Alahai Irfan Hensem, bambamnya kamu masa berumur setahun lebih ni. Kali pertama Irfan menjejakkan kaki ke SMK Telok Panglima Garang. Memang ligat ! Berlari-lari dia naik turun tangga masa ni.
Selasa lepas CN ada terima satu parcel. Memang eksited bukak sebab kotaknya agak besar dan berat. Bila bukak je tengok ada nama Irfan. Eh ! Ni hadiah Irfan. Ok, terus bagi dekat Irfan suruh dia tengok apa ada dalam kotak tu. Kemain suka budak tu bila tengok dalam kotak tu siap ada surat bernama Muhammad Irfan dan set buku cerita berbahasa Inggeris dari Peekabook. Memang sesuai dijadikan sebagai hadiah sebab kotaknya cantik dibungkus. Suka sangat dengan servis pembungkusan Peekabook ni !
Paling Irfan suka sudah tentu Looney Tunes Mini Library. Enam buku mini ini sangat comel dan mudah dibawa ke mana-mana. Senang nanti bila travel boleh bawak buku ni bagi mengisi masa lapang anak bujang CN tu.
Kedai buku online Peekabook
Zaman moden ni senang betul untuk membeli belah. Dah tak perlu berlama-lama dikedai buku untuk membeli buku, order online je dah sampai dekat rumah. Tapi kan bila beli online mesti risau akan bayaran pos sebab buku-buku ni berat. Jangan risau, di Peekabook, bayaran pos percuma bila anda membeli buku pada harga RM150 ke atas. Apa lagi, kasi borong la buku-buku tu. Kalau takut nak borong, apa kata share beli dengan kawan-kawan, dah jimat duit minyak kereta nak keluar kan? Tunggu je abang posmen datang hantar buku, seronok betul !
Bukan setakat buku cerita dan buku latihan, di Peekabook juga ada dijual buku teks untuk sekolah rendah >> Buku Teks Sekolah Rendah. Macam-macam ada dijual disini tau.
Bukan setakat buku cerita dan buku latihan, di Peekabook juga ada dijual buku teks untuk sekolah rendah >> Buku Teks Sekolah Rendah. Macam-macam ada dijual disini tau.
Kotak langganan untuk anak anda hanya di Peekabook
Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual di Peekabook sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Harga bukunya juga berpatutan. Tahu tak bahawa Peekabook telah melancarkan >> "Kotak Langganan" >> untuk kanak-kanak berumur di antara 2-12 tahun. Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu Book Boxes atau Themed Boxes. Setiap kotak berharga serendah RM59.90 sebulan. Apa yang anda akan dapat adalah penghantaran pelbagai jenis buku baru mengikut jenis kotak yang anda langgan dihadapan pintu rumah anda. Paling menarik sudah tentu bungkusan kotak yang sesuai dijadikan sebagai hadiah buat anak tersayang. Buku-buku dibalut kemas di dalam kotak dengan helaian kertas-kertas kecik purple yang cantik berserta surat buat anak anda. Sangat menarik !
Cuba tengok video Irfan ketika membuka "Kotak Langganan" Peekabox ni, eksited betul ! Peekabox Irfan ni adalah kategori Themed Boxes untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun. Best kan kotak ni? CN tak tipu tau, dengan mamanya pun eksited juga nak tahu apa yang ada dalam kotak ni. Suka betul !
Dalam Peekabox Irfan ni ada 6 buku cerita berbahasa Inggeris iaitu :
1. Tyrannosaurus Drip Activity Book
2. I Love My ABC
3. Looney Tunes (Mini Library)
4. The Big Red Bus
5. Speckle the Spider
6. Oh, The Thinks You Can Think!
Berminat untuk melanggan Peekabox ini?
Tekan butang Order Now untuk melanggan :
Untuk maklumat tentang Peekabook.
Website : https://peekabook.com.my/en/
Facebook : PeekabookMY
Instagram : Peekabook
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain tajuk bawak Dhia joging ye. Budak tu baru nak merangkak, manalah boleh joging. Sebenarnya "bawak Dhia teman Mak Ngah joging"..hehehe
Sesekali boleh la bawak 'askar' pegi main-main dekat Dataran Banting. Meriah disini bila waktu petang. Irfan macam biasa paling eksited konon-konon joging dengan Mak Ngah & Pak Ngahnya serta kazen-kazen. CN bila ada 'handbag' super bambam ni memang tak la untuk berjoging. Cukup la sekadar jalan-jalan bersama 'handbag' yang super bambam ni. Tu pun dah lenguh tangan tau.
