Gambar Raya Unik
Sesi 'buang belakang' iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri 2011. Masa ini CN baru berkahwin dengan Encik Suami. Disebelah kiri adalah CN bersama adik-adik yang semuanya perempuan dan disebelah kanan adalah Encik Suami dan adik-adiknya yang semua lelaki.
CN dan Encik Suami adalah anak sulung. Bila adik-adik CN bertemu dengan adik-adik Encik Suami, memang gamat suasana bila budak-budak lelaki ni duk mengusik anak dara Pak Talib ! Tapi alhamdulillah, mereka ni memang serasi dah macam adik beradik.
Gambar raya ni paling CN suka sebab nampak macam kumpulan nasyid dengan penyanyi utama adalah Encik Suami sebab baju warna lain. Hehehe
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~