Lama tak cerita tentang bujang CN sorang ni. Hah ! CN ada rahsia tau, Irfan ni atau lebih glamer dengan #IrfanHensem takut katak ! Serius, kalau cakap ada katak dekat kaki dia, kelam kabut dia lari!
Sebenarnya Irfan ni mula kenal katak masa di rumah opahnya. Alkisah 1 hari, ada katak beso gedabak dekat pintu bilik mandi rumah opah. Si kecik ni tengok jela dari jauh, tak tahu benda apa kan. Tiba-tiba ! Si katak beso gedabak ni melompat dengan tinggi dihadapan Irfan ! Apa lagi, menangis la budak tu terkejut dengan reaksi si katak beso gedabak tu yang tiba-tiba.
Mungkin kerana terkejut yang amat bila tengok katak beso gedabak melompat di hadapannya, sejak hari itu, Irfan memang takutkan katak. Kalau tengok katak dari jauh, dia akan diam dan jalan ke belakang mengelak dari katak tersebut.
Itulah asalnya bagaimana Irfan boleh kenal katak dan takut dengan katak. Sampai sekarang, kalau dia takmo dengar cakap CN, best gak kenakan dia cakap ada katak, terus peluk CN tau minta didukung ! Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29122014
Ranking Alexa untuk 29122014 menurun dengan teruk berbanding Ranking Alexa untuk 29112014. Nak share pun malu, tapi ini adalah cabaran untuk CN lebih konsisten dalam berblogging. Almaklumlah, cuti lama ni duk dekat umah mak, line tenet lak slow. Itulah suam2 kuku jer berblogging dan berblogwalking. Walau bagaimanapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan blogger yang sudi singgah ke blog CN. Sayang sangat dengan komen2 membina dari rakan2 blogger yang sporting. Tanpa anda pembaca tersayang, siapalah CN.
Terima kasih kepada pembaca setia yang tidak jemu terus menyokong blog blog cekgunorazimah.
I LOVE U ALL !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
"Bahagianya perhubungan bukanlah kerana sempurnanya percintaan.
Tetapi kerana kita tetap dalam susah & senang ! "
InsyaAllah, tetap bersama menyokong Encik Suami ketika susah dan senang..
Kita manusia sering diuji dengan pelbagai ujian dalam perhubungan. Apa yang penting, redha dan berusaha untuk mengharungi dugaan tersebut..
p/s : Mood stress tapi cuba positive..InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Revolusi Cikgu Norazimah
Alhamdulillah ! Dalam tak sedar, dah 5 tahun CN dalam Dunia Pendidikan di Malaysia. Harini 28/12/2014, genaplah 5 tahun CN bergelar seorang pendidik. CN mula posting pada 28/12/2009. Agak lambat untuk posting berbanding rakan2 coursemate kerana masalah tertentu. Walau bagaimanapun, CN bangga & seronok menjadi seorang guru.
Dalam tempoh 5 tahun berkhidmat ni, CN wajib menjadi guru kelas. Jom berthrowback bersama CN dengan gambar kenangan CN bersama ex-students sebagai guru kelas merangkap mama dorang !
2010 : 2A di SMK St Mary
# Bebudak ni dah habis sekolah pun, kebanyakan mereka sambung belajar di IPTA/IPTS.