Kelebihan Plank yang mesti anda tahu | CN mula mengenali latihan plank semasa belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Masa tu, lecturer CN cakap latihan workout paling mudah tapi impak besar adalah plank. Plank adalah senaman yang menampung berat badan anda tanpa menggunakan apa-apa peralatan. Ia sangat mudah dan boleh dilakukan dimana sahaja. Paling menarik plank ini sangat efektif untuk mengempiskan perut. Disebabkan tu CN kembali melakukan plank setiap hari dek kerana perut yang semakin buncit! Gigih CN dan Encik Suami melakukan plank setiap hari untuk mendapatkan perut yang seksi gituw.
Plank workout |
7 Kelebihan Plank
Selain untuk mendapatkan perut yang seksi, plank juga mempunyai pelbagai kelebihan yang mesti anda tahu.
1. Membentuk abdomen yang mantap
: Ini kerana latihan plank berhubung dengan semua otot penting otot transverse (meningkatkan keupayaan mengangkat benda berat), otot rectus (dimana terbentuknya six pack perut), otot oblique (meningkatkan kapisiti menahan tubuh ketika berdiri & waist twisting) serta glutes(menyokong bahagian belakang dan membentuk pinggul).
2. Mengurangkan risiko kecederaan tulang belakang
: Latihan plank memberi tekanan atau bebanan kepada pinggul dan tulang belakang. Latihan plank setiap hari bukan sahaja mengurangkan sakit belakang malah menguatkan otot bahagian belakang anda. Selepas itu tiada lagi masalah sakit belakang dan tidur akan lebih nyenyak. Malah palig best, postur tubuh juga semakin baik.
3. Meningkatkan metabolisme
: Plank workout adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan kerana aktiviti ini membakar lebih banyak kalori berbanding senama abdomen tradisional yang lain seperti sit-up dan crunches. Otot yang dirangsang semasa latihan plank ini akan memastikan anda membakar lebih banyak tenaga walaupun ketika anda tidak aktif. Dengan mengamalkan latihan plank 10 minit setiap hari, ia akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi sepanjang hari walaupun ketika anda sedan tidur.
4. Memperbaiki postur dengan ketara
: Plank workout yang konsisten setiap hari akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada dan belakang anda.
5. Memperbaiki keseimbangan seluruh badan
: Pernahkah anda rasa apabila sedang berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, side plank dan plank with extensions akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
: Tahukah anda plank memberi kesan kepada sistem deria dan ia meningkatkan mood anda menjadi lebih baik. Plank ini meregangkan otot yang berkait rapat menyumbangkan tekanan dan keresahan. Dengan plank, ia akan menenangkan fikiran terutama untuk anda yang sering mengalami simptom keresahan (anxiety).
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk Malaysia dianggarkan 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan adalah 1.1%. Paling menarik yang CN nak kongsi adalah nisbah jantina pada 2018 kekal 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 tempat sesuai mencari jodoh | Anda masih single? Mesti stress kan bila umur dah lanjut tapi masih belum bertemu jodoh? Disini CN akan kongsikan 5 tempat sesuai mencari jodoh sebagai panduan buat si single. Untuk lelaki yang sudah berkahwin, jangan nak berangan hokay ! Jadi jom teruskan bacaan untuk mengetahui di manakah 5 tempat sesuai mencari jodoh.
5 tempat sesuai mencari jodoh? |
5 Tempat Sesuai Mencari Jodoh
1. Majlis Ilmu
Majlis ilmu seperti ceramah atau kursus antara tempat yang sesuai untuk mencari jodoh untuk si single. Bayangkan anda menghadiri kursus 4 hari 3 malam, siang malam jumpa pasti akan menjadi rapat. Inilah peluang si single ye. Tapi awas, sebelum memulakan langkah pertama pastikan si dia belum berpunya tau!
Majlis ilmu seperti ceramah atau kursus antara tempat yang sesuai untuk mencari jodoh untuk si single. Bayangkan anda menghadiri kursus 4 hari 3 malam, siang malam jumpa pasti akan menjadi rapat. Inilah peluang si single ye. Tapi awas, sebelum memulakan langkah pertama pastikan si dia belum berpunya tau!
2. Kenduri Kahwin
Hah, jangan tak percaya. Anda boleh bertemu jodoh di kenduri kahwin tau. Disini anda akan berjumpa ramai saudara mara dan kenalan. Jangan la malu untuk menyatakan yang anda single dan sedang mencari jodoh. Pasti akan ada rakan-rakan atau saudara mara yang sedia recommend seseorang buat anda.
Hah, jangan tak percaya. Anda boleh bertemu jodoh di kenduri kahwin tau. Disini anda akan berjumpa ramai saudara mara dan kenalan. Jangan la malu untuk menyatakan yang anda single dan sedang mencari jodoh. Pasti akan ada rakan-rakan atau saudara mara yang sedia recommend seseorang buat anda.
