Dhia Zahra itu Sinaran Bunga
Alhamdulillah pada 30 March 2016 yang lalu, ketika azan Zohor berkumandang, lahirlah puteri CN yang diberi nama Dhia Zahra seberat 3.78kg. Lima hari CN warded di Hospital Banting menantikan kelahiran si kecil ini, akhirnya pada 30 March itu, doktor decide untuk melakukan induced ekoran overdue dari expected due date iaitu 23 March.
Dhia Zahra |
Pengalaman di induced sama seperti kelahiran Irfan dulu, cuma bezanya tempoh kelahiran kali kedua ini lebih 'singkat' kerana Irfan dulu lahir ketika hampir azan Asar sedangkan adiknya lahir ketika sesudah azan Zohor. Dan yang paling surprised adalah si adik lagi 'semangat' berbanding abangnya. Jika Irfan dulu 3.5kg, adiknya pulak 3.78kg. Inilah masalah bila si mama suka makan nasi ketika preggy. Kan anak beso-beso ! Hehehe
Walau bagaimanapun, CN bersyukur kerana kedua-dua kelahiran anak CN adalah normal. Berkat berlatih cara meneran yang betul, luka perinium pun minima. Sesungguhnya jika diberi pilihan, CN tidak kisah untuk bawak perut besar selama 9 bulan, tetapi untuk bersalin lagi dan berpantang lagi, memang kena ambil masa bertahun la jawabnya. CN memang salute pada ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai, 'Anda memang hebat !!!"
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Menguruskan Susu Perahan
EBM atau pun susu perahan sebenarnya mudah untuk diuruskan jika anda tahu caranya. Disini CN kongsikan 4 langkah mudah untuk pengurusan susu perahan yang patut anda tahu. Jangan ingat ibu sahaja yang perlu tahu ye, Encik Suami pun kena tahu.
Alhamdulillah, Encik Suami CN amat supportive untuk exclusive bf ni. Yela, dia pun manyak untung tak perlu beli susu formula yang mahal benor di luar sana tu !
Cara menguruskan susu perahan (ebm) |
Bagaimana Menguruskan Susu Perahan?
1. Bekas penyimpanan : Terdapat banyak pilihan bekas penyimpanan susu perahan seperti botol susu free BPA, plastik seperti jenama Autumnz dan Jingle Jungle dan bekas dadih.
2. Tandakan bekas simpanan susu : Tandakan dengan nama baby, tarikh & masa.
3. Sukatan : Isikan susu perahan mengikut sukatan 1x penyusuan dalam 1 bekas.
4. Suhu penyimpanan : Terdapat beza tempoh masa penyimpanan bergantung kepada tempat penyimpanan serta keadaan susu tersebut sama ada pada suhu bilik (4 jam), sejuk (6-8 jam) dan beku.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Makanan Penambah Berat Badan Bayi
Bila bawak anak check up ke klinik, perkara pertama yang nak ditengok adalah berat badan bayi. Paling risau kalau berat bayi tak naik. Betul tak?
Disini CN kongsikan jenis makanan yang boleh menambah berat badan bayi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Jenis makanan yang boleh menambah berat badan bayi
1. Susu
2. Pisang
3. Daging ayam
4. Minyak zaitun
5. Ubi manis
6. Aprikot
8. Mentega kacang
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahasa Anak
Tidak kiralah bahasa isyarat ke, bahasa tangisan ke, bahasa 'german' ke, seorang ibu tetap boleh baca maksud si anak. Dasyat kan? Tapi bukan mudah, seorang ibu perlu sentiasa bersama anak untuk memahami isi hatinya. Memang indah menjadi seorang ibu.
Maksud bahasa si kecil |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baju anak kecil
Betul sangat-sangat tentang gambar di bawah ini. Bagi CN baju siang dan malam haruslah berbeza. Kalau dalam almari Irfan memang dah asing baju siang, baju malam dan baju jalan-jalan.
