Alhamdulillah, anak dara CN si Dhia Zahra sudah berumur setahun sebulan. Macam-macam ragam si kecik ni yang mencuitkan hati. Penat keje hilang bila dapat main dengan si comel ni. Seronok sangat mengusik si bambam ni sampai dia menjerit-jerit marah. Memang kelakar tengok anak dara CN sorang ni marah. Garang sangat tau budak bambam ni. Almaklumlah, masa preggy kan si Dhia Zahra ni, CN selalu marah anak orang. Kan dah mengikut budak bambam tu ! Hehehehe..
Inilah anak kedua CN, Dhia Zahra. Walaupun perempuan, lasaknya mengalahkan si abang. Kadang-kadang sampai menangis si abang sebab kena buli dengan adik. Gambar di bawah masa Dhia Zahra buat projek dalam bilik Mak Udanya. Siap panjat box untuk 'mengemas' almari yang mempunyai banyak khazanah. Bila CN tegur buat apa tuh? Jadilah macam dalam gambar ni, buat muka tak bersalah kononnya..hehehe
Dhia Zahra si kecil yang aktif |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa lagi si perosak gambar jika bukan Irfan Hensem ! Selalu sangat bila ambil gambar keluarga, anak bujang CN sorang ni yang akan buat hal sendiri. Buat muka la, tak nak pandang kamera la, macam-macam la budak sorang ni buat ! Inilah bila sel-sel otak sedang berhubung, bertabahlah wahai mama...
Irfan Hensem si perosak gambar |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok tengok gelagat anak-anak CN dan sepupu dorang anak Cik Mijah. Bila budak-budak ni berkumpul, memang sangat-sangat kecoh ! Bila bergambar pun sama, macam-macam gaya jadinya. Kali ni CN ingin berkongsi dengan anda beberapa keping gambar gelagat Dhia Zahra dan abang sepupunya, Afiq Furqan. Memang comel budak berdua ni. Dorang ni memang rapat, almaklumlah, kedua-duanya angah.
Dhia Zahra pegang-pegang abang Afiq, tapi abang Afiq malu-malu |
Abang Afiq masih malu-malu, Dhia Zahra? Tersenyum eksited..hehe |
Abang Afiq tetap malu-malu, Dhia Zahra apa lagi, kasi tunjuk itu gigi ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Dhia Zahra selalu tau buatkan gambar CN nampak syok sendiri. Mamanya kemain excited senyum lebar tengok kamera sedangkan anak-anak bajet model buat-buat pandang tempat lain! Tak aci tau !
CN syok sendiri bersama-sama anak bertuah Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila dah berpipi tembam, sampai senget-senget pipi tu bila tidur mengiring ! Itulah anak dara CN sorang ni, si Dhia Zahra. Suka sangat tengok anak tembam-tembam ni. Yela, masa baby jela budak-budak ni nak tembam. Bila dah sekolah macam abangnya Irfan Hensem, terus kurus !
Dhia Zahra berpipi tembam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
30032016 - 30032017: Alhamdulillah, seakan sekejab je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun anak dara CN seorang ni. Rasanya masih terasa lagi kesakitan saat melahirkan si bambam ni.
Semoga Dhia Zahra membesar menjadi anak yang solehah ye sayang.
Dhia Zahra setahun |
p/s : Hokay, nak makan kat mana ye celebrate birthday anak dara CN sorang ni? Nanti CN cerita dalam next entry ye. Stay tune..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Agak sentap bila orang yang CN percaya masih bujang memandang sinis bila anak-anak CN buat 'kecoh' di majlis dinner. Hati seorang mak hokay, memang mudah terasa bila orang memandang sinis anak-anak kita yang agak aktif tapi masih lagi belum kacau orang. Mujur Irfan bukan kategori menjerit-jerit, dia cuma suka berjalan-jalan je, kalau tak, mesti lagi malu !
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan memang CN dah cubit Irfan Hensem, dah larang dia, tapi itulah, budak-budak ni memang tak makan saman ! Masa kecil okay je si Irfan ni, bila dah besar dah bersekolah, mulalah tunjuk skil terlebih sel berhubung tu !
Inilah cabaran untuk wanita bekerjaya merangkap seorang mama ! Hanya seorang mama yang faham apa yang CN rasa..hmmm
Bersama Dhia Zahra yang tidak boleh dibawa ke majlis formal ! Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget, beginilah rupanya. Baik je tak ada gaduh-gaduh bila tengok video. Si Abang pun okay je nak berkongsi gadget dengan adiknya. Cuma kadang-kadang si adik ni agak hover suka merampas barang dari abang, masa tulah baru gaduh ! Hehehe..
CN akan pantau kegunaan gadget ni pada anak-anak. Memang tidak dapat dipisahkan gadget dengan kanak-kanak pada zaman sekarang, cuma perlu dipantau. Ada masa tertentu untuk tengok gadget. Ada masa main dan ada masa untuk makan. Cuma kadang-kadang Irfan tu selalu sambil makan sambil tengok You Tube, memang geram!

Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Dhia Zahra, budak kecik gigi 2 batang yang suka makan sendiri. Habis berterabur kalau dibiarkan makan sendiri. Tapi itulah yang dia suka. Layankan jela. Berdikari konon-kononnya..hehe
Gambar ni diambil semasa dinner di Hotel Armada. Kena jaga perangai tak boleh makan comot-comot di hotel ni. Jadi nampak semenggah la rupa Dhia Zahra walaupun makan sendiri..weee
Gambar ni diambil semasa dinner di Hotel Armada. Kena jaga perangai tak boleh makan comot-comot di hotel ni. Jadi nampak semenggah la rupa Dhia Zahra walaupun makan sendiri..weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hokay, harini CN pakai hijau. Warna faveret Irfan Hensem. Kemain dia puji CN pagi-pagi ni bila tengok mamanya pakai baju warna hijau. Siap cakap lagi " Eh, cantiknya mama ! "
Bodek gituwww...
Bodek gituwww...
Alhamdulillah, sekejab je anak dara CN yang super bambam ni, Dhia Zahra berumur 10 bulan. Sangat aktif dan nampak gaya suka 'cari pasal' dengan abangnya Irfan Hensem. Tak pandai yang kecil, suka kacau abangnya. Bila abangnya marah, pandai melawan pulak tu ! Mujurlah abang Irfan Hensem ini agak penyabar walaupun kadang-kadang 'terlepas' juga hayunan tangannya dekat adik !
Dhia Zahra menginjak 10 bulan, suka menolak kerusi atau apa-apa sahaja yang boleh ditolak. Kalau dekat rumah Opah, rajin dia meniti sepanjang dinding rumah Opah sampai ke dapur. Bila diajar bertatih, dia takmo ikut bajet nak independent konon-kononnya. Selera makan agak berkurang disebabkan dah ada 2 batang gigi di bawah. Mungkin rasa tak selesa kot. Tapi menyusu makin kuat. Kira kenyang susu la tuh. Its ok la, janji berat naik setiap bulan dah okay sangat.
Semoga Dhia Zahra membesar dengan ceria dan sihat ye !

Dhia Zahra 10 bulan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem! Minggu depan merupakan anniversary perkahwinan CN dan Encik Suami yang ke-6. Ikut perancangan, kami akan dating berdua dan terpaksa tinggalkan budak berdua yang super aktif ni dengan Opah dan Mak Ngah Mijah. Ala, kasi la can untuk mama dengan ayah dating berdua pulok kan?
Ke manakah destinasi kami? Nantikan next entry ye. Fully sponsored tau. Alhamdulillah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Antara hadiah saguhati blog contest anjuran Advantage Quest yang CN menangi adalah kotak aktiviti Minnie Makes. Dalam kotak ni ada macam-macam alatan untuk aktiviti kraftangan berasaskan Minnie Mouse. Salah satunya adalah cekak rambut Minnie Mouse. Comel tak Dhia Zahra menggayakan cekak rambut Minnie Mouse ni? Siap buat muka comel gituwww...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan & Dhia Zahra kadang-kadang rapat macam belangkas, tapi bila bergaduh, dah macam anak kucing bergaduh duk auww auww si Dhia Zahra tu. Almaklumlah, tak boleh bercakap lagi. Menjerit la yang dia pandai. Si Abang Irfan pun memang suka menyakat. Lagi si adik menjerit, lagi si abang duk sakat !
Inilah permata hati CN. Merekalah racun dan merekalah penawar. Rasa sejuk je hati bila tengok gambar ni. Seronok tengok ikatan adik beradik antara mereka. CN percaya pasti ramai mak-mak diluar sana yang rasa apa yang CN rasa kan?

Amy Search? Siapa? Rasanya itu yang berada di fikiran Irfan Hensem & Dhia Zahra. Terkebil-kebil dorang tengok ayah dan atuk yang sangat eksited dapat berjumpa dengan lagenda rock iaitu Amy Search.
CN? Its ok, i tukang ambil gambar je. Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Permainan gamelan tidak asing lagi bagi keluarga Encik Suami kerana ayah mertua CN adalah tenaga pengajar gamelan jawa di SMK Jenjarom. Kumpulan gamelan dari SMK Jenjarom sentiasa mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Tidak kurang juga untuk majlis kenduri kahwin. Selaku cucu kepada tenaga pengajar gamelan jawa ini, Dhia Zahra tidak terkecuali turut 'meminati' alat muzik gemelan ini.
Tengoklah gambar di bawah, betapa seronoknya Dhia Zahra mencuba alat gamelan. Siap muka puas hati gituww.
Tengoklah gambar di bawah, betapa seronoknya Dhia Zahra mencuba alat gamelan. Siap muka puas hati gituww.
Dhia Zahra seronok bermain gamelan jawa |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~