Resepi kek sarang semut | Kek sarang semut adalah antara kek tradisi yang sedap dan mempunyai rasa yang unik. Bukan sahaja rasa, malah rupanya juga unik seperti sarang semut. Disebabkan kek sarang semut ini antara kek kegemaran Encik Suami, gigih juga la CN belajar membuat kek ini. Dibawah adalah antara resepi kek sarang semut yang mudah dan 'jadi'. Jadi apakata anda cuba jugak resepi kek sarang semut ini. Jom !
Kek sarang semut |
Resepi Kek Sarang Semut
Bahan membuat kek sarang semut
>> 1 cawan gula
>> 1 cawan air sejuk
>> 3 sudu besar butter atau marjerin
>> 3 biji telur
>> 1/2 cawan susu pekat manis
>> 1 cawan tpg gandum
>> 1 sudu teh soda bikarbonat
>> 1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat kek sarang semut
>> Cairkan butter atau marjerin
>> Cairkan gula sampai menjadi warna perang dan masukkan 1 cawan air ( hati-hati ye takut terkena tangan)
>> Di dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau manja-manja sahaja
>> Masukkan susu pekat dan butter yang telah dicairkan tadi. Masukkan esen vanilla serta tepung gandum.
>> Akhir sekali masukkan gula yang telah di cairkan tadi
>> Kacau bagi rata, tak perlu guna mixer ( kacau manja-manja sahaja)
>> Tapis adunan dan masukkan ke dalam bekas yang telah di sapu minyak
>> Perap 1 jam
>> Bakar api bawah selama 20 minit 165° -170°c
>> Tukar api atas bawah selama 10 minit 150°C
>> Apabila sudah masak sejukkan dulu barulah dipotong
>> Apabila sudah masak sejukkan dulu barulah dipotong
>> Teknik potong adalah dengan cara melintang ye untuk dapatkan lubang-lubang tu
>> Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~