Happy birthday Irfan | Alhamdulillah, hari ni genap umur Irfan 6 tahun. Sekejab je masa berlalu. Inilah anak sulung CN. Dia yang mengajar CN menjadi seorang mama. Sekejab je masa berlalu. Rasanya macam semalam CN baru bersalin kan Irfan. Rasanya macam baru semalam CN cium bau baby Irfan yang wangi sangat ! Alahai la anak, cepat sangat awak tinggi wahai Irfan. Dulu bambam sekarang sudah kurus. Dulu comel sekarang dah hensem. Inilah anak bujang CN, Muhammad Irfan!
Kelebihan Plank yang mesti anda tahu | CN mula mengenali latihan plank semasa belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Masa tu, lecturer CN cakap latihan workout paling mudah tapi impak besar adalah plank. Plank adalah senaman yang menampung berat badan anda tanpa menggunakan apa-apa peralatan. Ia sangat mudah dan boleh dilakukan dimana sahaja. Paling menarik plank ini sangat efektif untuk mengempiskan perut. Disebabkan tu CN kembali melakukan plank setiap hari dek kerana perut yang semakin buncit! Gigih CN dan Encik Suami melakukan plank setiap hari untuk mendapatkan perut yang seksi gituw.
![]() |
| Plank workout |
7 Kelebihan Plank
Selain untuk mendapatkan perut yang seksi, plank juga mempunyai pelbagai kelebihan yang mesti anda tahu.
1. Membentuk abdomen yang mantap
: Ini kerana latihan plank berhubung dengan semua otot penting otot transverse (meningkatkan keupayaan mengangkat benda berat), otot rectus (dimana terbentuknya six pack perut), otot oblique (meningkatkan kapisiti menahan tubuh ketika berdiri & waist twisting) serta glutes(menyokong bahagian belakang dan membentuk pinggul).
2. Mengurangkan risiko kecederaan tulang belakang
: Latihan plank memberi tekanan atau bebanan kepada pinggul dan tulang belakang. Latihan plank setiap hari bukan sahaja mengurangkan sakit belakang malah menguatkan otot bahagian belakang anda. Selepas itu tiada lagi masalah sakit belakang dan tidur akan lebih nyenyak. Malah palig best, postur tubuh juga semakin baik.
3. Meningkatkan metabolisme
: Plank workout adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan kerana aktiviti ini membakar lebih banyak kalori berbanding senama abdomen tradisional yang lain seperti sit-up dan crunches. Otot yang dirangsang semasa latihan plank ini akan memastikan anda membakar lebih banyak tenaga walaupun ketika anda tidak aktif. Dengan mengamalkan latihan plank 10 minit setiap hari, ia akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi sepanjang hari walaupun ketika anda sedan tidur.
4. Memperbaiki postur dengan ketara
: Plank workout yang konsisten setiap hari akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada dan belakang anda.
5. Memperbaiki keseimbangan seluruh badan
: Pernahkah anda rasa apabila sedang berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, side plank dan plank with extensions akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
: Tahukah anda plank memberi kesan kepada sistem deria dan ia meningkatkan mood anda menjadi lebih baik. Plank ini meregangkan otot yang berkait rapat menyumbangkan tekanan dan keresahan. Dengan plank, ia akan menenangkan fikiran terutama untuk anda yang sering mengalami simptom keresahan (anxiety).
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
St Ives Scrub Oatmeal | Kalau CN cakap tentang St Ives, mesti ramai yang tahu betapa legendnya jenama ini. Jenama St. Ives memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Produk USA ini memang dipercayai ramai dari dulu lagi. Masa anak dara dulu memang CN guna St. Ives cleanser. Sesuai dengan kulit. Tak sangka scrub St. Ives ni pun best jugak rupanya. Terus tersuka dengan St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask. Wangi hokay ! Paling pening Scrub St Ives ini bebas paraben dan diuji secara klinikal. Rasa yakin 100% gituw.