Sesekali boleh la bawak 'askar' pegi main-main dekat Dataran Banting. Meriah disini bila waktu petang. Irfan macam biasa paling eksited konon-konon joging dengan Mak Ngah & Pak Ngahnya serta kazen-kazen. CN bila ada 'handbag' super bambam ni memang tak la untuk berjoging. Cukup la sekadar jalan-jalan bersama 'handbag' yang super bambam ni. Tu pun dah lenguh tangan tau.
Kemain lagi 2 budak ni, dah macam rupa orang dating tau |
Irfan & Aqila yang lupakan adik masing-masing bila asyik main berdua je |
Baby Dhia yang super bambam !! |
CN nak acah-acah sweet, tiba2 Afiq boleh lak photo boom gambo ni, sabo jela... |
Baby Dhia & Mak Ngah Mija |
Hah! Ni baru sweet kan?? Hehe |
Suka betul dia bila di awan-awangan |
Dah penat, jom balik ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem yang segak bergaya dengan baju kebangsaan berwarna merah siap bersongkok dan bersampin ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia !!!
Alkisah kebetulan bergambar raya berlatar belakangkan bendera Malaysia yang berkibar megah di rumah atok Irfan. Jenuh tau nak berpuluh-puluh snap untuk dapatkan shot cantik macam ni. Memang mencabar bila berphotoshoot dengan budak aktif ni.
Alkisah kebetulan bergambar raya berlatar belakangkan bendera Malaysia yang berkibar megah di rumah atok Irfan. Jenuh tau nak berpuluh-puluh snap untuk dapatkan shot cantik macam ni. Memang mencabar bila berphotoshoot dengan budak aktif ni.
Selamat Hari Malaysia
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuaca yang menentu sekarang ni menyebarkan banyak virus. Kesian si kecil yang mempunyai antibodi yang lemah memang sedang dijangkiti pelbagai penyakit. Anak bujang CN si Irfan Hensem jenis yang jarang demam, bila sekali demam memang berhari-hari. Harini hari ke-tiga Irfan demam. Alhamdulillah, semalam dia dah lalu makan nasi sup + ayam. Special request tau.
Malam sebelumnya dia teringin nak makan kentang goreng KFC, layankan jela asalkan si bujang CN ni nak makan. Apa yang seksa bila dia demam, memang duk merengek je. Cakap panaih-panaih sedangkan di luar hujan menderu-deru. Paling kesian asyik mengadu sakit kepala.
Harini pulak dah kurang panas badannya dan kembali aktif walaupun sering terbaring sebab sakit kepala. Semoga cepat sihat je sayangku Irfan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain eksited Irfan mengibarkan Jalur Gemilang yang dibeli di pasaraya 99 Speedmart tuh. Siap nyanyi lagu Jalur Gemilang lagi dengan pelat dia yang kuat tu tau. Alhamdulillah, nampak gaya semangat patriotik Irfan sangat menebal. Almaklumlah, darah yang mengalir adalah dari keturunan darah pejuang negara. Moyang-moyang Irfan dari belah CN dan juga suami adalah askar dan polis hutan.
