Mee rebus Singapore memang menjadi kegemaran anak-anak CN. Si Irfan & Dhia Zahra tu memang sukakan masakan berasaskan mee. Jadi mee rebus Singapore antara menu kegemaran anak-anak CN selain mee goreng kicap pedas. Sebenarnya agak leceh buat mee rebus Singapore ni, tapi disebabkan rasanya yang sedap menggigihkan CN untuk mencuba mee rebus Singapore ni. Meh sini CN kongsikan resepi mee rebus Singapore yang confirm sedap ni.
![]() |
Resepi Mee Rebus Singapore |
Resepi Mee Rebus Singapore
Bahan-Bahan membuat mee rebus Singapore :
3 batang serai
1 inci lengkuas
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 sudu besar cili kisar
1 tbs serbuk jintan halus
1 tbs serbuk jintan kasar
1 tbs serbuk ketumbar
1 tbs serbuk kunyit
1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
5 tbs taucu – blend
1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
1 biji keledek – rebus dikisar
Garam dan gula
2 tbs tepung beras
Daging – rebus
# Semua bahan di atas di kisar
Bahan Sampingan –
Taugeh
Telur rebus
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Lada Hijau/Merah
Tauhu – goreng
1 kilo mee kuning – celur dan toskan
dan potong dadu
Limau
Isi daging rebus
Telur rebus
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Lada Hijau/Merah
Tauhu – goreng
1 kilo mee kuning – celur dan toskan
dan potong dadu
Limau
Isi daging rebus
Cara membuat mee rebus Singapore :
1. Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.
2. Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.
5. Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)
6. Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.
7. Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, 04/02/2011-04/02/2018 genaplah 7 tahun usia perkahwinan CN dan Encik Suami. Sekejab je masa berlalu. Dulu berdua kini berempat. Dikurnikan sepasang cahayamata yang comel dan aktif amat membahagiakan CN sebagai seorang isteri dan mama. Indahnya menjadi seorang isteri serta mama kepada Irfan & Dhia Zahra. Tak banyak yang CN mintak, cuma doakan kebahagiaan kami kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah.
Ulangtahun Perkahwinan CN & Encik Suami yang ke 7
![]() |
Outdoor photoshoot sempena 7 tahun usia perkahwinan kami |
![]() |
Doakan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat |
![]() |
Semoga senyuman dan tawa ini kekal sentiasa |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Agak lama CN tak makan sushi. Disebabkan Encik Suami yang tidak suka makanan Jepun, maka CN pun sukar untuk beli sebab dia takmau temankan ! Kali ini kebetulan CN dating dengan bff di Boat Noodle Gamuda Walk, kebetulan di sana ada MaxValu. Maka dapatlah CN melepas rindu nak makan sushi yang sedap ni. Nom nom nom..
![]() |
Sushi di MaxValu Gamuda Walk |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Jika anda pembaca setia blog CN, pasti anda akan kerap terlihat entry sate. Almaklumlah, CN dan Encik Suami memang hantu sate. Antara tempat faveret makan sate kami sekeluarga adalah De' Kampung Cafe Jenjarom, Ayong Cafe Banting dan Satay Station. Banyak-banyak jenis sate, mana satu kegemaran anda? Kalau CN, sudah tentu paling menjadi kegemaran adalah sate ayam dan sate kambing ! Anda pula?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Penangan iklan drama Seramedi di TV3, gigih CN mencari lagu 'lama' yang sedap di halwa telinga. Macam berhantu pulak lagu ni kan? Hehehe..Agak terkejut rupanya lagu Senandung Malam ini nyanyian Waheeda. Memang unik vokal Waheeda dalam lagu Senandung Malam ini. Sedap je didengar. Lagu Senandung Malam ni ada elemen seram tapi memang boleh terpukau hokay. Meh sini CN share kan lirik lagu Senandung Malam untuk oulss. Jom nyanyi sama-sama hokay.
"Bila malam ku mencari, wajah mu kekasih.." seram tak? hehehehe..
