Unboxing Gift Box from Althea | Yeah, dah lama sebenarnya CN terima Gift Box dari Althea ni. Semua barang pilihan CN! Memang syok habis dapat box limited edition sempena Chrismas yang lalu. Jom tengok barangan apa CN shopping dari Althea kali ini.
Video Unboxing Gift Box from Althea
![]() |
| Barangan dari Althea yang super awesome |
Berminat untuk membeli pelbagai skincare & makeup dari Korea?
Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
#SamaSamaOng | Jom gunakan hashtag #SamaSamaOng jika anda makan di Boat Noodle dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Jom layan gambar geng cikgu makan besar di Boat Noodle gituw.
![]() |
| Muka kekenyangan gituw |
![]() |
| Weouls seronok sangat dapat makan besaq di Boat Noodle |
![]() |
| Tenung je duluuuu |
![]() |
| Sampai pejam mata seronok dapat cawan limited edition sempena CNY |
![]() |
| Yeah, Boat Noodle memang best ! |
![]() |
| Siap tapau air hokay buat bekal ke rumah |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Selagi boleh SABAR, SABAR lah
Selagi boleh DIAM, DIAM lah
Selagi boleh TAHAN, TAHAN lah
Allah tahu apa yang kita rasa
Ini semua dugaan dari NYA
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Computational Thinking & Computer Science Teaching Certificate Programme (CTCS) | Alhamdulillah akhirnya dapat juga sijil kursus Computational Thinking & Computer Science Teaching Certificate Programme (CTCS) di UiTM Shah Alam 2 tahun yang lalu. Memang best kursus CTCS ni. Walaupun jadual padat dari 8.00 pagi sampai 6.30 petang, tak terasa penat sebab seronok belajar benda yang kita suka. Lagipun coursemate CN iaitu batch 4 memang best dan sporting. Dengan lecturer yang sempoi menjadikan kursus CTCS ni sangat best. CN pun terasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu belajar dari 8.00 pagi sampai 6.30 petang selama 4 hari, memang awesome ! Hehehe..
![]() |
| Menerima sijil di PPD Kuala Langat |
![]() |
| Sijil CTCS |
![]() |
| Antara 10 orang guru yang mengikuti kursus CTCS dari Daerah Kuala Langat |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
How many bowls can you makan at Boat Noodle? | Hah, gituw soalan dia! Best tau makan di Boat Noodle ni, bukan sahaja sedap, service tiptop siap layan customer ambil gambar lagi! Paling syok ada banyak prop cantik2 untuk bergambar tau. Sebab tu CN tak pernah jemu makan dekat Boat Noodle ni tau. Memang best! Kali ini hasil makan 6 orang, kitorang berjaya habiskan 23 mangkuk ! Kenyang sangat sebab duk belasah air jugak. Kalau makan sahaja rasanya lebih 23 mangkuk tau.
![]() |
| How many bowls can you makan at Boat Noodle? CN? 23 bowls kot..haha! |
![]() |
| Makan dekat Boat Noodle ni kena makan ramai-ramai, baru best! |
![]() |
| Tenung je ek? |
![]() |
| Sampai tertido kekenyangan CN, eh! |
![]() |
| Muka kekenyangan hokay |
![]() |
| Muka happy siap tapau air gituw |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ekspedisi Pendakian Bukit Jugra Anjuran BSMM Kuala Langat | Alhamdulillah, 16 Februari yang lalu, CN berkesempatan join Ekspedisi Pendakian Bukit Jugra Anjuran BSMM Kuala Langat untuk tahun 2019. Tahun-tahun yang lepas tak dapat join atas masalah tertentu, tahun ini memang CN bertekad untuk join walaupun tak berapa sihat kerana diserang migrain. Melibatkan beberapa sekolah menengah dan kebangsaan di Kuala Langat, memang meriah eskpedisi tersebut. SMKTPG iaitu sekolah CN sahaja melibatkan 86 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 dan 11 orang guru.
Disini CN kongsikan beberapa keping gambar semasa hari kejadian yang sememangnya enjoy walaupun penat. Balik rumah masing-masing cikgu mengadu sakit kaki! Heheheh...
Disini CN kongsikan beberapa keping gambar semasa hari kejadian yang sememangnya enjoy walaupun penat. Balik rumah masing-masing cikgu mengadu sakit kaki! Heheheh...
![]() |
| Muka ceria cikgu-cikgu sebelum memulakan ekspedisi |
![]() |
| Gambar beramai-ramai sebelum memulakan ekspedisi. Ini adalah team SMKTPG |
| Video rehat sebentar di tengah hutan |
![]() |
| Muka ceria masa ekspedisi baru bermula. Masa ni masing-masing kecoh bercerita dan ketawa |
![]() |
| Sempat bergambar lagi sementara tunggu peserta yang lain bergerak. Team SMKTPG berada di hadapan sekali tau |
![]() |
| Cikgu-cikgu maintain anggun walaupun peluh merecik2 hokay |
![]() |
| Berehat sebentar di checkpoint pertama dimana beradanya pokok meranti laut yang jarang-jarang ditemui di hutan Malaysia |
![]() |
| Pantang nampak pokok pelik mesti nak bergambar! Hehehe |
![]() |
| Gambar beramai-ramai di hadapan gerbang Jugra di puncak Bukit Jugra |
![]() |
| Walaupun penat, masih seronok bergambar cikgu-cikgu SMKTPG |
![]() |
| Walaupun penat, masih seronok bergambar cikgu-cikgu SMKTPG |
![]() |
| Cikgu-cikgu di hadapan Rumah Api Bukit Jugra |
![]() |
| Bergambar di hadapan Rumah Api Pokok Jugra |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Etude House Mini Two Match Nuts & Fruits | Salah satu lipstik faveret CN di Althea adalah Etude House Mini Two Match Nuts & Fruits. Saiznya yang comel dan mudah disumbat di dalam handbag. Paling CN suka kalernya yang cantik uolsss ! Ianya juga lembab pada kulit bibir dan tidak mengeringkan bibir. I loike!
