Jadual Pelaksanaan PT3 2015
Pejam celik pejam celik, kita dah sampai ke bulan Jun dimana pelaksanaan Pentaksiran Pelbagai Instrumen untuk Geografi akan dijalankan. Disini CN kongsikan Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun 2015 sebagai panduan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
Jadual Pelaksanaan PT3 2015
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mutiara Abyra Foundation
TAHUKAN ANDA?
Sejak 2,000 tahun yang lalu, perubatan Cina telah menggunakan serbuk mutiara yg dihancurkan dalam ubat-ubat herba sbg rawatan utk awet muda. Serbuk mutiara digunakan secara tradisional dalam minyak urut dan diurut ke dalam kulit untuk mencegah penuaan kulit terlalu awal, radang kulit dan jerawat serta dapat memperbaiki penglihatan serta dapat menenangkan minda.
Sehubungan dengan itu, Zuraeca Sdn Bhd telah mengeluarkan produk baru Mutiara Abyra Foundation iaitu bedak asas two way cake yang menggunakan serbuk mutiara sebagai bahan asas. Menarik kan?
Mutiara Abyra Foundation merupakan Bedak Asas yang boleh digunakan dalam dua cara. Gabungan foundation + powder + concealer. Ia boleh digunakan sebagai bedak tradisional, foundation juga dapat melindungi cela dengan hanya dengan menambah sentuhan air.
Apakah istimewanya Mutiara Abyra Foundation ?
# menjadikan kulit semakin gebu + glowing
# membantu menutup kesan parut jerawat
# menghaluskan dan melembapkan kulit
# perlindungan UV,tanpa perlu mengunakn krin UV.
Jika sebelum ini, CN telah mencuba Babeskin Double Serum, Babeskin Whitening Soap, dan paling best mestilah BeautyOat yang terbukti berkesan. Kini CN diberi peluang sekali lagi untuk mencuba Mutiara Abyra Foundation.
Perubahan ketara selepas menggunakan Mutiara Abyra Foundation adalah ia dapat menutup liang-liang pori pada kulit wajah seperti gambar di atas. Anda boleh lihat sebelum dan selepas di mana kulit wajah nampak lebih gebu dan liang-liang pori tidak kelihatan. Best kan? Hanya sapuan nipis dapat menutup liang-liang halus pada wajah. Tak perlu tempek bedak tebal-tebal ye.
Berminat untuk mencuba Mutiara Abyra Foundation ?
Hubungi :
CONTACT / EXCLUSIVELY DISTRIBUTED by :
ZURAECA SDN BHD
Hotline : +603 9100 2265
PM/ Whatsapp untuk dapatkan Harga promosi!
012-2444 014 (Nurul)
012-2444 041 (Jane)
018-2444 988 (Fiqa)
011-1888 9948 (Shila)
Web : www.babeskin365.com
Facebook : http://www.facebook.com/beautyoatofficial
Instagram : @babeskin365official
Adress : 12-C, Jalan BS 9,43200 Cheras, Selangor. Malaysia
Beli Mutiara Abyra Foundation
Harga pasaran rm39 (sm)/ rm49 (ss)
KKM NOT NO: NOT150405317K
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem
Masih lagi dalam mood bercuti, pelbagai aktiviti bersama si kecil Irfan Hensem. Memang best cuti ni, boleh cuba pelbagai aktiviti dengan budak kecik ni. Yela, sebagai seorang mama, kenalah kreatif mencipta permainan untuk perkembangan si kecil.
Ada orang bertanya, kenapa CN duk letak #IrfanHensem dalam Instagram. Hensem sangat ke Irfan tu? Alahai..sebagai seorang mama, kata-kata tu merupakan doa. Kalau setiap hari CN doakan Irfan hensem, InsyaAllah, bila besar nanti hensem lah budak tu. Sama juga dengan pujian lain macam "Irfan pandai", "Irfan cerdik", "Irfan anak soleh", CN memang tak lokek untuk memuji Irfan bila dia buat sesuatu yang baik. Anak sendiri kan?
Lagi pun menurut kajian, anak-anak yang sering dipuji akan lebih konfiden berbanding anak yang tidak atau jarang dipuji oleh ibubapa. Jadi, mulakan hari ini dengan memuji anak kecil anda. Biarlah orang nak kata apa, mulut orang tak boleh tutup..weeee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah ! Bukan manusia je pandai bergambar, binatang pun pandai tau ! Di bawah CN share beberapa gambar binatang yang kelakar tetapi unik dan menarik. Bukan calang orang dapat snap moment macam ni tau.
