Tips Merebus Telur
Jika betul cara merebus telur, memang akan mudah untuk membuang kulitnya nanti. Disini CN kongsikan tips merebus telur yang patut anda cuba.
Cara Menjadikan Telur Rebus Mudah Dikopek
Semasa merebus telur, masukkan setengah sudu kecil garam. Kulit telur akan lebih mudah dikopek selepas itu.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara betul menyimpan lobak di dalam peti ais
Lobak merupakan sayur yang wajib ada dalam peti ais di rumah CN. Walau bagaimanapun, apabila disimpan berhari-hari di dalam peti air, lobak akan menjadi kering dan kurang rangup apabila dimasak.
Disini CN berkongsi dengan anda tips mudah menyimpan lobak di dalam peti ais. Jom kita cuba.
Petua agar lobak lambat kering
Ketika menyimpan lobak di dalam peti ais, bungkus lobak dalam keadaan kering di dalam aluminium foil. Mudah bukan?
Selamat mencuba
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips simpan taugeh
Jika betul cara penyimpanan taugeh di dalam peti sejuk, ia akan tahan lama dan rangup apabila dimasak. Disini CN kongsikan tips untuk menyimpan taugeh.
Bagaimanakah caranya untuk menjadikan taugeh tahan lama?
Ketika menyimpan taugeh di dalam peti sejuk, rendam taugeh di dalam bekas berisi air bersama sedikit perahan jus limau nipis. Jika mahu taugeh lebih rangup, rendam taugeh di dalam air sejuk atau berais.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Menggoreng Cucur Bawang
Cucur bawang atau apa sahaja jenis cucur memang sedap dimakan ketika panas-panas. Tambah-tambah lagi dicicah bersama sambal setan, memang sukar untuk berhenti makan! Walau bagaimanapun, cara menggoreng yang salah akan menyebabkan cucur tersebut berminyak dan liat apabila dimakan.
Tahukah anda bagaimanakah caranya untuk menghasilkan cucur bawang yang sedap dan kurang berminyak?
Cara Yang Betul Goreng Cucur Bawang
Adunan dimasukkan hanya setelah minyak panas. Kurangkan menterbalik cucur kerana ia akan lebih menyerap minyak. Setelah dikeluarkan dari kuali, lambakkan cucur di atas kertas tisu.
Selamat mencuba.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Elakkan Beras Berkutu
CN paling tak suka kehadiran kutu beras yang warna hitam tu. Agak leceh bila membasuh beras, jenuh nak kutip satu-satu sampai hilang ketika memasak nasi. Walaupun disimpan di dalam bekas beras, tetap datang si kutu yang annoying tu.
Disini CN terjumpa petua untuk mengelakkan beras berkutu. Amat mudah petua ini.
Disini CN terjumpa petua untuk mengelakkan beras berkutu. Amat mudah petua ini.
Mengelakkan Beras Berkutu
Masukkan beberapa helai daun limau purut atau cili kering di dalam tempat simpanan beras. Mudah bukan? Jom cuba.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Sambal Tumis Sedap
Bukan mudah untuk menghasilkan sambal tumis yang sedap. CN sendiri kadang-kadang hari ini sambal tumis sedap, bila masak esoknya macam tak sedap pulak ! Memang bukan tangan chef ! Hehehe
Ok, disini CN kongsikan 3 tips sambal tumis sedap yang dikongsi oleh rakan di facebook untuk rujukan CN dan pembaca juga. Jom kita cuba. Manalah tahu lepas ni boleh pencen awal dan bukak kedai makan pulak ! Ahaks
Tips 1 : Jangan kisar bawang sampai hancur
Sebaiknya bawang tidak dikisar hancur supaya manis bawang terasa. Bawang juga boleh digiling/ditumbuk dan rasanya juga akan jadi lebih sedap.
Tips 2 : Cara masukkan gula
Masukkan gula hanya selepas sambal telah pecah minyak. Sebaiknya jangan kacau sambal seketika selepas gula dimasukkan agar ia bertukar karamel dan warna sambal juga akan jadi lebih menarik.
Tips 3 : Menghancurkan biji cili
Ketika mengisar cili, tambahkan sedikit minyak masak bersama air. Biji cili akan lebih mudah terkisar dan tekstur cili juga akan lebih halus.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Membuat 'Kek Handbag'
Adakah anda sekreatif ini untuk membuat kek berbentuk handbag? Wah ! Sangat kagum dengan orang yang super kreatif macam dalam video di bawah ini. Nak makan kek ni pun sayang tau kalau tengok hasil kerja yang sangat detail.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Laman Ping Terbaik Pilihan CN
Ping entry merupakan salah satu cara untuk meningkatkan UV (unique visitor) blog. Kenapa perlu UV tinggi? Hah ! Jika anda yang menjadikan blog sebagai medium untuk pendapatan sampingan, UV yang tinggi amat penting untuk menjana pendapatan daripada medium pengiklanan seperti Google Adsense.
Semasa musim PT3 sahaja, UV blog CN mencecah ratusan ribu dan sudah tentu menjana pendapatan untuk Google Adsense. Alhamdulillah, CN pernah mencapai USD10 dalam masa sehari semasa musim PT3. Tapi masa musim tu jela. Sekarang ni cuma mampu mendapat sehari USD0.50 ! Hehehe
Okay, sambung cerita tentang ping entry. Disini CN kongsikan 7 laman ping terbaik pilihan CN. Ini adalah pendapat peribadi CN sahaja. Jika anda rasakan tidak, terpulang kepada anda.
1. Babap.Net
: Laman ping terbaik Malaysia yang menyumbang UV tertinggi dalam blog CN
2. Ping My URL
: Sudah lama CN gunakan laman ping ni. Memang best.
3. Pingler
: Antara laman ping yang popular di kalangan blogger Malaysa
4. Ping My Blog
: Memberitahu semua major blog direktori yang blog anda telah dikemaskini
5. Ping-O-Matic
: Memberi perkhidmatan kepada beberapa enjin pencari bahawa blog anda telah dikemaskini6. GooglePing
: Salah satu laman yang mempunyai ranking yang tinggi dan mudah digunakan7. Bulk Ping
: Sebuah auto mass ping yang unik untuk mempromosi blog anda
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Petua Senang Hati
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masker Pisang
Pisang bukan sahaja sedap dimakan tetapi memiliki khasiat yang baik untuk kulit. Tahukah anda masker pisang mampu menjadikan kulit anda lembab dan kenyal dengan penggunaan yang kerap?
Bagaimanakah caranya menghasilkan masker pisang ini?
Ramas pisang dan tambahkan minyak zaitun atau madu. Oles pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasuhi dengan air suam-suam panas. Lakukan dua kali seminggu. Pasti kulit wajah anda akan bertambah cantik, insyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~