Antabax Memperkenalkan “Sensitive to Your Needs” - Antabax,
rangkaian penjagaan peribadi antibakteria nombor 1 Malaysia memperkenalkan
kempen “Sensitive to Your Needs” (“Sensitif Keperluan Anda”), untuk
meningkatkan kesedaran kulit sensitif di negara ini melalui satu inisiatif
pendidikan jenama.
Kulit sensitif merengsa dengan mudah
kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus menyebabkan ia lebih mudah terdedah
kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar. Bagi sesetengah orang, kulit
menjadi sensitif disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap makanan, bahan
dan juga aroma, akan menyebabkan kemerahan, kekeringan atau kulit gatal.
Sensitive to Your Needs by Antabax, featuring presenters of the campaign. (from left) Vivian Lee, Senior Brand Manager of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax user, Mia Ibrahim, Dr. Sharon Gopalan of Procare Dermatology and Mandy Lee, Senior Product Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd. |
Rangkaian Sensitif dari Antabax, krim mandian antibakteria
yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, 100% bebas sabun dan bebas
alkali, dengan aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan
lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria
sebanyak 99.9%.
Diperkaya dengan vitamin dan
pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan
meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang
lebih sihat dan licin.
Ia disahkan 'Halal', memberikan
keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya.
Sensitive to Your Needs with Antabax. (from left) Mandy Lee, Senior Product Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax user, Mia Ibrahim, and Vivian Lee, Senior Brand Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.
Rangkaian sensitif terdiri daripada
krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk
bayi.
Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk,
Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik
pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif.
"Kami telah mengemas kini label
pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program “one for one
exchange” kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. Pada acara
hari ini, kami amat gembira dengan kehadiran Dr Sharon Gopalan, ahli
dermatologi terkemuka untuk bercakap mengenai kulit sensitif. Kami akan terus
menjadi tuan rumah untuk lebih banyak inisiatif pendidikan seperti di acara dan
juga dalam talian," kata Mandy.
Pada majlis itu, Dr. Sharon Gopalan
dari Procare Dermatology, ahli dermatologi dengan pengalaman selama 10 tahun,
yang telah merawat keadaan kulit seperti Gangguan Pigmentasi, Ekzema,
Psoriasis, Jerawat, Jangkitan Kulit, bersama dengan peserta mengenai rejim
kulit sensitif. Beliau memberi nasihat kepada orang ramai mengenai kaedah yang
betul untuk penjagaan kulit sensitif.
Sharing her experience using Antabax. Mia Ibrahim (centre), an Antabax user shared with members of the media about her experience using Antabax, while looking on are Dr. Sharon Gopalan of Procare Dermatology (left), and Mandy Lee, Senior Product Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.
Mia Ibrahim, seorang wartawan,
berkongsi bahawa beliau lebih suka krim mandian dengan antibakteria, kerana beliau
mempunyai gaya hidup aktif, tetapi kebanyakan jenama antibakteria yang lain
tidak sesuai dengan kulit sensitif. "Saya amat gembira apabila
mendapati Antabax mempunyai rangkaian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan
krim mandian Sensitif Antabax dan sabun pembersih tangan untuk sementara waktu,
saya tidak akan bertukar ke jenama lain," kata Mia dengan senyuman.
Untuk mendapatkan maklumat terkini
mengenai Antabax, sila layari www.fb.com/NewAntabax untuk laman
Facebook atau @antabax di Instagram.