Lirik lagu Senandung Malam dari Waheeda
Ohh Wahai Malam
Dengarkanlah rintihanku
Oh Dingin malam sayu kedengaran
Sayu....aku mendendangkan lagu untukmu
Oh Senandung malam hari
aku terfikirkan lagi harus
Senandung malam aku
terkenangkan kamu kini
Oh angin malam bawakan aku pulang
khabar berita yang tenang
rinduku padamu sayang
orang yang jauh ku kenang
oh angin malam
Bila malam ku mencari
wajahmu kekasih ohh
Terbayang sayu wajahmu
oh kekasih yang jauh dariku
yang ku tunggu-tunggu
Oh angin malam bawakan aku pulang
khabar berita yang tenang
rinduku padamu sayang
orang yang jauh ku kenang
oh angin malam
Dah la tu dah ku kata dah ku kirim berita
bukan bagus ku rindukanmu keroncong perut yang kosong
isi sebelum bertembung berhubung sebelum melopong
ikut ronggeng cun cak bernada lenggang lengguk sedozen waheeda
Senada irama seluruh lautan segenap pelusuk lusuk
hingga ke hatinya bak si selasih senandung lenggoknya keroncong
sampaikan salamku yang angin malam di hari yang dingin
hasrat di hati yang ingin terbang tinggi tak nak berfikir
Bayang malam tanpamu senandung angin berlagu begitulah jua aku
yang lemas kelam tanpamu dan nafasmu bagai azimat nakhoda ketika badai gelora
rempuh ribut yang ku kan gayung kekal namamu
oh wa wa waheeda bawa wa wa lah sabar
pejam ce ce celik tiba rindu ja ja jangan tiba
rindu ra ra rasa ini tidak dak dak berganti
sedozen kan menanti
Di belai bayang wajah yang disayang bulan terang
sampaikan salam sayang rindu kalbu yang dikasih
yang disayang selalu ku lagukan rinduku biar semua tahu
oh angin malam bawakan pulang khabar berita yang tenang
Oh angin malam yang tenang
oh angin malam yang ku kenang
Dengarkanlah rintihanku
Oh Dingin malam sayu kedengaran
Sayu....aku mendendangkan lagu untukmu
Oh Senandung malam hari
aku terfikirkan lagi harus
Senandung malam aku
terkenangkan kamu kini
Oh angin malam bawakan aku pulang
khabar berita yang tenang
rinduku padamu sayang
orang yang jauh ku kenang
oh angin malam
Bila malam ku mencari
wajahmu kekasih ohh
Terbayang sayu wajahmu
oh kekasih yang jauh dariku
yang ku tunggu-tunggu
Oh angin malam bawakan aku pulang
khabar berita yang tenang
rinduku padamu sayang
orang yang jauh ku kenang
oh angin malam
Dah la tu dah ku kata dah ku kirim berita
bukan bagus ku rindukanmu keroncong perut yang kosong
isi sebelum bertembung berhubung sebelum melopong
ikut ronggeng cun cak bernada lenggang lengguk sedozen waheeda
Senada irama seluruh lautan segenap pelusuk lusuk
hingga ke hatinya bak si selasih senandung lenggoknya keroncong
sampaikan salamku yang angin malam di hari yang dingin
hasrat di hati yang ingin terbang tinggi tak nak berfikir
Bayang malam tanpamu senandung angin berlagu begitulah jua aku
yang lemas kelam tanpamu dan nafasmu bagai azimat nakhoda ketika badai gelora
rempuh ribut yang ku kan gayung kekal namamu
oh wa wa waheeda bawa wa wa lah sabar
pejam ce ce celik tiba rindu ja ja jangan tiba
rindu ra ra rasa ini tidak dak dak berganti
sedozen kan menanti
Di belai bayang wajah yang disayang bulan terang
sampaikan salam sayang rindu kalbu yang dikasih
yang disayang selalu ku lagukan rinduku biar semua tahu
oh angin malam bawakan pulang khabar berita yang tenang
Oh angin malam yang tenang
oh angin malam yang ku kenang
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bestnya lepak-lepak di kedai mamak bersama family sambil mengunyah roti tisu yang besar gedabaq tu! Seronok tengok mamak kedai tu duk buat roti tisu. Nampak macam senang je cara buat roti tisu ni, tapi bila try sendiri confirm bukan roti tisu jadinya. Mungkin roti leper, roti pecah-pecah dan sebagainya.
