Gejala preeclampsia
Preeclampsia adalah suatu gangguan yang muncul ketika usia kehamilan lebih dari 20 minggu. Preeclampsia adalah suatu keadaan di mana tekanan darah meningkat ketika kehamilan.
2 jenis preeclampsia dan gejala-gejalanya
Preeclampsia ringan
: Tekanan darah yang tinggi
: Tubuh menahan air
: Protein terdapat dalam air kencing
Preeclampsia berat
: Sakit kepala
: Pandangan kabur, tidak dapat melihat cahaya yang terang
: Kelelahan
: Mual/muntah
: Buang air kecil yang sedikit
: Sakit di perut bahagian kanan atas
: Nafas pendek dan mudah cedera
Golongan berisiko mengalami preeclampsia
Berikut adalah senarai ibu hamil yang berisiko tinggi mengalami preeclampsia
: Pertama kali hamil
: Ibu hamil yang ibunya atau saudara perempuannya pernah mengalami preeclampsia
: Ibu hamil dengan kehamilan kembar
: Ibu hamil pada usia remaja dan ibu hamil berusia lebih dari 40 tahun
: Ibu hamil yang sebelum kehamilannya menghidapi penyakit darah tinggi atau penyakit ginjal
Cara rawatan preeclampsia
Rawatan preeclampsia bergantung kepada tempoh kehamilan pesakit. Jika tarikh sudah cukup hampir dan bayi dianggap cukup matang, doktor mungkin akan menyarankan untuk melahirkan bayi seberapa segera yang mungkin.
Tetapi jika mengidap preeclampsia sederhana dan bayi masih belum berkembang secara penuh, doktor akan mencadangkan beberapa cara seperti di bawah :
: Beristirehat atau berbaring secara mengiring pada sisi kiri tubuh agar janin tidak menindih salur darah
: Sering melakukan pemeriksaan sebelum kelahiran
: Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
: Minum 8 gelas air setiap hari
Tetapi jika mengidap preeclampsia yang berat pula, doktor akan merawat dengan memberikan ubat-ubat untuk mengawal tekanan darah sehingga perkembangan bayi sudah cukup untuk dilahirkan dengan selamat.
Sumber : Buku Panduan Lengkap Kehamilan terbitan Telaga Biru
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tanda-tanda hendak bersalin
Dengan mengenali tanda-tanda hendak bersalin, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk ke hospital. Pengalaman CN masa hendak bersalinkan Irfan dulu, almaklumlah anak pertama, bila rasa sakit kontraksi yang memang menyakitkan terus diajak Encik Suami ke hospital. Bila check bukaan baru 2cm. Dah kena balik rumah 'melayan' sakit kontraksi yang kejab-kejab datang atau lebih dikenali sebagai braxton hicks.
Apakah 3 tanda hendak bersalin yang perlu ibu hamil tahu?
1. Kontraksi yang teratur
: Kontraksi yang dirasai pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks dimana ia timbul secara teratur. Pada permulaannya, kontraksi hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan kuat serta selang masa adalah singkat. Ketika kontraksi sudah teratur, mulalah kira waktunya. Kelahiran akan terjadi apabila kontraksi menjadi semakin dekat iaitu 40 saat antara satu sama lain.
2. Lendir bercampur darah
: Pengeluaran lendir bercampur darah terjadi disebabkan oleh sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Pengalaman CN sendiri, lendir bercampur darah ini telah keluar sehari sebelum bersalin.
3. Air ketuban pecah
: Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar. CN pula ketuban dipecahkan ketika di dalam labour room. Untuk pengetahun anda, air ketuban ini berbentuk bersih, jernih dan tidak berbau.
Sudah mempunyai salah satu tanda hendak bersalin ini?
Apa tunggu lagi, cepatlah menyerah diri di hospital ye. Tapi sebelum itu, pastikan anda makan terlebih dahulu kerana proses bersalin adalah memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Untuk anak kedua ini harap-harap CN lebih bertenang dan dapat makan sebelum bersalin kerana ketika Irfan dulu, CN langsung tak boleh makan disebabkan mual dan loya. Akibatnya memang semput dan tidak bermaya la semasa proses bersalin. Syukur alhamdulillah, walaupun tenaga tidak berapa kuat, mental yang kuat membolehkan CN bersalin secara normal.
p/s: Serius CN memang lupa rasa sakit bersalin tu macam mana. Cuak pula menunggu kelahiran kali kedua ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Batuk Ketika Hamil
Pejam celik pejam celik, sudah 32 usia kandungan CN ini. Mengandung kali kedua ini sememangnya amat berbeza dengan yang pertama dulu. Paling seksa adalah CN mengalami batuk berterusan sehingga sebulan lebih pada usia kandungan masuk trimester ketiga. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk CN mengajar pelajar ketika batuk menyerang. Perut yang membesar menyebabkan CN menjadi semput bila batuk.
