3 Langkah Menarik Perhatian Anak Untuk Mendengar
Jika permintaan atau cakap kita tidak dipedulikan oleh anak-anak, cuba perhatikan samada ketika kita meminta anak membuat sesuatu di waktu dia sedang khusyu’ membaca buku cerita dan sebagainya. Berikan sedikit waktu untuk mereka seperti..“Selepas Syafiq habis baca bab 5 tu.. tolong mama keluarkan sampah ye”. Jika anak masih tidak melakukan seperti yang kita suruh selepas habis bab 5, datang dekat kepadanya, buat hubungan mata, katakan dengan tenang dan ringkas. “Syafiq, sampah”. Mungkin pada ketika itu anak akan teringat apa yang harus dilakukannya.
.
Perhatikan juga samada anak berkemampuan atau tidak melakukan seperti yang disuruh. Adalah tidak logik meminta anak yang berusia 5 tahun mengangkat tong sampah yang berat yang hanya mampu dilakukan oleh anak-anak yang lebih besar.
.
Kadang-kadang untuk memudahkan anak-anak mendengar dan melakukan apa yang kita suruh, pertimbangkan untuk memberi pilihan kepadanya. “Syafiq boleh tolong mama siramkan pokok itu sekarang atau Syafiq boleh lakukannya selepas bermain bola nanti.” Jika anak membuat pilihan kedua, maka selepas bermain bola, kita wajar mengingatkannya sekali lagi. Jangan membebel kerana anak-anak mudah terleka dan terlupa lebih-lebih lagi apabila ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.
.
Sumber : Ibubapa Cemerlang
p/s : CN tengah cuba kurangkan sikap suka membebel, anak laki memang tak suka dibebel ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mengajak lebih baik dari memberi arahan
Elakkan dari memberi arahan kepada anak-anak sebaliknya mengajak mereka melakukan bersama-sama. Anak-anak kecil akan menjadi lebih teruja dan lebih bersemangat jika ibu bapa sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka lakukan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam entry SINI, CN telah berkongsi tentang 27 Panduan Menjadi Guru Abad ke 21. Kali ini, CN berkongsi dengan anda apakah itu Pendidikan Abad ke 21.
Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan acap kali menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Namun, untuk menjelaskan Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, ia lebih dari sekadar anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM memikul bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Kemahiran Abad ke-21, Ciri Pembelajaran dan Garis Panduan Pembelajaran Abad ke-21 semuanya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan tidak lama dahulu.
Memastikan keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar prasarana dan Susun Atur Bilik Darjah Alaf ke 21 yang perlu dipersiapkan. Penentu utama kejayaan, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~