3. Aktiviti Outdoor
Jika anda minat kereta, apa kata join kelab kereta. Disitu pasti anda akan jumpa seseorang yang mempunyai minat yang sama. Rezeki anda jika si dia single hokay. Sama juga jika anda minat dengan aktiviti lasak seperti hiking. Ada banyak group hiking yang ditubuhkan. Join group tersebut dan cari la jodoh anda si sana.
Jika anda minat kereta, apa kata join kelab kereta. Disitu pasti anda akan jumpa seseorang yang mempunyai minat yang sama. Rezeki anda jika si dia single hokay. Sama juga jika anda minat dengan aktiviti lasak seperti hiking. Ada banyak group hiking yang ditubuhkan. Join group tersebut dan cari la jodoh anda si sana.
4. Media Sosial
Percaya tak CN bertemu jodoh dengan Encik Suami di laman Tagged? Tagged antara laman sosial yang merupakan tempat paling mudah bertemu jodoh. Disitu terpampang segala profile. Cuma betul tak betul je profile yang diletakkan tu. Sama juga dengan Facebook, Instagram, Twitter antara tempat mudah mencari jodoh. Cuma anda perlu berusaha sikit untuk siasat sama ada profile si dia betul atau fake.
5. Portal Jodoh Online
Jika susah sangat apa kata anda cuba portal jodoh online. Disana sudah tentu tempat berkumpulnya individu untuk mencari jodoh.
Antara portal jodoh online yang dipercayai adalah Baituljannah. Ia adalah lamanweb mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan juga perlindungan maklumat peserta di lamanweb tersebut.
Jika anda sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.
Amacam, sudah mendapat idea tempat sesuai mencari jodoh? Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄
Amacam, sudah mendapat idea tempat sesuai mencari jodoh? Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄
Masih Bujang? Tengah Mencari Jodoh Yang Sesuai? Daftar Di SINI !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahaya Postinor | Baru-baru ini viral tentang seorang gadis yang memberi tips membesarkan buah dada dengan mengambil Postinor 2 kali seminggu ! Allahuakbar, ini lah bila terlalu 'bijak' dengan Google sahaja kegunaan Postinor tanpa bertanya kepada yang pakar seperti doktor atau phasmacist. Postinor ni adalah emergency contraceptive pills yang diambil apabila anda benar-benar tidak mahu mengandung. Ia bukan pil perancang tau. Pastikan telan dalam lingkungan 72 jam selepas unprotected sexual intercourse. Bukan semua orang boleh makan postinor dan nak consume postinor mestilah dapatkan nasihat pharmacist atau doktor terlebih dahulu. Postinor ini bukan untuk consume seminggu 2 kali tapi sebagai EMERGENCY sahaja!! CN sendiri pun tak pernah makan Postinor ni sebab kesannya yang menakutkan. Cukuplah sumpah sahaja Encik Suami bila 'accident', hehehe..
Apakah Postinor?
Contoh, terpancut dalam semasa bersama, salah kira waktu subur dan tidak amalkan perancang jenis pil, kes rogol dan kondom didapati bocor.
>> Satu pil Postinor mengandungi hormone levonorgestrel (sejenis progestogen) dalam kandungan 750mcg. Oleh kerana dosnya 2 pil (diambil selang 12 jam), maka total dosnya 1500mcg.
>> Dos 1500mcg adalah 6 kali ganda dos yang terkandung dalam pil perancang biasa. Cuma Postinor tidak mengandungi oestrogen. Maka tidak hairanlah pil postinor boleh mengganggu kitaran haid dan menyebabkan pendarahan yang luar biasa jika sering diambil.
>> Postinor tidak mengelak dari telur (ovum) disenyawakan. Ia mengelak daripada telur yang telah pun disenyawakan daripada melekat di dinding rahim.
>> Lain daripada pil perancang biasa yang menghalang ovulasi (penghasilan telur). Maknanya, postinor tidak mengelak kehamilan, tetapi menyebabkan kehamilan itu GUGUR terus.
Bahaya Postinor yang mesti anda tahu
Ambil postinor secara berlebihan atau kerap tanpa konsultasi doktor boleh menyebabkan
1. Gangguan kitaran hormon
2. Risiko tinggi untuk TIDAK HAMIL kelak.
3. Sukar lekat.
4. Bengkak buah dada (ini side effects, bukan ubat besarkan buah dada!)
4. Bengkak buah dada (ini side effects, bukan ubat besarkan buah dada!)
5. Pening, loya, muntah
6. increased vaginal bleeding
7. Sakit perut
Dapatkan rawatan segera daripada doktor sekiranya anda dapat side effects macam ni. Jadilah pengguna yang bijak.
Siapa yang tidak boleh mengambil Postinor?
