Human by Christina Perri. Pergh ! Liriknya sangat2 menyentuh perasaan. Best betul CN melalak lagu ni masa driving. Mesti orang sebelah duk pelik jer tengok apa la aweks sebelah ni duk buat. Awek?? Hehe..
Serius lagu ni sangat best ! Dah lama CN nk masukkan dalam blog pasal lagu ni, asyik lupa jer. Lepas ni kalau nak menyanyi boleh tengok blog sendiri jer..cuma search dekat kanan blog CN ni, nampak tak?
Human by Christina Perri
Sesi JIWANG kembali lagi. Entah kenapa, harini duk repeat jer lagu A Thousand Years dari Christine Perri. Lagu ni..perghh ! Sangat2 mendayu-dayu..terbayang muka vampire hensem bila dengar lagu ni ! Alahai..
A Thousand Years : Christina Perri
Disini Lahirnya Sebuah Cinta : Bob Yusuf
Terlayan pulak Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014 dari Bob Yusuf. Mendayu-dayu jer. Jom layan....
Shila Hamzah : Cinta Hati
Lagu siulan CN ketika drive. Memang layan lagu ni. CN suka lirik lagu Cinta Hati yang sweet2 gituww. Jom la kita layan sama2 lagu Cinta Hati dari Shila Hamzah.
Salam ceria..
Tiba-tiba teringat lak lagu-lagu lama, layan kan je..
Tiba-tiba teringat lak lagu-lagu lama, layan kan je..
Salam Ramadhan..
Sesi JIWANG kembali lagi. Kali ni CN sudah terpikat dengan lagu Amylea dekat cerita Ramadhan Yang Hilang di TV3 tu. Mendayu-dayu dan relax je dengar. Liriknya pon BEST ! LAYANZ jela hokay..
Amylea : Seperti Dia (OST Ramadhan Yang Hilang)
Amylea : Seperti Dia (OST Ramadhan Yang Hilang)
Encik Mimpi : Ayuh Tinggalkan Dia
Pernah dengar tak lagu ni ? Mula-mula CN ingat lagu Indon, rupa-rupanya Encik Mimpi. Suka lirik lagu ni yang sempoi dan muzik yang rancak.. meh la layans...
Encik Mimpi : Ayuh Tinggalkan Dia
Hujung Dunia dari Hanie Soraya. Memang best ! CN ingat Hanez Suraya yang pelakon tu, macam nak boikot jer lagu ni. Rupa2nya Hanie Soraya protege Faizal Tahir, fuhh ! Ok, clear, boleh layanz lagu ni sambil drive. Bila layan pagi2 lagu ni sambil drive sambil follow belakang lori sebab jalan Klang-Banting banyak lori..memang tak terasa stress ! Cubalah..hehe
Hujung Dunia dari Hanie Soraya
Lirik lagu Arjuta Beta - Fynn Jamal
Salam mesra..
Mood menanda buku latihan student kini ke Laut China Selatan. Berehat la sebentar layan lagu Arjuna Beta dari Fynn Jamal. Aduhai..santainyer. Dah berapa kali CN duk play lagu ni jer, tak jemu2 beb !
Lirik lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal
Qasidah Ya Hanana
Salam Jumaat..
Nak dijadikan cerita, anak bujang CN yang omel lagi bergaya iaitu Muhammad Irfan buat perangai menangis pagi2 buta pukul 3 lebih !
Jenuh ler CN dan hubby duk pujuk, dukung bagai, masih menangis ! TAPI ! Bila bawak dekat laptop, terus diam. So Encik Hubby pasanglah video Qasidah Ya Hanana ni. Leka la Irfan dan tak menangis lagi..fuhh ! Irfan tertidur lepas bateri laptop habis..CN dah selamat tidur tak sanggup tunggu Irfan..sorang2 jela budak tu layan Qasidah Ya Hanana ni mendayu2 sampai terbawa2 dalam mimpi CN ! Hehehe..
Salam mesra..
Kenal tak mamat korea kat gambo ni? Inilah NOMAD penyanyi lagu TETAP MENANTIMU. Ala..lagu tema cerita Mr. Arrogant tu ! Serius CN tak tahu pun penyanyi lagu cerita ni...memang ketingggalan zaman betul CN ni ! Orang lain dah kenal lama Nomad ni, CN baru jer tahu, tak sangka lak sebijik macam mamat korea..fuhh ! Memang comel ! Hehehe
Jom layanz lagu dari NOMAD ni yer .. wink!