Amy Search? Siapa? Rasanya itu yang berada di fikiran Irfan Hensem & Dhia Zahra. Terkebil-kebil dorang tengok ayah dan atuk yang sangat eksited dapat berjumpa dengan lagenda rock iaitu Amy Search.
CN? Its ok, i tukang ambil gambar je. Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sudah masuk minggu ke dua baru CN berkesempatan bercerita tentang Irfan yang baru bersekolah. Disebabkan CN sekolah pagi, Encik Suami yang uruskan Irfan. Pada hari pertama, memang ber'perang' juga Irfan dengan ayahnya. Almaklumlah, pagi-pagi disuruh mandi. Memanglah dia marah!
Tapi apabila dihantar ke sekolah, Encik Suami cuma tunggu sampai pukul 8.30 je. Irfan sendiri yang 'halau' ayahnya suruh keje....alhamdulillah. Anak bujang CN ni tak menangis disekolah. Masa balik sekolah pun sama, duduk diam je tunggu ayahnya datang. Alahai la anak..bersopan sungguh depan orang. Kalau dirumah dialah JUARA ! Hehehehe
Irfan Hensem bersedia ke sekolah |
Tunggu CN balik sekolah, eksited tau belagak cakap dia pergi sekolah |
Balik sekolah lapar mintak roti canai ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fuh! Dalam duk sibuk-sibuk menyiapkan fail rekod mengajar dengan Rancangan Pengajaran Tahunan subjek Geografi & Sains Komputer, sempat juga CN menyiapkan name tag buku Irfan. Simple je siap dengan gambar Irfan, kemain eksited budak tu tengok semua buku dia ada name tag ni.
Sebenarnya CN yang terlebih eksited Irfan mula sekolah tahun ni. Sekolah di mana? Nanti CN cerita dalam next entry ye 😍😍😍
DIY name tag Irfan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau tengok gambar-gambar ni, Irfan Hensem mesti sibuk duk ajak pegi "Kampung Upin Ipin" ! Gambar ni diambil di MAHA 2016 iaitu di Kampung Durian Runtuh. Seronok sangat Irfan pergi tempat ni sampaikan asyik ajak pegi sini lagi je. Alahai la anak, bila cakap tempat ni dah tak ada dia marah-marah, sabo jela.
Irfan & Atuk di Kampung Durian Runtuh atau Kampung Upin Ipin katanya |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan hensem & Aqila Firzanah closely indeed. Tengokla, until the clothes were approximately Kaler. If you are berkepit dorang je to forget that there are brothers! Oh la children ..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena cuti sekolah ni, ada pelbagai aktiviti CN bersama anak-anak khususnya anak bujang CN, Irfan Hensem yang akan bersekolah tahun depan. Alhamdulillah, jika sebelum ni memang comot hasil kerja seni terutama mewarna Irfan, tapi bila selalu diajar, dah semakin kemas.
Sudah tentu buku mewarna faveret Irfan adalah dari koleksi Disney.
Perkembangan kanak-kanak 4 tahun
Tahukah anda apakah ciri-ciri perkembangan yang sepatutnya untuk kanak-kanak berumur 4 tahun?
Perkembangan kognitif kanak-kanak 4 tahun
>> Rasa ingin tahu yang amat mendalam yang diikuti minat untuk mencuba perkara yang baru.
>> Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan dan corak.
>> Boleh mengetahui warna-warna yang terdapat disekelilingnya.
>> Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri.
Perkembangan emosi kanak-kanak 4 tahun
>> Boleh menunjukkan perasaan kasih sayang dengan kata-kata.
>> Mula menunjukkan perasaan malu.
>> Mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan.
>> Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon yang betul.
>> Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa.
Perkembangan sosial kanak-kanak 4 tahun
>> Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat.
>> Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan.
>> Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa
>> Boleh bekerjasama semasa bermain menunggu giliran dan berkongsi mainan.
>> Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri.
>> Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran dengan meniru orang dewasa dan kanak-kanak lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak 4 tahun
>> Boleh naik tangga tanpa pertolongan serta dapat menukar kaki semasa menaiki tangga.
>> Mereka gemar membina blok atau bongkah-bongkah menjadi menara.
>> Menunjukka peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
>> Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5 – 6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
>> Boleh memegang crayon atau pen dengan baik.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alangkah bahagianya anak-anak ni bila bangun tidur tengok mama ada disebelah. Seronok la ye mama dorang ni cuti sekolah, ada di rumah je duk mengadap kerenah budak-budak yang super aktif ni !