Roti tiru rangup dan manis
![]() |
Roti tisu |
Video cara membuat roti tisu
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang BerryBright? Ia merupakan suplemen mata yang dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. CN sendiri sudah mencuba BerryBright sebagai eye suplement selain membantu mengurangkan masalah lingkaran bawah mata. Almaklumlah, selalu berjaga malam memang mata panda la jadinya. Mujur suplemen mata BerryBright ini banyak membantu CN dalam penjagaan mata.
![]() |
BerryBright, minuman kesihatan untuk mata |
Tips Penjagaan Mata dengan BerryBright
Anda kini tidak perlu risau lagi dengan masalah mata seperti mata kering dan letih, masalah lingkaran bawah mata dan macam-macam lagi. Hanya minum minuman kesihatan untuk mata >> BerryBright setiap hari dan ia membantu penjagaan mata dengan lebih mudah.
Kenapa BerryBright bagus sebagai minuman kesihatan untuk mata?
Ini kerana setiap sachet BerryBright memberikan faedah yang sama seolah-olah anda memakan 100 biji buah blackcurrant! Ianya tinggi kandungan Vitamin C dimana 500mg per sachet bersamaan dengan 100 biji buah oren. Paling terbaik mestilah ianya tiada pewarna & pengawet, sesuai untuk vegetarian dan semestinya HALAL.
![]() |
Eye suplement - BerryBright |
Terdapat 2 jenis BerryBright di pasaran iaitu BerryBright Original yang mengandungi fruktosa semulajadi dan sesuai untuk semua peringkat umur serta BerryBright Stevia yang tidak mengandungi gula tambahan dan disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula serta sesuai untuk pesaki kencing manis.
Tahukah anda bahawa BerryBright merupakan pemenang anugerah
>> Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 yang dianjurkan bersama Sinchew Daily & Life Magazines serta disokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kategori "Makanan Kesihatan".
>> Natural Health Reader's Choice Awards 2017, 2015, 2014.
Pemenang "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik"
>> Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014.
Pemenang Kategori "Penjagaan Mata".
Hah, hebat kan minuman kesihatan untuk mata BerryBright ini?
Ingin mencuba BerryBright - Eye Nourishing Drink ini?
Anda boleh membeli terus di lamanweb rasmi BerryBright atau ikuti laman social BerryBright untuk sebarang promosi.
Oh ya, masukkan code ini untuk mendapatkan diskaun menarik tau << norazimahdc01 >>
Lamanweb : Euryka Naturopathics
Facebook : https://www.facebook.com/berrybrightmy/
Instagram : https://www.instagram.com/berrybrightmy/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Johor Darul Takzim atau JDT merupakan negeri paling selatan yang mempunyai pelbagai tarikan menarik di sini. Bukan sahaja terdapat pelbagai tempat untuk shopping yang menjadi tarikan penduduk negara jiran iaitu Singapore, malah ada pelbagai tempat peranginan & taman tema yang mesti anda singgah jika ke Johor. Ada kawan omputih suruh CN tulis artikel places to go in Johor Bahru. Jadi teruskan bacaan anda untuk mengetahui apakah 7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi jika anda ke sini.
Pelbagai tempat menarik yang mesti dikunjungi di Johor
1. Legoland Malaysia
![]() |
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Legoland Malaysia |
: Antara yang menarik di Legoland ini adalah Miniland iaitu bangunan mercu tanda yang dibina dari lego, The Beginning - The Big Shop yang mengandungi pelbagai barangan dan produk Lego, Imagination iaitu tempat permainan lego dimana anda boleh membina pelbagai jenis binaan dan macam-macam lagi.
2. Puteri Harbour
![]() |
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Puteri Harbour |
3. Sanrio Hello Kitty Town
![]() |
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Sanrio Hello Kitty Town |
: Peminat setia Hello Kitty mesti singgah ke Sanrio Hello Kitty Town. Syurga bagi peminat setia Hello Kitty gituw. Ada pelbagai tarikan menarik di sini dimana anda berpeluang untuk mengalami pesona Friendship Land dengan taman permainannya, menikmati tayangan teh, menonton Hello Kitty & Friends secara langsung di Perfect Stage & berpeluang untuk bergambar di Dream Photo Garden.
: Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour ini adalah indoor theme park seperti Kidzania Kuala Lumpur dimana terletak di dalam bangunan ber air-cond. Ada 2 taman tema dalam satu bangunan iaitu Hello Kitty Town yang terletak di Level 1 dan Thomas Town + Other Characters seperti Angelina Ballerina, Pingu, Bob The Builder & Barney di Level 2 serta Level 3.
4. Angry Bird Theme Park
![]() |
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Angry Bird Theme Park |
: Taman Tema Angry Bird ini terletak di Komtar Johor Bahru City Center (JBCC) Shopping Mall tingkat 3. Lokasi sebenar adalah berhadapan dengan Stesen Keretapi Johor Bahru & CIQ. Apa yang menarik di Taman Tema Angry Bird ini? Taman tema indoor ini berkeluasan 26k persegi menawarkan pelbagai tarikan menarik bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah kepada orang dewasa. Harga tiket masuk adalah RM60 dan boleh bermain bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
: Ada pelbagai aktiviti dan permainan fizikal yang menyeronokkan dan mencabar kemahiran fizikal dan kognitif seperti Lazer Maze, Tower Play, Go Kart, Trampolin, Piggy Shooting, Captaion Black Bird dan macam-macam lagi.
5. Johor Premium Outlet (JPO)
![]() |
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Johor Premium Outlet (JPO) |
: Paling best setiap hari pelbagai tawaran menarik sehingga 65% ditawarkan oleh pelbagai outlet di Johor Premium Outlet ini. Jadi, jika anda ke Johor Bahru, jangan lupa singgah shopping ke JPO.
: Tempat dating CN dengan ex-boyfriend dulu ni ! Ops ! Macam-macam ada di Danga Bay ni. Paling best sudah tentu lepak-lepak sambil tengok live band. Danga Bay merupakan antara tempat rekreasi yang besar di Johor Bahru. Kalau anda sukakan suasana yang havoc, anda boleh ke Danga Bay pada malam minggu. Memang meriah hokay !
: Selain pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah serta kawasan membeli belah serta restorannya yang sesuai untuk semua golongan. Disini juga terdapat taman tema khas untuk kanak-kanak dan pusat membeli belah yang dinamakan Danga Bay City Mall.
: Terdapat lebih 30 pilihan hotel untuk anda duduki mengikut bajet anda. Jika anda mahu ke Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Theme Park, kawasan Danga Bay adalah antara kawasan menginap terbaik yang boleh anda pilih.
: Selain pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah serta kawasan membeli belah serta restorannya yang sesuai untuk semua golongan. Disini juga terdapat taman tema khas untuk kanak-kanak dan pusat membeli belah yang dinamakan Danga Bay City Mall.
: Terdapat lebih 30 pilihan hotel untuk anda duduki mengikut bajet anda. Jika anda mahu ke Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Theme Park, kawasan Danga Bay adalah antara kawasan menginap terbaik yang boleh anda pilih.
7. Taman Negara Tanjung Piai
![]() |
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Taman Negara Tanjung Piai |
: Taman Negara Tanjung Piai atau Tanjung Pial National Park yang terletak di daerah Pontian ini merupakan syurga buat mereka yang cintakan keindahan hutan. Ia adalah tanjung di Johor yang merupakan titik paling selatan di Semenanjung Malaysia & sekali gus menjadi titik paling selatan di Tanah Besar Asia. Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka.
: Tanjung Piai National Park yang terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan paya bakau yang cantik. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk melihat ikan tembakul yang bermata besar, pelbagai jenis kera, burung-burung liar dan hidupan liar yang lain. Platform yang dibina sepanjang taman ini membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini ye.
Amacam? Dah ada idea untuk kunjungi tempat mana di Johor? Bukan sahaja Johor, malah Malaysia sendiri mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Layari Unseen Malaysia untuk terokai pelbagai tempat menarik di Malaysia.
