut marie sampai rata dan sejukkan.
4. Sementara menunggu adunan sejuk, anda boleh mula membuat chocolate ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Tuang 1 cawan whipping cream ke dalam bekas lain. Letakkan atas air yang dipanaskan tadi (kaedah double boiled). Kacau-kacau sampai rasa suam bolehlah masukkan choc. Kacau sampai cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi.
5. Apabila sudah siap, tutup api dan angkat. Sejukkan dalam masa 30 minit.
5. Apabila sudah siap, tutup api dan angkat. Sejukkan dalam masa 30 minit.
6. Kemudian tuang ke atas kek batik tadi. Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya nya 6 jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa peminat pau cendawan gebu meh angkat tangan! CN antara peminat pau cendawan gebu. Kalau makan pau cendawan gebu ni confirm tak boleh stop. Asyik nak makan je tau. Sedap betul ! Sebenarnya tak susah pun nak buat pau cendawan gebu ni. Zap zap zap dah siap. Cuma rajin tak rajin je..hehehe. Ok, meh CN share dengan anda resepi pau cendawan gebu yang senang sangat ni. Kalau malas nak buat bentuk cendawan dengan kaki bagai, cukuplah kepala cendawan macam dalam gambar ni je. Janji sedap hokay !
Pau cendawan gebu |
Resepi Pau Cendawan Gebu
Bahan-bahan membuat pau cendawan gebu
Bahan-bahan inti pau cendawan gebu
>> 2 keping isi ayam bahagian dada di potong dadu
>> 3@4 cendawan shintake rendam hingga kembang dan dihiris dadu
>> 2 sudu besar mentega
>> 1 sudu besar minyak zaitun
>> 1@2 sudu besar bawang besar dikisar halus
>> 4@5 dash serbuk lada hitam berperisa
>> 1/4 sudu teh garam halus
>> 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Bahan-bahan doh pau cendawan gebu
>> 300 g tepung pau
>> 1 sudu teh yis
>> 3/4 sudu teh baking powder
>> 1 sudu besar gula kastor
>> 1/2 sudu teh pelembut roti
>> 1/2 sudu besar shortening
>> 200 ml air suam
>> 300 g tepung pau
>> 1 sudu teh yis
>> 3/4 sudu teh baking powder
>> 1 sudu besar gula kastor
>> 1/2 sudu teh pelembut roti
>> 1/2 sudu besar shortening
>> 200 ml air suam
Bahan Untuk Pewarna
>> 2 sudu besar tepung beras
>> 2 sudu besar serbuk koko
>> 4 sudu besar air
>> 2 sudu besar tepung beras
>> 2 sudu besar serbuk koko
>> 4 sudu besar air
(Bancuhkan semua dan ketepikan.)
Cara-cara membuat pau cendawan gebu
1. CARA BUAT INTI
- Mula-mula cairkan mentega bersama minyak dahulu.
- Kemudian masukkan bawang besar kisar dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan cendawan shintake dan kacau hingga nampak layu sedikit. Masukkan ayam dan kacau lagi.
- Masukkan dalam 2 sudu besar sos tiram Maggi dan kacau.
- Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk dapatkan inti yang pekat tuangkan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
- Kacau sehingga pekat dan padamkan api. Jika inginkan lebih nampak ‘creamy’ boleh tambahkan ‘mushroom soup Campbell’. Siap intinya! Sementara ia sejuk, kita buat dohnya.
2. CARA BUAT DOH
- Masukkan kesemua bahan kecuali shortening dan gaul. Adunan agak jadi melekit sedikit.
- Kemudian masukkan shortening dan uli sehingga doh menjadi elastik.
- Perapkan selama 10 minit hingga ia naik dua kali ganda. Tumbuk-tumbuk manja sahaja untuk buangkan udara. Kemudian, bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar. Siap!
3. MASUKKAN INTI
Leperkan doh kemudian sudukan inti ikut banyak mana yang anda mahu. Kalau CN suka inti banyak, jadi letaklah banyak-banyak ye.
4. BENTUKKAN
Tutupkan semula doh tadi dan kemudian ambil sedikit adunan bulatkan dan tepek atasnya seolah-olah seperti batang cendawan.
5. WARNAKAN
Apabila dah siap bentuknya, kita main cat-cat pula! Guna berus dan tepek-tepekkan atasnya dengan adunan coklat tadi. Setelah dicat, biarkan selama 30 minit sehingga ia jadi mengembang, baru boleh kukus.
