Alahai Arjuna Beta..bilakah agaknya kamu mahu tidur??
Hari-hari Irfan tidur pukul 11 lebih. Bila CN ada stayback untuk sukan, malamnya memang flat. Plan nak tidur awal. Tapi Arjuna kesayangan CN ni takmo tidur lagi ! Waaaa
Siap buat syhhh lagi suruh diam ! Padahal dia yang kecoh tak tidur lagi.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ramai orang bercakap tentang Allah, tetapi tidak ramai bercakap kepada Allah.
Banyakkan tahajud, banyakkan doa..
Bercakaplah kepada Allah
~ Salam Jumaat dari Cekgu Noraizmah ~
Satay Station
Dating bertiga kali ni ke KL, yeah ! Lama x jejalan ke KL lepas CN dapat tukar ke Kuala Langat. Kali ni Encik Suami teringin nak tengok wayang di Wangsa Walk Mall. Disebabkan kami pergi masa hari cuti Thaipusam, cerita banyak yang lewat petang. Jadi cerita pilihan kami adalah Into the Woods.
Alhamdulillah..harini 4/2/2015, genap la usia perkahwinan CN & Encik Suami yang ke-EMPAT. Diam tak diam, dah 4 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuh bersama sebagai suami dan isteri.
CN bersyukur sangat mendapat seorang SUAMI yang penyayang even luaran nampak sempoi dan kasar, tapi sangat romantik dan memahami. Almaklumlah, siapa lagi nak puji SUAMI kalau bukan ISTERI kan?
Sambutan ulangtahun ke-EMPAT ni jika tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti ke tempat RAHSIA. Seperti tahun-tahun lepas, CN dan Encik Suami akan cuba mencari masa untuk bercuti sempena meraikan anniversary kami. Biar lambat, tapi tetap bercuti bersama untuk kembalikan mood romantik semasa honeymoon. Cuma sementara tunggu hari tersebut, kami cuma dating ke tempat candle light dinner masa couple dulu. Tapi kali ini dating bertiga sebab tak sanggup tinggalkan si comel bersama atuk. Rasa tak sedap hati jer kalau keluar tak bawak budak comel tu.
Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & Encik Suami kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
.jpg)