Tetapi beza dengan Encik Suami, dihentam nya pakaikan si IrfanHensem baju malam pada waktu siang, dah kesian budak tu kepanasan sebab biasanya baju malam seluar panjang dan agak tebal. Hal yang sama dipakaikan Irfan Hensem baju siang pada waktu malam. Terpaksa la CN tukar balik sebab Irfan ni jenis taknak berselimut masa tidur, kesian pulak pakai seluar pendek kan?
Bila orang cakap perempuan ni complicated kita marah, tapi itulah realiti. Sangat cerewet bila melibatkan anak-anak. Tu belum kategorikan baju jalan-jalan untuk ke kenduri, shoping complex, pegi pantai dan lain-lain lak ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
7 persoalan kenapa perlunya vaksin
Zaman sekarang ibubapa moden semakin bijak dan mempunyai pelbagai pendapat sendiri tentang kepentingan vaksin kepada si kecil. Terdapat kumpulan sokongan ibubapa di facebook yang menyatakan TIDAK untuk vaksin atas pelbagai alasan. Yang paling biasa didengari adalah "orang dulu-dulu tidak ambil pun vaksin, kenapa boleh hidup lama dan sihat je?."
Perlu diingat, terdapat banyak perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Jika anda berpendapat bahawa si kecil tidak perlukan vaksin atas alasan hendak disamakan dengan orang dulu-dulu. Jawab dulu persoalan dibawah ini :
1. Adakah anda mengambil makanan organik seperti orang dulu-dulu?
2. Adakah anda menghirup udara yang bersih seperti zaman dulu-dulu?
3. Adakah anda menggunakan dapur kayu untuk memasak?
4. Adakah anda pasti bahawa ayam kampung yang anda makan yang konon-kononnya organik benar-benar tidak makan dedak?
5. Adakah anda pasti sayur organik yang dibeli di pasar benar-benar organik?
6. Adakah anda tidak pernah membawa si kecil berjalan-jalan di shoping complex yang semestinya mempunyai ramai orang?
7. Adakah sumber air minuman anda benar-benar tiada campuran bahan kimia?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh diutarakan untuk mereka yang terlalu 'taksub' mengatakan tidak untuk vaksin ini. Kemon ibubapa yang bijak-bijak diluar sana, sesungguhnya banyak perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Kita tidak boleh samakan anak kita di zaman ini dengan zaman dulu.
Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak daripada ancaman pelbagai penyakit berbahaya dengan membina ketahanan tubuh untuk melawan jangkitan. Ketahanan tubuh kepada sesuatu penyakit akan diperoleh melalui dua cara iaitu hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan dan badan membina antibodi kepadanya dan satu lagi adalah menerusi antibodi yang diperoleh melalui imunisasi.
Pentingnya imunisasi ini yang diberikan secara PERCUMA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengapa perlu mengatakan tidak??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Ubati Bayi Demam Secara Semulajadi
Demam pertama Irfan adalah ketika masih dalam pantang iaitu berumur sebulan lebih. Memang pengalaman ngeri bagi CN kerana ekoran demam tersebut Irfan diserang pneumonia dan admit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang selama 7 hari.
Memang menakutkan bila bayi kecil demam. Apa-apa boleh terjadi. Jadi bila rasa suhu bayi agak panas, cubalah kaedah cara ubati bayi demam secara semulajadi hasil perkongsian page facebook OHBULAN!. Setiap ibubapa WAJIB ada termometer untuk memantau suhu badan anak tau.
Ubati Bayi Demam Secara Semulajadi
Apabila anak demam atau badan sudah terasa dedar perkara berikut boleh dilakukan :
1) Mandikan bayi anda dengan air suam bercampur dengan hirisan lemon yang telah diramas2. Biarkan anak berendam dalam tub.
2) Biarkan bayi anda dalam pakaian yang nipis. Bayi apabila demam, tak digalakkan untuk dipakaikan pakaian tebal. Sesekali jerlum kepala bayi dengan air hirisan lemon.
