Warga Banting sekarang dah boleh makan makanan Korea delivery ke rumah lagi! Harga pun berpatutan berbanding di Restoran Korea terkenal. CN sendiri dah cuba & memang puas hati dengan Korean Street Food yang sangat sedap ni. Kena dengan tekak CN. Tapi untuk kanak-kanak memang menangis la nak habiskan sebab pedas ! Irfan sendiri sampai merah bibir duk makan korean spicy noodles. Dhia pulak CN bagi makan jjangmyeon sebab kurang pedas. Jjangmyeon ni spageti dengan sos black pepper. Sedap tau!
![]() |
Korean street food Banting |
Kalau anda nak tahu CN order di mana Korean Street Food yang sedap dan murah ni, boleh bukak fb CN >> Korean Street Food Banting.
![]() |
Set tteobokki RM1 sahaja. Ada korean spicy doodles, korean spicy chicken, egg rolls & tteobokki |
![]() |
Set jjangmyeon RM12 sahaja. Ada korean spicy doodles, korean spicy chicken, egg rolls & jjangmyeon |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~