Bestnya jadi surirumah kan boleh tengok anak-anak membesar depan mata?
Bestnya jadi surirumah kan boleh tengok anak-anak membesar depan mata?
Dhia Zahra & Irfan Hensem |
Dhia Zahra & Irfan Hensem |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Musim cuti sekolah ni memang meriah dengan undangan majlis kenduri kahwin atau dalam bahasa jawanya kondangan. Anak bujang CN si Irfan memang suka ke majlis kondangan. Lagi-lagi menu kondangan ni, fuh, kadang-kadang bertambah makan tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Suka sangat gambar 2 beradik ni, sweet je. Alhamdulillah, abang Irfan boleh diharap untuk menjaga adik. Si adik pula akan menangis bila tengok abangnya di'buli' oleh CN dan Encik Suami. Memang penyokong setia tegar abang Irfan betul Baby Dhia ni ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan gaya tidur yang sama. Alahai la anak, dah la muka lebih kurang sama, gaya tidur pun nak sama.
Inilah anak-anak permata hati CN.
Inilah anak-anak permata hati CN.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Merekalah chenta hati CN >> Irfan Hensem & Dhia Zahra. Cuti 5 hari duk umah mengadap budak-budak ni pun tak ada masalah tau. CN rela di'buli' oleh 2 orang budak ni janji hati senang sebab anak-anak membesar di depan mata. Bahagia sangat ! Alhamdulillah..
Brother & sister together as friends
Ready to face whatever life sends
Joy & laughter or tears & strife
Holding hands tightly as we dance through life
Hujung minggu pada hujung-hujung tahun ni pasti meriah dengan undangan kenduri kahwin atau dalam bahasa jawanya kondangan. Memandangkan si kecik Baby Dhia sihat dan cergas, CN bawaklah si bambam ni pergi kondangan jiran rumah ibu di Banting. Jalan kaki je dah sampai gituw..😍😍😍
Kali ini CN pakaikan my little bambam baju pink yang dibeli di Lazada. Tak sangka dah senteng walhal tak pernah pakai lagi ! Waaa..
Seronok betul hiaskan anak dara dengan baju pink-pink ni. Dah la cantik-cantik bajunya, murah pulak tu. Baju Irfan memang susah nak jumpa yang murah-murah, sabo jela.
Oklah, takmo cerita banyak-banyak, layankan jela gambo-gambo kitorang di kondangan yang menggunakan tema glamorous. Memang cantik pelaminnya tapi sayang tak sempat bergambar di pelamin sebab si bambam pinky CN ni duk bising ajak balik ! Hehehe 😓
Abang Irfan Hensem tersenyum gumbira dapat makan nasi kondangan |
Menu di kondangan pilihan ibu CN |
Gadis pinky bajet retis bersama Opah, kemain suka dia makan limau yang masam tu. |
My syayangs |
Inilah dia gadis pinky bajet model bila bergambar, mamanya jela yang syok sendiri tengok kamera |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gula hatiku Irfan Hensem & Dhia Zahra. Bahagianya hidup bila ada penyeri hari-hari CN ni. Mereka la racun dan merekalah penawarnya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lepas mandi petang, Irfan Hensem sibuk duk carik beg merahnya dan cap Ben10 yang juga warna merah. Lepastu siap pakai selipar dan nak keluar rumah.
CN : "Irfan nak kemana?"
Irfan : "Irfan nak pegi skul"
CN : "Mana skul bukak petang-petang ni Irfan oiii"
Irfan: "Owh..Irfan nak pegi *medang la"
*Minum dalam bahasa jawa
Relax je suka hati keluar rumah nak pegi skul. Bila cakap skul tutup terus cakap nak pegi medang. Biasanya kitorang medang dekat kedai mamak je. Alasanla tu nak keluar..sabo jela
CN : "Irfan nak kemana?"