6. SEDIA UNTUK DIKUKUS
Naikkan tempat pengukus dahulu biar air mendidih. Susunkan dalam pengukus dan kukus 2-3 minit sahaja. Siap untuk dihidang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Betapa kreatifnya orang sampai boleh buat pau ayam macam dalam gambar di bawah. Sangat kreatif sampaikan bila tengok pau ayam ni, nampak seksi pulak ! Hehehe.. Pau ayam di bawah bukan sahaja seksi, tapi sedap tau. Dengan gebunya. Suka sangat ! CN beli pau ayam seksi ni di Pasar Kemboja Banting. Recommended hokay.
Pau ayam seksi |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila scroll gambar lama, tiba-tiba terpandang gambar kek orea aiskrim yang super sedap ni. Yang paling sedap adalah krim aiskrim nya. Sedap sangat sampai berebut hokay ! Alahai, mana nak carik kek orea aiskrim sedap di Telok Panglima Garang ni ye?
Kek Oreo Aiskrim sedap di Telok Panglima Garang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 5 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ada pelbagai tips untuk melembutkan cucur. Tips paling mudah untuk melembutkan cucur dengan meletakkan sedikit baking powder pada adunan cucur. Tidak kisah cucur apa, cucur pisang ke, cucur bilis ke, cuma tambah sesudu kecil baking powder pada adunan cucur, InsyaAllah, cucur anda akan lembut dan gebu. Mudah sangat !
Cucur pisang kembung dan gebu pelbagai rupa ! Hehehe.. |
Tips melembutkan cucur >> Sesudu kecil baking powder ke dalam adunan cucur
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sotong masak pedas antara kegemaran CN apabila makan di restoran seafood. Lagi pedas lagi kick hokay ! Tapi bila masak sotong ni, perkara pertama perlu ingat adalah dilarang masak sotong lama-lama kerana sotong yang dimasak lama akan menjadi liat dan kurang enak. Sotong ini sendiri akan keluarkan air, jadi semasa masak sotong masak pedas, anda tidak perlukan masukkan air kerana secara automatik sotong itu akan keluarkan air sendiri. Disini CN kongsikan resepi sotong masak pedas yang sangat mudah ! Kalau ikutkan CN memang campak-campak je. Tapi disebabkan nak masukkan dalam blog, gigih lah CN menyukat bahan-bahan untuk sotong masak pedas ini.
Jom cuba resepi sotong masak pedas yang sangat mudah ini.
Resepi sotong masak pedas yang mudah |
Bahan-bahan sotong masak pedas
>> 5 ekor sotong dipotong bulat
>> 2 batang serai dihiris halus
>> 3 bawang merah dimayang halus
>> 2 cm halis dihiris halus
>> 3 ulas bawang putih dicincang
>> 1 sudu cili kering kisar/cili boh
>> 3 helai daun limau purut
>> 1 sudu besar sos tiram
>> 2 sudu besar sos cili
>> sedikit sos ikan
>> 5 bii cili padi dipotong bulat (boleh ditambah atau dikurang ikut tahap kepedasan yang anda mahukan)
Cara-cara membuat sotong masak pedas
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi.
2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili, sos ikan dan tambah sedikit air. Masak sehingga pekat.
3. Masukkan sotong dan tunggu sehingga sotong masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tutup api. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Taraa ! Siap sudah sotong masak pedas yang sangat mudah ini. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mee hailam merupakan antara menu kegemaran anak bujang CN. Kalau Irfan dia akan cakap mee kicap! Berbeza dengan mee kicap, mee hailam ini rasa lada sulah dan kesat-kesat sikit pada lidah. Memang sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi mee hailam mudah ini, ikut sahaja resepi di bawah.
Resepi mee hailam mudah |
Bahan-bahan membuat mee hailam
>> 1 paket mee kuning (basuh dan tapiskan
>> Segenggam udang hidup
>> Segenggam daging
>> Sebiji tomato (potong 6)
>> Sawi
>> Lobak merah (dipotong bulat)
>> 3 ulas bawang putih diketuk
>> 1 sudu kecil lada sulah
>> 1 sudu besar cili kering diblender (boleh tambah jika suka pedas)
>> 1 kiub ayam
>> 2 sudu besar tepung jagung
>> Air untuk kuah
>> Kicap manis
>> Bawang goreng, daun bawang dan daun sup untuk hiasan
Cara-cara membuat mee hailam
>> Tumis bawang putih, cili kering yang diblender sampai pecah minyak
>> Masukkan daging dan udang (Jika guna daging mentah, sila pastikan daging masak dulu baru masukkan udang) dan gaul sebati
>> Masukkan air untuk kuah. Jika suka kuah banyak lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang digemari. Biarkan mendidih.
>> Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Didihkan sekejab
>> Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato
>> Masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air
>> Masukkan mee kuning dan gaul sebati
>> Hidangkan dalam mangkuk
>> Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
>> Sedia untuk dimakan !
