SMK Telok Panglima Garang
Inilah wajah anak-anak CN tahun 2015 di SMK Telok Panglima Garang iaitu 3 Progresif. Ni sebahagian jer sebab yang lain malu nak bergambar kononnya. Walaupun mereka ni antara kelas terakhir, tp CN seronok mengajar dorang sebab dengar cakap dan nakal2 manja. Cuma 1/10 je pelajar dalam kelas ni yang bermasalah,yang lain semua kesayangan CN taw ! Cubalah tengok bila diajak bergambar,kemain seronok lagi! Yela,dorang jeles sebab CN ada bergambar dengan rakan2 kelas lain tapi anak sendiri terabai... ala cian.
Walaupun agak mencabar pada mulanya, tp Alhamdulilah CN dapat ketchup dengan kerenah budak2 ni. Semakin lama semakin sayang pulak dekat anak2 CN ni..weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rexona FreshProtect
Musim latihan sukan kini kembali. Tahun ni CN dipertanggungjawabkan untuk membantu ketua perbarisan rumah kuning. Pergh ! Tak pernah lagi CN handle perbarisan rumah sukan. Satu pengalaman baru bagi CN !
10 Most Inspirational Quotes For Teacher
"What we want is to see the child in pursuit of knowledge, and not knowledge in pursuit of the child."
George Bernard Shaw
Tips Parenting
Bagi ibu yang bekerjaya,memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk main bersama anak. Yela, pegi keje awal pagi dan balik malam. Entah bila nak bermain dengan anak kan?
Apa yang CN pastikan lakukan setiap hari adalah guna masa hantar dan ambil anak di rumah pengasuh dengan sebaiknya. Biasanya masa ambil Irfan dari rumah pengasuh, semasa dalam kereta CN akan berborak sambil nyanyi2 bersama Irfan. Anak yang selalu berborak bersama ibunya akan rasa lebih yakin dan keletah berkata-kata. CN akan selalu bertanya apa yang Irfan buat di rumah pengasuh. Walaupun tak berapa faham apa yang dikatakannya, CN ye kan jer. Irfan pulak akan bercerita sampai muncung2 mulut dia tau.
Selain tu, kalau rasa malas nak masak bila penat balik keje. CN akan bawak Irfan makan diluar sambil berborak-borak dengan Irfan. Ala-ala dating gituww. Best owh dating dengan anak teruna sendiri. Jalan2 pegang tangan. InsyaAllah, CN akan cuba teruskan amalan dating dengan Irfan sampai dia besar nanti. Mesti sweet jer tengok anak teruna jalan2 pegang tangan dengan mamanya. Kan2??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cerita Cikgu
Hah ! Inilah bebudak sekarang. CN masuk je kelas, tak sempat bagi salam, terus tanya "Cikgu pakai eye liner ye". Fuh ! Dari atas sampai ke bawah dia tahu apa yang berubah pada cikgunya. Bila CN makin berisi sekarang ni, sibok pulak tanya " Cikgu mengandung ye". Lepastu ada satu hari, CN try pakai gincu baru, terus tanya " Hah ! Cikgu pakai gincu lain la harini !".
Inilah ragam pelajar. Kalau CN duk mengajar tu, nampak macam berangan tu, entah apa la dia fikirkan. Scary gak kadang2 sebab budak2 sekarang ni lagi advance dari kita zaman dulu !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran & mengajarkannya."
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Hah ! Encik Suami CN dah merungut sebab setiap minggu mesti ada abang posmen hantar parcel.
Projek apa ye?
Mestilah projek review produk ! Best jadi blogger ni,banyak barang baru boleh cuba dan buat review.
Ok, nantikan entry review produk CN ye lepas ni. Stay tune..wee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hadiah dari pelajar
Hadiah birthday dari pelajar. Nampak biasa, tapi tahu tak pelajar kelas mana yang bagi?
2 hadiah ni dari pelajar kelas hujung yang CN mengajar Geografi. Hah ! Pelajar kelas hujung yang selalu hargai cikgu dorang taw. CN memang suka mengajar kelas hujung ni, even stres dengan masalah disiplin dorang, tapi masih boleh 'ngorat' budak2 ni kalau kena gayanya. Selalunya pelajar kelas hujung la yang akan tegur CN bila jumpa dekat luar. Kalau pelajar pandai, sebahagian dorang nampak jer cikgu terus lari !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Wah ! Diam tak diam umo CN dah sampai penghujung 20-an. Alhamdulillah, masih bernyawa di bumi bertuah ini. Apa yang pasti, umo adalah nombor semata-mata. Apa yang penting, ada beberapa impian yang ingin CN capai lagi. Sempena birthday CN harini, doakan CN dapat mencapai impian CN yer... doa kalian amat berharga.
CN sayang sangat2 pembaca setia www.cekgunorazimah.com. Tanpa kalian, siapalah CN. Mmuanxx !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~