Jom bercuti di Malaysia !
Jom bercuti di Malaysia !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda apa itu SSPN-i Plus? Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahkan daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Paling menarik sudah tentu SSPN-i Plus ini menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful bergantung kepada pakej yang dipilih iaitu serendah RM30 hingga RM500.
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus ONLINE
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
![]() |
Cara buka akaun SSPN-i secara online |
2. Pilih butang >> Pembukaan Akaun
3. Akan dipaparkan Maklumat Akaun yang perlu ada isi.
4. Apabila maklumat telah lengkap diisi, klik butang >> SETERUSNYA
5. Untuk Maklumat Pakej, anda boleh memilih pakej mana yang berkenan di hati. Terdapat 6 pakej yang ditawarkan serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Pelan Simpanan (Pakej) |
6. Pilih jenis pakej pilihan hati dan tekan butang >> SETERUSNYA
7. Paparan mengenai Pakej Simpanan anda akan dipaparkan. Jika bersetuju dengan pilihan pakej anda, tekan butang >> SETERUSNYA
8. Anda perlu mengisi beberapa maklumat lagi dan tekan butang >> SETERUSNYA
9. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
10. Kemudian anda perlu tick akad yang memaparkan nama anda. kemudian tekan butang >> BAYARAN
11. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
2. Pilih butang >> Penambahan Deposit
![]() |
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online |
3. Masukkan nombor K.P anda dan tekan butang CARI. Maklumat tentang akaun anda akan dipaparkan. Pilih butang >> BAYAR.
4. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Jom buka akaun SSPN-i Plus ONLINE sekarang juga !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kita telah mencapai zaman di mana
teknologi mula mengambil alih interaksi ibubapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan.
Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani
gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi
gemar bermain dan mereka seharusnya
digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk
anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan
fizikal mereka.
Koleksi Sukan Ria Carrie Junior
Bermain dengan air
merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya
merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu
yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya
dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan
diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka,
menggilap kemahiran social dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan
pertuturan.
![]() |
Sukan Ria Carrie Junior |
Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6
figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan
imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan
masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa
bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
![]() |
Seronok bermain Sukan Ria Carrie Junior ni bersama keluarga tersayang |
Sebanyak 6 figura mainan
comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola
sepak, SPEEDY TOMMY- si kura-kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY
TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan
hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan
sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR
bersaiz 700ml.
Paling menarik koleksi mainan baharu ini disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang
akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka
keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa
mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana
dapat menggunakan imaginasi mereka.
Dapatkan Koleksi Sukan Ria Carrie Junior sekarang juga !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kokurikulum merupakan salah satu dari item yang dinilai dalam PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum). Markah PAJSK ini akan dikumpulkan setiap tahun dan carry forward sehingga Tingkatan 5. Untuk memohon ke IPTA, markah PAJSK diambil kira. Terdapat 2 cara pengisian PAJSK iaitu secara online di SINI dan offline menggunakan Buku Rekod & Rumusan PAJSK.
Untuk tahun 2018, selain guru penasihat Rumah Sukan Kuning, CN juga merupakan guru penasihat Silat serta Kelab Rekacipta & Inovasi. Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti pertama iaitu Mesyuarat Agung. CN kongsikan beberapa gambar aktiviti tersebut.
Untuk tahun 2018, selain guru penasihat Rumah Sukan Kuning, CN juga merupakan guru penasihat Silat serta Kelab Rekacipta & Inovasi. Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti pertama iaitu Mesyuarat Agung. CN kongsikan beberapa gambar aktiviti tersebut.
![]() |
CN & rakan guru, Cikgu Afizah sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta & Inovasi bersama AJK Tertinggi |
![]() |
Mesyuarat Agung Kelab Rekacipta & Inovasi SMK Telok Panglima Garang sesi pagi |
![]() |
CN sebagai guru penasihat Silat SMK Telok Panglima Garang bersama guru penasihat lain & AJK Tertinggi |
![]() |
Mesyuarat agung Silat SMK Telok Panglima Garang 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~