Hari keduabelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Bajet Raya".
Bajet raya CN tidak la besar mana. Cukup dengan baju raya sedondon bersama Encik Suami dan Irfan serta tambahan beberapa helai baju kurung yang 'ter'beli. Jika dulu CN memang suka baju kurung manik-manik penuh kain chiffon. Tapi memang rugi beli sebab pakai beberapa kali je. Nak pakai pegi sekolah macam jangok sangat je..hehe
CN suka dengan design baju dari SweetMuslimah ni, simple dan yang penting selesa. Biasanya sejak ada Irfan Hensem ni, CN lebih fokuskan si kecik ni jer dalam berbelanja. Paling penting baju raya si kecik ni mesti beberapa pasang. Untuk si kecil, tak perlu beli mahal-mahal. CN biasanya akan shoping ketika sale. Pasaraya Megah di Banting memang banyak sale baju kanak-kanak. Harganya dah sama macam harga sale di Sogo tau! Hah ! Tak perlu dah bersesak-sesak di Sogo gituw..Banting jer semua ada.
CN suka dengan design baju dari SweetMuslimah ni, simple dan yang penting selesa. Biasanya sejak ada Irfan Hensem ni, CN lebih fokuskan si kecik ni jer dalam berbelanja. Paling penting baju raya si kecik ni mesti beberapa pasang. Untuk si kecil, tak perlu beli mahal-mahal. CN biasanya akan shoping ketika sale. Pasaraya Megah di Banting memang banyak sale baju kanak-kanak. Harganya dah sama macam harga sale di Sogo tau! Hah ! Tak perlu dah bersesak-sesak di Sogo gituw..Banting jer semua ada.
Bajet Raya

Dalam bajet raya, paling penting adalah duit raya. Kena bahagikan duit raya untuk adik-adik dan anak-anak saudara yang berderet tu. Jangan lupa duit raya untuk ibu dan ayah serta mertua. Selain itu, dalam berbelanja untuk raya, CN akan sisihkan duit untuk keperluan selepas raya. Naya jer lepas raya duit dah habis, 'masak' tu nak tunggu dapat gaji ! Hehe
Pesanan CN, berpada-padalah dalam berbelanja untuk raya. Tak perlu semua dibeli baru. Jika yang lama masih elok, pakai je balik. InsyaAllah, raya kali ini CN dah tak beli kasut baru macam tahun2 lepas sebab dah penuh kasut dalam kereta! Nak bawak keluar takut Encik Suami bising..alahai perangai yang satu tu, suka betul beli kasut ! Hehe
Pesanan CN, berpada-padalah dalam berbelanja untuk raya. Tak perlu semua dibeli baru. Jika yang lama masih elok, pakai je balik. InsyaAllah, raya kali ini CN dah tak beli kasut baru macam tahun2 lepas sebab dah penuh kasut dalam kereta! Nak bawak keluar takut Encik Suami bising..alahai perangai yang satu tu, suka betul beli kasut ! Hehe
Anda pula bagaimana, apakah bajet raya anda? Mesti banyak dapat bonus kan? Kitorang pegawai kerajaan dapat RM500..weee
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda, color of the year untuk tahun 2015 adalah warna MARSALA. Kira dalam kategori warna merah, tapi merah purple macam tu. Nice ! Boleh dicadangkan kepada Encik Suami macam ni.
CN dan Encik Suami memang suka beli baju readymade. Senang! Kalau pergi dekat Bazar Raya di Jalan Taiping, Klang memang best. Banyak sangat pilihan dan harga sangat-sangat berbaloi. Lagi pun CN dan Encik Suami memang tak ada masalah beli baju readymade.
Warna rasmi 2015 iaitu MARSALA seperti gambar di atas memang warna yang gorges dan jarang orang pakai. CN pernah nampak baju kebaya warna MARSALA di kedai baju pengantin. Pergh ! Memang cantik. Tapi tu kedai pengantin, kedai baju biasa susah nak cari warna ni melainkan kalau beli kain jahit sendiri! Hehe
Untuk anda yang masih mencari-cari warna tema untuk raya anda, boleh la cuba warna rasmi 2015 ini iaitu warna MARSALA. CN ? Kena tengok apa yang berkenan dimata Encik Suami, kita isteri ikutkan je..hehe
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari kesebelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Lagu raya pilihan".
Lagu raya pilihan CN semestinya lagu lama yang evergreen yang melekat di hati dari kecil sehingga menjadi mama Irfan Hensem. Semestinya lagu raya paling best adalah lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Bila main bunga api, mesti nyanyi lagu ni, kan2?
Kalau lagu raya sedih, CN paling suka lagu Mamat iaitu Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Betul ke tajuk lagu ni? Hehe.. Tapi serius, memang sedih lagu ni. Teringat lagi masa tahun pertama beraya di perantauan. Masa tu di over the sea iaitu UNIMAS. Kebetulan raya dekat dengan final exam. Memang tak balik raya la. Apa lagi, asal dengar lagu raya jer mesti mengalir air mata. Paling tak boleh lupa, malam raya tu CN dan kawan-kawan boleh menangis berjemaah sebab tak balik beraya !
Lagu raya pilihan

Tapi kan, ada juga lagu raya baru yang CN suka tau. Pernah dengar tak lagu Hari Raya nyanyian iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris? Video muzik lagu ni dirakam di Kampung Jenjarom tau. Kebetulan lagu ni banyak jadi lagu tema cerita semasa hari raya. Santai je dengar.
Anda pula bagaimana, apakah lagu raya pilihan anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895
Disini CN kongsikan faktor-faktor termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 sebagai panduan untuk PT3 Sejarah 2015. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895 :
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
- Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
- Residen menjadi terlalu berkuasa
- Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
- Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii) Krisis Kewangan Pahang
- Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
- Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
- Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
- Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan
- Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~