Selamat mencuba resepi mee hailam mudah ini !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Suka hati je CN bagi nama tempe goreng bodoh kan? Isy cikgu sorang ni, not nice bahasa gituw. Sebenarnya tempe goreng kunyit je. Kenapa bodoh sebab simple sangat, cuma tabur garam & kunyit kemudian goreng. Sambil goreng tempe tu sempat CN habiskan suku tempe goreng tu tau ! Inilah tinggal untuk santapan keluarga tersayang. Sangat sedap & tempe ini baik untuk otak tau.
Anda boleh baca entry CN tentang 10 khasiat tempe. Jadi, jom makan tempe ! Ahaks ~
Anda boleh baca entry CN tentang 10 khasiat tempe. Jadi, jom makan tempe ! Ahaks ~
Tempe goreng bodoh yang enak dimakan bersama nasi |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
De' Kampung Cafe adalah pilihan CN untuk makan sate sedap dan murah. Paling penting, tak sampai 5 minit dari rumah hokay ! Kalau anda ke Morib, apa kata balik Kolompo tu singgah sebentar di Jenjarom dan cuba sendiri sate sedap De' Kampung Cafe. Pasti puas hati !
Sate sedap Jenjarom di De' Kampung Cafe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Terapi stress paling membahagiakan adalah makan benda manis. Antara benda manis faveret CN adalah donat Big Apple. Tapi disebabkan Big Apple di Banting ni kebanyakan pekerjanya abang La, memang terbantut nak beli. Mujur donat Tesco Jenjarom ni sedap. Bukan sahaja sedap dah macam donat Big Apple, harga pulak separuh daripada Big Apple hokay ! Untuk donat 6 pieces yang CN beli dibawah ni, cuma berharga RM6.29 sahaja. Murah kan? Maaf ye, gambar donat cuma tinggal 5 pieces sebab Irfan Hensem dah bedal sebijik ! Hehehehe..
Rupa dan rasa sama seperti donat Big Apple tau donat di Tesco Extra Jenjarom ni |
Donat Tesco cuma berharga RM6.29 sahaja |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Encik Suami CN adalah kaki pancing. Selain Encik Suami, ayah mertua CN juga merupakan seorang kaki pancing. Jadi banyaklah ikan-ikan besar hasil pancingan yang dibawa balik. Antara ikan hasil pancingan yang mahal dibawa balik adalah ikan kerapu. Bagi Encik Suami, ikan kerapu sangat sedap dibuat masak stim atau kukus. Dengan rasa manis ikan tu, memang umphh apabila dijadikan ikan kerapu masak stim. Sebenarnya mudah je untuk buat ikan kerapu masak stim ni. Dibawah CN kongsikan resepi ikan kerapu masak stim yang sangat mudah untuk dicuba !
Resepi ikan kerapu masak stim mudah |
Bahan-bahan untuk kerapu masak stim
>> 1 ekor ikan kerapu (saiz ikut pilihan anda, sedap jika bersaiz sederhana)
>> 1 biji bawang holland atau bawang besar biasa dihiris
>> 4 ulas bawang putih dihiris
>> 2 batang serai diketuk
>> 4 biji cili padi, jika taknak pedas, boleh gantikan dengan cili merah dihiris
>> 2 inci halia ditumbuk kasar
>> 2 sudu jus lemon/perahan air limau/perahan air asam jawa
>> 1 cawan air kosong sebagai kuah
Cara-cara membuat kerapu masak stim
1. Masukkan ikan di dalam bekas kukusan, gaulkan rata dengan garam dan jus lemon/air asam jawa serta semua bahan-bahan di atas.
2. Kukus dalam 20 minit atau sehingga ikan masak. Biasanya ikan kerapu bersaiz besar memerlukan masa yang lama untuk dikukus.
3. Apabila telah siap, taburkan dengan daun ketumbar.
4. Taraa ! Siap dah ikan kerapu masak stim yang sangat simple.
Selamat mencuba resepi mudah ini, ikan kerapu masak stim !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sotong goreng rangup adalah antara makanan 'ruji' CN semasa mengandungkan Dhia Zahra. Entah kenapa, semasa preggy Dhia Zahra, memang suka sangat sotong goreng rangup ni. Bukan CN sahaja, anak bujang CN si Irfan Hensem pun suka sotong goreng rangup ni. Antara tempat yang menjual sotong goreng rangup sedap adalah di Pantai Morib. Ada banyak gerai yang menjual sotong goreng rangup ni, pilih je nak mana sebab harga dan rasanya sama je.
Sotong goreng rangup di Pantai Morib |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~