Paling menakutkan bila refer ke Hospital Banting, boleh pulak suspect tibi kerana batuk berterusan tanpa demam. Seminggu CN berulang-alik ke Hospital Banting untuk hantar sample kahak. Ujian darah pula hampir sama dengan pesakit tibi tetapi tidak boleh dipastikan kerana CN mengandung.
Alhamdulillah, setelah diberikan antibiotik, perubahan positif berlaku dimana batuk CN semakin berkurang dan sakit pada dada akibat batuk juga agak berkurang. Cuma CN perlu kembali ke Hospital Banting pada minggu depan untuk mengetahui hasil ujian kahak dan ujian tibi dengan inject 'sesuatu' pada lengan kiri.
Sememangnya bahaya jika mengalami batuk yang teruk di trimester ketiga ini. Akibat batuk yang teruk ini boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang kerana tekanan yang kuat pada perut.
Doakanlah ujian kahak CN nanti negatif tibi ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scan Ultrasound 3D4D
Sememangnya sebagai ibu yang hamil, pasti berasa teruja untuk melihat keadaan bayi yang dikandung. Lebih-lebih lagi bila dapat melihat bayi tersebut dengan lebih jelas melalui scan ultrasound 3D iaitu gambar berwarna oren dan 4D melalui video 3 dimensi. Jika anak pertama dulu CN tidak berkesempatan untuk scan 3D-4D ini, tapi untuk anak kedua CN tidak melepaskan peluang untuk scan 3D-4D ini kerana perasaan teruja itu dikongsi bersama Irfan Hensem.
Semasa proses scan ultrasound 3D4D tersebut, Irfan memang teruja bila paparan di skrin yang pada mulanya berwarna hitam putih iaitu 2D bertukar menjadi 3D. Memang jelas muka adik Irfan, cuma masa scan tersebut, usia kandungan CN telah 31 minggu, jadi muka si kecil terlindung dengan uri.
Muka masam |
Ok, meh CN belanja 2 gambar adik Irfan iaitu gambar atas dengan muka yang masam dan gambar bawah dengan muka yang senyum. Sepanjang proses scan ultrasound tersebut, si kecil ini memang tidur jer. Bila dikejut oleh sonographer, Pn Suraya, dia cuma menguap dan kembali tidur ! Memang sebijik abang dia si Irfan Hensem tu. Susah betul dikejut kalau tengah tidur. Mujur jantina si kecil boleh nampak, tapi rahsia....CN takmo beritahu ! Hehehe. Tapi serius servis scan 4D di sini memang terbaik.
Muka senyum |
Dimanakah 3D4D scan ultrasound terbaik di Lembah Klang?
Bagi pendapat CN, tempat 3D4D scan ultrasound terbaik di Lembah Klang adalah My Sonoworld. Servis yang diberi memang superb. Sonographer yang berpengalaman seperti Pn. Suraya memang sabar melayan keletah si kecil supaya dapat memberi posing yang menarik dalam gambar yang akan diprint kepada customer. Terdapat pelbagai pakej scan yang ditawarkan dan sudah semestinya CN mengambil pakej Detail Scan + Scan 3D4D yang merangkumi pemeriksaan imbasan bunyi secara terperinci dan scan 3D4D serta CD dan gambar. Masa scan juga melebihi 30 minit dimana sonographer akan cuba mencari posisi terbaik untuk mendapatkan capture yang menarik untuk customer.
Memang best ! Sayangnya sepanjang 30 minit tersebut, si kecil CN langsung takmo bangun dari tidur. Bila digerak-gerak, cuma menguap dan tiba-tiba, "Eh, dia senyum!" Serentak CN, Encik Suami dan Pn. Suraya menjerit eksited. Dapatlah juga capture moment si kecil ketika senyum.
Untuk ibu hamil yang ingin membuat scan ultrasound 3D4D, CN cadangkan anda cuba My Sonoworld ini. Service yang diberi memang tiptop !
Hubungi :
Sonoworld Centre
BG 14, Residensi Bistaria Apartment
Ukay Bestari, Ulu Klang,
68000 Ampang, Selangor
Telefon : 03 - 4162 2754
Hp : 010 - 2256 224
Website : http://mysonoworld.com/
Email : sonoworldmalaysia@gmail.com
Facebook : 3D/4D Sonoworld
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
29 Minggu Kehamilan
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ke 29 kehamilan kedua CN. Kehamilan kali ini amat mencabar kerana berat CN naik banyak berbanding yang pertama dulu. Jalan sikit pun dah mengah dan kaki senang cramp. Inilah dugaan mengandung. Setiap anak lain cara kehamilannya.
Jika Irfan dulu, CN preggy 9 bulan pun boleh shopping di Sogo berjam-jam. Kehamilan kali ini baru shoping 30 minit di GM Klang sudah penat ! Tanda penuaan kot...hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~