Irfan : "Irfan nak pegi skul"
CN : "Mana skul bukak petang-petang ni Irfan oiii"
Irfan: "Owh..Irfan nak pegi *medang la"
*Minum dalam bahasa jawa
Relax je suka hati keluar rumah nak pegi skul. Bila cakap skul tutup terus cakap nak pegi medang. Biasanya kitorang medang dekat kedai mamak je. Alasanla tu nak keluar..sabo jela
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Abang Irfan yang berumur 4 tahun kini sentiasa hendakkan perhatian selepas kehadiran Dhia Zahra. Bahkan, setiap kali lepas mandi mesti nak baju sama warna dengan si adik. Jenuh CN duk mencari baju mathing 2 beradik ni. Kalau tak confirm merajuk si abang. Aduhai...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Suka betul Irfan Hensem dengan shawl kaler turquos ni. Kalau CN minta Irfan pilih mana 1 shawl yg sesuai dengan baju, pasti dia akan pilih shawl ni. Alahai la anak, dah boleh jadi perunding imej CN ni. Siap pandai komplen tau kalau dia rasa shawl yang CN pakai tu tak cantik. Sabo jela...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai Irfan Hensem, bambamnya kamu masa berumur setahun lebih ni. Kali pertama Irfan menjejakkan kaki ke SMK Telok Panglima Garang. Memang ligat ! Berlari-lari dia naik turun tangga masa ni.
Selasa lepas CN ada terima satu parcel. Memang eksited bukak sebab kotaknya agak besar dan berat. Bila bukak je tengok ada nama Irfan. Eh ! Ni hadiah Irfan. Ok, terus bagi dekat Irfan suruh dia tengok apa ada dalam kotak tu. Kemain suka budak tu bila tengok dalam kotak tu siap ada surat bernama Muhammad Irfan dan set buku cerita berbahasa Inggeris dari Peekabook. Memang sesuai dijadikan sebagai hadiah sebab kotaknya cantik dibungkus. Suka sangat dengan servis pembungkusan Peekabook ni !
Paling Irfan suka sudah tentu Looney Tunes Mini Library. Enam buku mini ini sangat comel dan mudah dibawa ke mana-mana. Senang nanti bila travel boleh bawak buku ni bagi mengisi masa lapang anak bujang CN tu.
Kedai buku online Peekabook
Zaman moden ni senang betul untuk membeli belah. Dah tak perlu berlama-lama dikedai buku untuk membeli buku, order online je dah sampai dekat rumah. Tapi kan bila beli online mesti risau akan bayaran pos sebab buku-buku ni berat. Jangan risau, di Peekabook, bayaran pos percuma bila anda membeli buku pada harga RM150 ke atas. Apa lagi, kasi borong la buku-buku tu. Kalau takut nak borong, apa kata share beli dengan kawan-kawan, dah jimat duit minyak kereta nak keluar kan? Tunggu je abang posmen datang hantar buku, seronok betul !
Bukan setakat buku cerita dan buku latihan, di Peekabook juga ada dijual buku teks untuk sekolah rendah >> Buku Teks Sekolah Rendah. Macam-macam ada dijual disini tau.
Bukan setakat buku cerita dan buku latihan, di Peekabook juga ada dijual buku teks untuk sekolah rendah >> Buku Teks Sekolah Rendah. Macam-macam ada dijual disini tau.
Kotak langganan untuk anak anda hanya di Peekabook
Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual di Peekabook sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Harga bukunya juga berpatutan. Tahu tak bahawa Peekabook telah melancarkan >> "Kotak Langganan" >> untuk kanak-kanak berumur di antara 2-12 tahun. Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu Book Boxes atau Themed Boxes. Setiap kotak berharga serendah RM59.90 sebulan. Apa yang anda akan dapat adalah penghantaran pelbagai jenis buku baru mengikut jenis kotak yang anda langgan dihadapan pintu rumah anda. Paling menarik sudah tentu bungkusan kotak yang sesuai dijadikan sebagai hadiah buat anak tersayang. Buku-buku dibalut kemas di dalam kotak dengan helaian kertas-kertas kecik purple yang cantik berserta surat buat anak anda. Sangat menarik !
Cuba tengok video Irfan ketika membuka "Kotak Langganan" Peekabox ni, eksited betul ! Peekabox Irfan ni adalah kategori Themed Boxes untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun. Best kan kotak ni? CN tak tipu tau, dengan mamanya pun eksited juga nak tahu apa yang ada dalam kotak ni. Suka betul !
Dalam Peekabox Irfan ni ada 6 buku cerita berbahasa Inggeris iaitu :
1. Tyrannosaurus Drip Activity Book
2. I Love My ABC
3. Looney Tunes (Mini Library)
4. The Big Red Bus
5. Speckle the Spider
6. Oh, The Thinks You Can Think!
Berminat untuk melanggan Peekabox ini?
Tekan butang Order Now untuk melanggan :
Untuk maklumat tentang Peekabook.
Website : https://peekabook.com.my/en/
Facebook : PeekabookMY
Instagram : Peekabook
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~