![]() |
"Eh , jab jab, kitew nak join gak !" |
![]() |
" Haiiii...kitew bergambar bersama aweks comel, ko ada?" |
![]() |
"Cak ! Terkejut tak? Terkejut tak?" |
![]() |
" Weee...kitew comel kan?" |
![]() |
" Uwek ! Bf u tak hensem la, i lagi hensem !" |
![]() |
"Hmm, hensem, kacak dan bergayanya aku.." "Woahhh !" "Eh !" |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Poskad dari German
Lama CN tak dapat poskad ni. Almaklumlah, zaman sekarang orang memang tak heran poskad. Apa susah, media sosial kan ada. Cuma amik gambar dan kongsi di media sosial. Adik ipar CN yang form 3 tu siap complaint cakap pelik surat tak ada sampul ! Yela, budak sebaya dia mana tahu poskad2 ni. Bila CN explain apa fungsi poskad ni, baru dia faham. Siap awesome lagi sebab jauh tu poskad ni terbang. Dari German tau !
Siapakah gerangan mak dara yang memberikan CN poskad Berlin ni? Tak lain dan tak bukan, bakal engineer Siti Aisya Ibrahim, empunya blog jindrisska.blogspot.com. Thanks Aisya untuk poskad ni. Boleh masuk dalam koleksi giveaway dari rakan blogger. Best !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Makanan Wanita Berpantang
Tempoh berpantang merupakan tempoh masa yang amat menyiksakan bagi wanita yang baru lepas bersalin. Lagi-lagi dengan makanan berpantang yang tidak menepati tekak kita. Jika dulu, wanita berpantang sering disogokkan dengan makanan nasi kosong bersama lada hitam, halia dan ikan bakar. Air pulak tidak boleh minum banyak-banyak dengan alasan nanti bahagian intim 'basah'. Itu dulu.
Tetapi kini, ramai wanita telah celik dengan pemakanan ketika berpantang. Banyak sebenarnya yang boleh dimakan, tetapi bergantung kepada penerimaan wanita itu sendiri. Macam CN, ketika minggu kedua berpantang, CN cuba makan daging masak kicap. Yela, masa tu tengah raya. Memang tergoda tengok daging masak kicap yang menyiurkan tu. Arwah mak mertua bagi cuba, tapi dia suruh makan sedikit dulu. Dan hasilnya, lepas makan CN terus sakit kepala. Tapi ayam goreng tak ada masalah.
Alhamdulillah, tempoh berpantang CN memang tidak menyeksakan. CN siap makan jenahak masak stim lagi tau. Tetapi arwah mak mertua banyakkan halia dalam masakan tersebut untuk buang angin. Cuma yang tersiksa bagi CN adalah tidak boleh makan pedas. Memang tersiksa sebab CN ni 'hantu pedas!'.
Minggu pertama berpantang memang hari-hari makan sup haruan untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Buah pulak, memang CN duk melantak anggur hitam sebab masa tu Irfan kena jaundis. Antara petua untuk menghilangkan jaundis adalah makan anggur hitam. Fuh ! Memang heaven.
Baiklah, disini CN kongsikan panduan makanan untuk wanita berpantang yang CN dapat dari seorang rakan di whatapps. Semoga panduan ini berguna untuk anda.
Banyak kan makanan yang boleh dimakan oleh wanita berpantang? Bagi CN, tempoh berpantang ketika bersalinkan Irfan dulu adalah saat-saat yang paling indah bersama arwah mak mertua kerana setahun kemudian dia telah meninggalkan kami selama-lamanya. Banyak perkara yang belajar ketika berpantang dari arwah mak mertua. Dia sporting tapi tegas. Jika tidak boleh makan sesuatu, arwah akan terangkan kenapa tidak boleh dimakan dengan alasan yang logik.
Akhir kata, jadikan 44 hari berpantang anda adalah tempoh yang sangat indah untuk dikenang. Tidak perlu stress kerana si kecil adalah anugerah terindah yang perlu dijaga. Selamat berpantang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masih ramai lagi anak-anak yang tidak menghargai jasa ibu dan ayah.
Hargailah mereka sementara mereka masih hidup..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~