Ayah CN yang Hensem
Inilah ayah CN tersayang yang hensem, kacak dan bergaya. Siapa lagi nak puji ayah sendiri jika bukan anaknya kan? Hehe
Sebenarnya CN mewarisi sikap keyakinan diri yang tinggi setiap masa dari ayahanda tercinta. Bukan CN sahaja, kami 5 beradik memang mempunyai sikap konfiden diri yang lebih, lagi-lagi part konfiden comel ! Siapakah puncanya? Inilah dia, Haji Talib yang membawa gen keyakinan diri perasan comel kepada kami 5 beradik.
Alkisah gambar ini diambil semasa raya yang lepas. Sebenarnya ayah CN perut buncit, tapi bila cakap nak masukkan gambar dalam blog, terus tarik nafas dalam-dalam konon nak tunjuk selim melim ! Muka pulak habis macho tau ! Alahai ayahku..hensem kan? Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~