Cara membina FORM dalam VLE FROG
Panduan kepada guru-guru yang ingin mempelbagaikan widget dalam site anda. Widget FORM boleh dijadikan sebagai borang soal selidik atau pun latihan kepada pelajar. Penggunaan widget FORM sangat mudah dan user friendly. Di bawah CN berkongsi cara membina FORM di dalam site PT3 Geografi CN di mana site ini CN berkongsi dengan pelajar cara-cara menyediakan kerja kursus Geografi untuk PT3.
Selamat mencuba !
1. Log in ke akaun VLE FROG anda. Buka Site anda. Kemudian klik Edit di bahagian kiri. Terdapat 3 column iaitu Page, Widgets dan Setting. Klik Widgets. Sebelum membina FORM, pastikan anda membina New Page di Site anda seperti di dalam bulatan di bawah.
#ProjekCutiSekolah : Handbag homemade
Hah ! Bosan duduk dirumah tiada aktiviti menarik? Meh kita ramai2 buat handbag homemade ni...kelas gituwww !
Dah tak payah nak beli beg baru bukak sekolah nanti..kretif sungguh ler mereka yang buat benda ni ;)
Abaikan mereka yang bersikap negatif,
ianya boleh berjangkit !
Setuju sangat !
Diri kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. Jika kita dikelilingi orang yang bersifat positif, InsyaAllah, kita juga akan bersifat positif.
Perkara yang sama berlaku di tempat kerja. Kebiasaan kita akan melihat golongan yang berjaya dikelilingi oleh orang yang berjaya juga. Golongan yang suka dengki akan orang lain, kawan2 nya juga mempunyai minat yang sama iaitu dengki dengan kejayaan orang lain.
Bagaimana mengatasi orang yang sentiasa negatif ni?
Cuba elakkan diri !
Itu langkah terbaik. Kadang2 pening gak kepala dengar luahan rakan yang asyik berfikiran negatif jer. Semua orang buat salah, dia sorang yang betul ! Cubalah elakkan diri darinya. CN kadang2 buat2 sibuk dengan laptop bila orang tu datang, tak pun, buat2 on call then pergi darinya.
Serius, orang yang macam ni merupakan virus yang sangat bahaya !
Ingatlah, diri yang positif akan menghasilkan aura yang positif pada wajah dan dirinya. Jadilah seorang yang positif ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Senaman Otak
Tugas harian yang sibuk menyebabkan kita sering berasa letih, lesu dan stress kerana otak bekerja dengan ligatnya. Lagi-lagi tugas seorang guru yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum ! Seperti anggota badan yang lain, otak juga perlu bersenam untuk mengekalkan kecerdasan dan berfungsi dengan lebih baik.
Bagaimanakah caranya senaman otak ini?
Amat mudah ! Sediakan sehelai kertas dan 2 batang pen hitam dan biru. Pegang pen hitam dengan tangan kanan dan pen biru dengan tangan kiri. Conteng kertas dengan menggunakan kedua-dua tangan pada masa yang sama selama 3 minit. Apa yang anda rasa?
Percayalah selepas melakukan senaman otak ini, anda akan berasa tenang dan boleh kembali fokus kepada kerja. Sakit kepala akibat stress juga akan beransur hilang.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~