![]() |
| CN suka Etude House Mini Two Match Lip Color ni tau ! |
![]() |
| Hazelnut, salah satu pilihan CN ! |
![]() |
| Mana satu lagi comel, CN ke Etude House Mini Two Match Nuts & Fruits? |
Etude House Mini Two Match Nuts & Fruits Review
Harga 💗💗💗💗💗
Bau 💗💗💗💗💗
Kesan 💗💗💗💗💗
Will buy again? YES

Berminat untuk mencuba Etude House Mini Two Match Nuts & Fruits?
Anda boleh dapatkan Etude House Mini Two Match Nuts & Fruits ini di << my.althea.kr >> pada harga RM21 sahaja.
Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea
#AltheaAngels #AltheaKorea
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hah, jangan tak percaya. Salah satu cara CN beli jiwa anak murid CN adalah dengan bergambar dengan mereka & upload di media social CN. Memang seronok budak-budak ni bila tengok gambar mereka di instagram cikgu tau. Bila pelajar seronok dengan cikgu, nak bagi homework banyak-banyak pun dorang hokay gituw! Hehehe...
![]() |
| CN bersama pelajar 3 Gigih SMKTPG |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Apakah Tathayyur | Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik. Contoh-contoh Tathaiyur :
>> tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
>> kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
>> ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
>> keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
>> tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
>> kucing hitam melintas kononnya ada musibah bakal berlaku
>> air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
>> sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
>> menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
![]() |
| Apakah Tathayyur? |
Kenapa Tathayyur dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
"Dari Ibnu Mas'ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, Bertathaiyur itu syirik, dan tiada antara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal".
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathayyur” dapat menidakkan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Taala. Padahal Allah Subhanahu Wa Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]
Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya saja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Happy Meal Readers | Happy Meal McDonald's sememangnya menjadi kesukaan anak-anak CN iaitu Irfan & Dhia. Bukan sahaja menu yang pelbagai & menepati citarasa anak-anak, toys PERCUMA itu yang menjadi keutamaan si kecil. Tapi bermula Januari lalu, anda boleh pilih sama ada mahukan toys atau buku cerita. Sudah tentu pilihan CN adalah buku cerita ! Hadiah percuma buku cerita ini adalah sempena program Happy Meal Readers yang bertujuan untuk memupuk minat membaca pada kanak-kanak selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. Bukan cerita ini bukan sahaja saiz yang comel & hard cover, paling best buku cerita ini dihasilkan oleh penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia iaitu Cressida Cowell yang juga merupakan penulis siri terkenal "How to Train Your Dragon".
![]() |
| Pupuk anak minat membaca dengan Happy Meal Readers |
Program Happy Meal Readers Erat Hubungan Kekeluargaan Dengan Aktiviti Membaca
Program Happy Meal Readers oleh McDonald's Malaysia ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan 'Scale for Good'. Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi siri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald's. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
![]() |
| Program Happy Meal Readers oleh McDonald's |
Bagi menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan, buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Menariknya aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
![]() |
| Antara koleksi buku cerita Cressida Cowell |
![]() |
| Antara koleksi buku cerita Cressida Cowell |
Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.
"McDonald's Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga," kata Lee.
![]() |
| Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee |
Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald's terhadap aspirasi kerajaan untuk Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.
![]() |
| Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee ketika berucap semasa launching Program Happy Meal Readers |
"Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak."
![]() |
| CN dan Dhia Zahra bersama salah satu koleksi buku cerita Cressida Cowell sempena Happy Meal Readers ini |
Jom Dapatkan Siri Buku Cerita Cressida Cowell Dengan Setiap Pembelian Happy Meal
Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan siri buku cerita Cressida Cowell ini PERCUMA dengan setiap pembelian Happy Meal. Sementara stok masih ada ye. Setakat ini CN sudah berjaya mengumpul 2 buku bermula Januari & Februari ini. Tak sabar untuk mengumpul kesemua koleksi Happy Meal Readers ni. Buku yang comel ini kini menjadi best friends kepada anak-anak CN tau.
Jom dapatkan buku cerita Cressida Cowell yang menarik ini
|
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
ZACT Whitening | Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian
zoomkan pada gambar anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak
sebarang kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Tekupkan
tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya berbau kopi atau teh?
Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang
mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi
dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba
bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh
yang menenangkan.
![]() |
| Ceriakan Hidup Anda dengan ZACT |
ZACT Whitening, teman baik pencinta kopi
Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan
senyuman yang menawan dan nafas yang segar?
ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih
dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh
Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun
dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.
ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran
makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik
berbanding ubat gigi biasa yang tidak
mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran
yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.
![]() |
| ZACT Whitening |
Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan
nafas serta membantu mengurangkan bau nafas
kopi dan teh yang kurang menyenangkan.
ZACT Whitening, dengan florida
mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan
membantu menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada
masa yang sama melindungi gigi dan
menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk
digunakan setiap hari.
Penilaian klinikal mengenai
penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor
yang teruk pada gigi selama 4 hingga 8
minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup
efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi
selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.
Kebanyakan rakyat Malaysia merupakan penggemar
kopi dan teh tegar yang sukar untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman
tersebut. Namun, senyuman yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang
lebih yakin.
![]() |
| ZACT Whitening |
Harga ZACT Whitening?
ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya
besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi
150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

















