3) Air mandian dan hirisan lemon boleh ditambah dengan Epsom Salt yg boleh diberi di farmasi. Epsom Salt ni terlalu banyak sangat kebaikan dia. Murah. Tak rugi membeli.
4) Bila bayi anda tidur, boleh pakaikan anak dengan lemon socks yg mana stokin tersebut direndam dengan air lemon dan dimasukkan sedikit hirisan lemon didalam stokin tersebut utk diletakkan di tapak kaki dan tumit. Bila stokin kering, basahkan lagi dan pakai pada kaki bayi.
5) Jangan lupa letakkan hirisan bawang merah dalam bekas kecil dan letakkan jauh sedikit dari bayi. Bawang merah adalah sangat bagus digunakan ketika bayi demam/batuk/selsema kerana fungsinya yg bertindak sebagai penyerap virus2 di udara.
P/S : Jerlumlah kepala bayi anda sekerap mungkin untuk hilangkan panas badannya. Nampak renyah tapi itu lebih baik dari bergantung kepada ubat doktor utk bayi yg masih kecil
2) Biarkan bayi anda dalam pakaian yang nipis. Bayi apabila demam, tak digalakkan untuk dipakaikan pakaian tebal. Sesekali jerlum kepala bayi dengan air hirisan lemon.
3) Air mandian dan hirisan lemon boleh ditambah dengan Epsom Salt yg boleh diberi di farmasi. Epsom Salt ni terlalu banyak sangat kebaikan dia. Murah. Tak rugi membeli.
4) Bila bayi anda tidur, boleh pakaikan anak dengan lemon socks yg mana stokin tersebut direndam dengan air lemon dan dimasukkan sedikit hirisan lemon didalam stokin tersebut utk diletakkan di tapak kaki dan tumit. Bila stokin kering, basahkan lagi dan pakai pada kaki bayi.
5) Jangan lupa letakkan hirisan bawang merah dalam bekas kecil dan letakkan jauh sedikit dari bayi. Bawang merah adalah sangat bagus digunakan ketika bayi demam/batuk/selsema kerana fungsinya yg bertindak sebagai penyerap virus2 di udara.
P/S : Jerlumlah kepala bayi anda sekerap mungkin untuk hilangkan panas badannya. Nampak renyah tapi itu lebih baik dari bergantung kepada ubat doktor utk bayi yg masih kecil
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahaya Cincin Berlian
Cincin emas kuning atau putih yang mempunyai batu berlian timbul seketul amat bahaya buat ibu yang mempunyai anak kecil.
Cincin berlian yang menggoda bukan milik CN..
Kenapa cincin berlian bahaya?
Ini kerana jika anda lalai, anda mampu melukakan kulit si kecil dengan cincin anda ! Bayangkan jika anda memakai cincin dengan batu berlian sebesar biji kurma, kemudian anda mendukung si kecil, kebarangkalian batu berlian anda yang besar gedabaq itu menggores kulit si kecil amat tinggi !
Bukan ibu yang mempunyai anak kecil sahaja, guru-guru juga tidak digalakkan memakai cincin berlian jika anda merupakan kategori guru kesayangan yang akan dicium tangannya oleh pelajar setiap hari.
Hal ini terbukti kerana CN sendiri pernah menggores kulit wajah pelajar dengan cincin berlian cenonet je. Itu baru cenonet, kalau besar biji kurma alamat berdarahlah kulit wajah pelajar CN !
Oleh itu hindarilah memakai cincin berlian ketika anda menjaga si kecil atau ketika berada di sekolah.
p/s : Cincin berlian cenonet telah disimpan rapi kerana tidak muat dek ketembaman jari yang melampau akibat preggy kali kedua ini. Oleh itu marilah kita berjemaah tidak memakai cincin berlian ye....hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ibubapa yang sering bergaduh
anak menjadi ganas & panas baran
Ibubapa sering sedekah
hati anak akan lembut
Ibu tidak meninggalkan solat
anak mudah mendapat hidayah
Ibu sering membaca al-quran
dapat anak yang bijak
Ibu mengawal emosi
anak soleh & pandai mengawal keadaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~