![]() |
| Sukanya dengan St Ives Scrub Oatmeal ni ! |
St Ives Scrub Oatmeal
Apa yang best dengan St Ives Scrub Oatmeal ini, ia boleh dijadikan sebagai scrub ataupun mask. Dua dalam satu gituw. Memang berbaloi tau untuk beli. CN suka sangat dengan St Ives Scrub Oatmeal ni sebab baunya yang wangi. Semasa terima parcel dari abang posmen memang tertanya-tanya parcel apa lah yang wangi sangat ni. Rupa-rupanya St Ives scrub ni. Terus excited scrub muka untuk cuba.
![]() |
| Kotak St Ives yang esklusif |
Scrub muka untuk kulit yang cantik dan bersih
Mestilah CN paling suka dengan bau St Ives Scrub Oatmeal yang wangi serta menyegarkan ni. Manik-maniknya tidak terlalu kasar dan terlalu lembut, just nice je scrub pada muka. Lepas scrub, muka terus rasa licin dan bersih. Sesuai sangat guna scrub St Ives ini 3 hingga 4 kali seminggu.
Jika anda memang kerap terdedah dengan udara kotor, CN cadangkan supaya kerapkan scrub muka untuk membuang sisa-sisa debu udara kotor yang terperangkap pada liang roma kulit wajah. Udara-udara kotor yang terperangkap ini lah punca masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan macam-macam lagi.
![]() |
St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask.
|
Jadi apa tunggu lagi, jom jaga kulit anda dengan St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hour of Code SMK Telok Panglima Garang | Tahun 2018 merupakan tahun kedua SMK Telok Panglima Garang menyertai program Hour of Code. Kempen Hour Of Code ini adalah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker Movement dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah CN juga turut menyertai kempen Hour Of Code ini kerana sijilnya diiktiraf diperingkat antarabangsa tau.
Kempen Hour of Code
![]() |
| Sijil Hour of Code untuk permainan Minecraft |
Sasaran program ini adalah semua pelajar seluruh Malaysia dan borang boleh diperolehi di laman web KPM. Hour of Code merupakan program kesedaran terhadap program pengkodan dan pengaturcaraan sains komputer. Program ini selari dengan perlaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru subjek Asas Sains Komputer (ASK).
Disini CN kongsikan beberapa gambar aktiviti Hour of Code di sekolah CN. ![]() |
| Sijil Hour of Code |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
YADAH Oh My Skin Protection | Pernah dengar jenama YADAH? Produk Korea ini telah berada di Malaysia tau ! Yeah ! CN sendiri sudah mencuba YADAH Oh My Skin Protection & semestinya CN suka ! Anda juga mesti cuba YADAH Oh My Skin Protection ini tau. Kenapa? Teruskan baca ye.
![]() |
| YADAH Oh My Skin Protection |
Best tau YADAH Oh My Skin Protection
Apa yang CN paling suka tentang YADAH Oh My Skin Protection ini adalah teksturnya yang tidak melekit. Paling best, 'ringan' je pada kulit. Tak terasa seperti pakai sunblock tau. Anda boleh lihat video di bawah tekstur YADAH Oh My Skin Protection yang best ini.
Berminat untuk membeli YADAH Oh My Skin Protection?
Anda boleh dapat kan YADAH Oh My Skin Protection ini di Watson, Hermo dan Glam Pick.
p/s: Sun is out, #SAFEyourskin 😉
![]() |
| YADAH Oh My Skin Protection |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
IMAAN Fruity Daily Detox | Bukan mudah untuk kurus tapi ianya tidak mustahil! Langkah pertama untuk misi kurus sudah tentu adalah detox. Ini kerana, dalam badan terlalu banyak 'benda' yang perlu dibuang. Cara mudah untuk buang 'benda' yang tidak elok itu adalah dengan minum teh detox. Anda boleh cuba IMAAN Fruity Daily Detox. Paling best, produk ini telah disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation. Jadi tiada rasa ragu-ragu untuk minum IMAAN Fruity Daily Detox!