Antara golongan yang tidak boleh consume Postinor / perlu dapatkan nasihat doktor atau pharmacist
1) Wanita hamil
2) Pesakit breast cancer
3) Sekiranya ada vaginal bleeding yang tidak diketahui sebabnya
4) Pesakit stroke
5) Penyakit hati
6) High blood pressure
7) Sekiranya korang ada consume ubat lain
8 ) Kalau dah terlajak lebih daripada 72 jam (kemungkinan dah pregnant)
9) Wanita yang ingin hamil
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tumpang tanya, dalam tu ada air milo ke? Kalau accident dan tumpah ke ladang jagung jadi coco crunch tak?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Short hairstyle | Looking for short hairstyle? These idea of short hairstyle for you. Maybe you'll like it!
Short Hairstyle
I love this short hairstyle, simple yet elegance |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Terapi Feng Fu | CN ada terbaca di facebook tentang satu terapi yang membantu mengatasi masalah sakit kepala. Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia jika ditempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda. Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Rawat sakit kepala dengan meletakkan ais pada titik Feng Fu
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Terapi Feng Fu
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui Terapi Feng Fu ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi Feng Fu ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah. Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Kelebihan meletakkan ais pada titik Feng Fu atau Terapi Feng Fu
1. Mengatasi sakit kepala dan migrain
2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi
3. Mencipta kesan relaks
4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan
5. Meningkatkan kualiti tidur
6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular
7. Mengatasi asma
8. Mencegah sering bersin dan hidung berair
9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
10. Membaiki sistem pencernaan
11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual
12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan
13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid
14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi
15. Menghilangkan selulit
16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan
17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Sumber : Facebook
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 jenis air yang bahaya diminum | Air adalah satu keperluan yang paling penting dalam tubuh badan kita. Lapan gelas air sehari adalah disyorkan untuk memenuhi keperluan harian kita. Tetapi dalam keadaan tertentu air juga boleh menjadi racun kepada badan manusia. Terdapat 5 jenis air yang bahaya jika diminum yang mesti anda tahu.
5 jenis air yang bahaya diminum |
5 Jenis Air Yang Bahaya Untuk Diminum.
1. Air Mati
>> Air mati adalah air yang disimpan dalam tempoh yang terlampau lama dan tidak digunakan atau diminum. Ia akan mengakibatkan melambatkan proses pembesaran sel metabolisme kanak-kanak, dan mempercepatkan proses penuaan.
2. Air Yang Didih Dengan Lama
>> Mendidihkan air dengan terlalu lama ia akan mengakibatkan penambahan kalsium magnesium atau kandungan logam lain dan nitrit. Air ini bahaya jika diminum kerana akan mengakibatkan gangguan pada fungsi usus.
3. Air Lebihan Kukusan
>> Minum air jenis ini akan mengakibat perubahan patalogis pada sistem pencernaan, saraf, dan penghasilan darah.
4. Air Yang Tidak Dimasak
>> Air yang tidak diamasak tidak sesuai untuk diminum kerana ia masih mempunyai klorin. Klorin mampu menghilangkan zat yang terdapat didalam air.
5. Air Yang Dimasak Kembali
>> Ini selalu berlaku, sisa air yang sudah dimasak, dimasak kembali bagi kerana inginkan air panas. Perlakuan ini akan mengakibatkan kandungan nitrit dalam air bertambah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Wooden blackboard 2 in 1 double sided | Bila hendak mengajar anak sendiri ni, memang amat mencabar. Cepat betul darah naik ke kepala ! Lagi-lagi bila menulis dibuku, sampai lunyai buku tu dikerjakan. Jadi antara cara menarik untuk mengajar anak adalah dengan menggunakan wooden blackboard/whiteboard. Rasa seperti di sekolah bila guna benda ni. Irfan pun jadi seronok belajar.
Ada banyak kedai yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Antara yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah dan berkualiti adalah di The Baby Store.
Apa yang menarik tentang 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini adalah :
>> Mudah dilipat untuk jimatkan ruang
>> Menarik dan berkualiti tinggi, dari papan kayu yang berkualiti
>> Tray putih mudah untuk dialihkan
>> Ringan- 1.7 kg sahaja
>> Papan hitam dan putih yang mudah untuk dibersihkan
Dan banyak lagi kelebihan lain pada harga yang sangat murah.
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard |
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah di The Baby Store
Ada banyak kedai yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Antara yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah dan berkualiti adalah di The Baby Store.
Apa yang menarik tentang 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini adalah :
>> Mudah dilipat untuk jimatkan ruang
>> Menarik dan berkualiti tinggi, dari papan kayu yang berkualiti
>> Tray putih mudah untuk dialihkan
>> Ringan- 1.7 kg sahaja
>> Papan hitam dan putih yang mudah untuk dibersihkan
Dan banyak lagi kelebihan lain pada harga yang sangat murah.