Semoga semangat patriotik Irfan itu kekal sampai bila-bila.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ! Merdeka !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila perlu bekerja pada hari cuti, beginilah gayanya. Bawak 'askar-askar' ke sekolah ! Weee.. memang meriah bilik komputer dah macam nursery gayanya. Mujur ada Internet, anak-anak boleh lah behave tengok kartun di Youtube. Gambar di bawah adalah 'askar' CN iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra serta 'askar-askar' Cikgu Duraini, mujur keje siap tau walaupun ramai 'askar' yang mem'bantu' ! Hehehe
Askar-askar di Bilik Kompuer |
Elok la tu Irfan Hensem dengan seluar askar jadi askar CN |
Irfan Hensem memang tak sporting |
Dhia Zahra yang super bambam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baru perasan yang CN lupa nak up entry wish birthday untuk anak bujang tersayang iaitu Irfan Hensem ! Minggu lepas tau birthday Irfan yang keempat iaitu 17 Ogos. Mujurlah CN sempat up dekat facebook dan instagram, kira aci la kan Irfan? Heheheh
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai la anak bujang CN ni, ada je benda 'pelik' yang dia buat. CN percaya pasti ramai yang dah tengok gambar di bawah ni dekat Instagram & Facebook CN kan? Memang kelakar, CN pun tak terfikir dia duk perati apa yang CN buat sampai boleh tiru macam tu. Yang mahal, bila CN tanya "ada susu tak Irfan?" Dia boleh konfiden cakap "Ada mama, cikit!" ! Alahai la anak, tang manalah susu tu ada ye?
Inilah apabila sel-sel otak sedang berhubung, Irfan belajar dari apa yang dia lihat dan dengar. Jadi sebagai parents, berhati-hatilah ketika melakukan sesuatu, ada yang memerhati ye...
Inilah apabila sel-sel otak sedang berhubung, Irfan belajar dari apa yang dia lihat dan dengar. Jadi sebagai parents, berhati-hatilah ketika melakukan sesuatu, ada yang memerhati ye...
Irfan pam susu, weee |
~ Cerita Irfan dari Cikgu Norazimah ~
Sekejab betul rasanya cuti 3 bulan bila ada baby Dhia yang semakin keletah dan sangat manja. Lagi-lagi dengan si abang Irfan Hensem yang kecoh dan suka menyakat adik. Memang best cuti duduk rumah layan keletah anak-anak yang sedang membesar. Beruntung betul ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa dan dapat melihat perkembangan anak depan mata macam mommy Irra.
Waa..harini first day keje dan mood keje kelaut Morib pulok! Yela, rindu baby Dhia & Irfan Hensem, terus layan gambo-gambo di Pantai Morib sehari sebelum puasa haritu. Tak sabar tunggu pukul 1 nak balik !
Dhia Zahra |
Anak-anak CN : Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang berpuasa. Cuti sekolah masih lagi berbaki seminggu. Seronoknya bila berpuasa ketika cuti sekolah, ada banyak idea nak masak apa untuk berbuka tau. Tapi idea jela...hehehe
Meh CN share sikit gambo budak botak dua orang ni. Raya ni si Irfan dengan imej botak la gamaknya. Wee
Irfan & Dhia Zahra yang botak ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, ayah mertua CN yang lebih dikenali dengan panggilan Wak Jedun di Jenjarom ni kini sudah mempunyai 3 orang cucu. Irfan Hensem nak masuk 4 tahun, Atiyah hampir 7 bulan dan Dhia Zahra hampir 2 bulan. Kemain eksited abang Irfan dapat 2 adik gugurl, dicium-ciumnya sampai rimas budak 2 orang ni tau. Tapi yang paling best Atiyah & Dhia ni hampir sama besar je. Sampai ada orang ingat CN dapat anak kembar bila upload gambar gugurl 2 orang ni ! Hehehe
Atiyah & Dhia Zahra |
Atiyah, Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Memang dugaan bila mempunyai baby dan pada masa yang sama ada si abang yang beza umur cuma 4 tahun sahaja. Walaupun Irfan dah faham setiap arahan, tapi perasaan cemburu pada adik memang sukar dihalang. Tenangnya hati bila tengok Irfan cium pipi si adik, tapi perasaan tu bertukar menjadi geram bila dia cubit pipi adik sekuat hati siap cakap "geram!".
Irfan Hensem & Dhia Zahra |
Tengoklah gambar di atas ni, sampai senget-senget pipi Baby Dhia dicium oleh abang Irfan. Bila ditanya kenapa cium adik, jawapannya adalah "Abang sayang adik". Tapi automatik lepas dicium adik mesti akan dicubit pipi si adik pulak. Alahai anak..
Bukan mudah untuk menjaga hati si abang yang cemburu dengan kehadiran si kecil. Semakin hari semakin menduga jiwa dan raga ragam si Irfan yang nak kan perhatian. Sabar jela. Itulah permata hati CN.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~