![]() |
| Gabungan mantop IMAAN Fruity Daily Detox & Zero Belly |
Teh Kurus - IMAAN Fruity Daily Detox yang tidak menyakitkan
Sesetengah teh detox akan membuatkan perut memulas-mulas sehingga menyakitkan. Tapi tidak untuk IMAAN Fruity Daily Detox. CN minum 2 uncang sehari untuk misi kurus, ianya tidak menyakitkan perut. Malah CN boleh keluar berjalan-jalan selepas minum teh detox ini. Best kan?
Selain CN yang tersuka dengan IMAAN Fruity Daily Detox ini, ada ramai lagi yang berpuas hati tau. Anda boleh lihat testimoni di bawah yang pasti membuatkan anda teringin untuk mencuba IMAAN Fruity Daily Detox.
![]() |
| Testimoni IMAAN Fruity Daily Detox |
![]() |
| Testimoni IMAAN Fruity Daily Detox |
![]() |
| Testimoni IMAAN Fruity Daily Detox |
5 Khasiat IMAAN Fruity Daily Detox yang mesti anda tahu !
Kenapa anda mesti mencuba IMAAN Fruity Daily Detox? Jangan tak percaya, teh detox ini mempunyai pelbagai khasiat. Paling best adalah 5 khasiat di bawah ini :
>> Mengempiskan perut yang buncit
>> Menyelesaikan masalah obesiti
>> Melawas dan badan rasa ringan
>> Menyelesaikan masalah sembelit
>> Membuang angin dalam badan
![]() |
| Gabungan mantop IMAAN Fruity Daily Detox & Zero Belly |
Untuk minum IMAAN Fruity Daily Detox, hanya rendam 1 atau 2 uncang teh dalam cawan atau mug berisi ais panas. Setiap uncang boleh diguna dua kali.
Untuk tujuan pencernaan >> sehari 1 uncang
Untuk #misikurus >> sehari 2 uncang
Untuk kekalkan berat badan >> 3 kali seminggu
Oh ya, IMAAN Fruity Daily Detox ini sesuai untuk wanita menyusu tetapi tidak digalakkan untuk wanita mengandung.
Berminat untuk mencuba IMAAN Fruity Daily Detox?
Jom cuba IMAAN Fruity Daily Detox & Zero Belly, boleh beli terus di lamanweb rasmi << https://www.imaanworld.com >>
Maklumat lanjut :
Email : wowmissionsdnbhd@gmail.com
Tel : 03-42854919
Hp : 019-2862828
Facebook : https://www.facebook.com/imaansuciworld/
Instagram : https://www.instagram.com/imaan.suci.world.hq/
WOW MISSION SDN BHD
No 3A-08, D'Pandan Avenue 3, Taman Pandan Mesra, 68000 Ampang
![]() |
| Gabungan mantop IMAAN Fruity Daily Detox & Zero Belly |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Comel tak apabila Dhia Zahra melaram? Kemain tau anak dara CN sorang ni bila dapat makeup, hover !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk Malaysia dianggarkan 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan adalah 1.1%. Paling menarik yang CN nak kongsi adalah nisbah jantina pada 2018 kekal 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Unboxing Surprise Box dari Atom & The Dot | Asyik CN je dapat surprise box, sesekali Irfan pun teringin gak terima surprise box dari abam posmen. Hah, bukan sekali tapi dua kali Irfan terima surprise box dari Atom & The Dot. Jom tengok macam mana Irfan unboxing surprise box dari Atom & The Dots. Excited hokay.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2019 | Mulai Ogos hingga September 2018, pelajar dikehendaki untuk menyiapkan Fasa 1 & Fasa 2. Markah untuk Fasa 1 & Fasa 2 ini akan dimasukkan ke dalam sistem online Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan Oktober.
![]() |
| Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2019 |























