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard |
Berminat untuk mendapatkan 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini?
CN cadangkan anda beli 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini di website The Baby Store. Beli melalui atas talian atau boleh COD di Shah Alam.
Kenapa CN sarankan beli melalui The Baby Store? Sebab The Baby Store adalah trusted online seller... website pun cantik. Tambahan pula setiap belian anda buat di website ini anda akan dapat mata ganjaran dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya. Anda juga boleh tebus pada produk lain juga.
Sebelum terlupa, jika anda pengguna pertama. Setiap pendaftaran baru akan menerima 200 mata ganjaran. Anda boleh tebus pada belian pertama.
Klik Link ini ---> 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kenyataan Akhbar Rasmi Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Berhubung Tuntutan Hindraf 2.0
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni UiTM di seluruh negara memandang serius tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) yang antara lain mendesak supaya membuka kemasukan UiTM dibuka kepada semua kaum.
PAUiTM dengan ini berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum. Ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Klik untuk sign petition |
Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu.
PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu Bumiputera di negara ini.
Sehubungan itu kami mahu kenyataan berbau hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun. Sebaliknya PAUiTM mencadangkan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan terus mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung Bumiputera itu.
Bagi mempastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu.
Presiden
Dato’ Mohd Zaini Hassan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kelebihan Puasa | Sebagai umat Islam, apabila mengingati tentang keistimewaan puasa bulan Ramadan tentunya kita ingin mendapatkan kemuliaan di bulan yang penuh rahmat ini. Pada bulan tersebut, semua amal ibadah yang kita lakukan akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW, bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.(Hadis riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759)
5 Kelebihan Puasa Menurut Kaca Mata Islam
Terdapat beberapa keistimewaan puasa di bulan Ramadhan yang perlu kita ketahui untuk menjadikan ibadah puasa kali ini menjadi lebih bermakna. Antaranya:
Dari puasa tersebut, secara tidak langsung kita belajar untuk menahan lapar, dahaga, marah dan semua perkara yang boleh membatalkan puasa. Sehingga dari itu kita akan belajar untuk bersabar dan didasari dengan ketaqwaan kepada Allah SWT. Inilah yang menjadikan benteng mengapa berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan boleh mendidik kita untuk mencapai ketakwaan kepada Allah SWT. Hal yang demikian juga berdasarkan ayat al-Quran;
“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah: 183)
2. Bulan Ramadhan penuh dengan pengampunan dosa
Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menjelaskan bahawa barangsiapa yang menjalankan ibadah puasa dengan iman dan ihtisab (niat yang baik), nescaya akan diampuni dosa-dosa yang telah lampau. Ini bermakna sekiranya kita bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadan, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampuni oleh Allah SWT sekalipun dosa itu adalah dosa kecil atau besar.
Semoga dengan ilmu yang serba sedikit ini dapat kita fahami dan janganlah sia-siakan kesempatan terbaik ini kerana kita tidak akan tahu bila kita akan dipanggil untuk menghadap Allah SWT. Bulan Ramadhan merupakan hadiah terbesar diberikan oleh Allah. Bagi umat Islam disyaratkan supaya berpuasa dengan baik dan betul. Kejarlah ilmu akhirat dengan bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu bila saat kematian akan datang menjemput dan dengan amalan inilah yang akan menentukan kita adalah seorang hamba-Nya yang soleh.
3. Dapat Mengendalikan Nafsu Syahwat
Islam sentiasa mengajar umatnya berhati-hati dengan mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan martabat dan maruah diri. Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman,dapat pula sesesorang itu menjaga dan memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu.Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Hai pemuda barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan.Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai jasmaninya menuju sasaran penyucian diri dan kebahagian abadi.
4. Membina Kesihatan Rohani Dan Jasmani
Dengan melaksanakan ibadah puasa yang mencegah seseorang dari makan dan minum pada siang hari, maka dapat pula mengusir racun dan bahan toksin serta bakteria yang dapat merosakkan kesihatan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
“Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat.” (HR.Ibnu Sunni dan Abu Naim)
5. Melatih Manusia Hidup Hemat Dan Sederhana
Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek.Sesuai dengan falsafah dan hikmah puasa yang mengajar manusia menahan diri daripada makan dan minum di siang hari kerana melaksanakan tuntutan ibadah kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Sungguh Berjaya orang Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya.” (HR. Muslim)
Sederhana dan hemat dari segi perbelanjaan, makan dan minum ketika melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan dapat menyelamatkan seseorang dari sifat boros, membazir dan berbuat perkara sia-sia.
Moga-moga Ramadan kali ini menjadikan kita individu muslim yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Ahlan wa sahlan ya Ramadan.
Sumber : Jabatan Profesional Muda DPPM - JPro
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~