Apam Susu Gebu
Apam susu sememangnya menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan. Dia akan habiskan selagi ada di depan matanya. Serius memang sedap apam susu ni. Dengan rasanya yang gebu, sekali makan pasti nak lagi. Jika anda berminat untuk mencuba resepi apam susu gebu ini bolehlah rujuk di entry Resepi Apam Susu di sini.
Kali ini CN cuma menggunakan warna merah dan original sahaja. Nak lagi sedap, tukarkan pewarna merah kepada perasa strawberi. Serius akan rasa susu dan strawberi. Sedap tau ~
Ini adalah apam susu gebu setelah dipotong-potong. Irfan yang mengambil gambar ni sebab dia sudah biasa dengan aktiviti CN yang suka ambil gambar makanan yang dimasak. Blogger katakan ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat Hari Ulangtahun ke-3
Alhamdulillah, harini genap umur Irfan 3 tahun. Sekejab je masa berlalu. Bau masa Irfan baby pun masih terbau-bau je. Sedap sangat !
Dan diam-diam Irfan juga bakal bergelar abang long tahun depan. Bila ditanya Irfan nak baby boy ke gurl, mesti dia jawab nak boy. Dah pandai pilih tau.
Khas buat Irfanku sayang...
Selamat hari ulangtahun yang ke-3. Semoga Irfan membesar menjadi anak kebanggaan mama dan ayah. We LOVE you dear.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kencing Kotor
Dalam entry SINI CN ada berkongsi tentang kencing kotor atau jangkitan saluran kencing yang sering dihadapi wanita hamil. Tahukah anda 6 gejala jangkitan saluran kencing yang mungkin anda tidak perasan?
Gambar Sumber Sini
6 Gejala Kencing Kotor
1. Mengalami sakit semasa kencing
2. Kencing lebih kerap terutamanya waktu malam
3. Rasa terdesak semasa ingin kencing
4. Air kencing berbau busuk, kelihatan keruh atau berdarah
5. Sakit di bahagian belakang atau tepi badan (mungkin juga disebabkan oleh jangkitan buah pinggang)
6. Jika jangkitan sudah merebak ke bahagian atas saluran kencing atau merebak ke dalam darah juga boleh berlaku. Kadang-kala, tiada sebarang gejala walaupun kuman berada di dalam pundi kencing.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Majlis Ramah Mesra
Kawan baik tido setilam, makan semangkuk dan gelak tawa suka duka memang tidak akan dilupakan. Walaupun CN jauh berada di bumi Selangor, bff di KL memang tidak dilupakan. Walaupun masih aktif bergosip di grup wasap Cikgu Cun, aktiviti bersua muka wajib dibuat.
Sempena hari raya yang mulia, bff CN Cikgu Liana (gambar bawah bertudung purple memangku anak) menganjurkan Majlis Ramah Mesra di rumahnya di Bukit Idaman. Pelbagai menu sedap homemade by Cikgu Liana memang memuaskan hati dan perut.
Tapi yang kelakar, bila cikgu-cikgu berkumpul memang tak lari dari cerita tentang sekolah. Lagi-lagi tentang FROG sebab SMK St Mary antara top sekolah di KL tentang FROG. Cikgu Rafeah yang bertudung pink tu merupakan antara mastermind FROG di SMK St Mary. Berkat perkongsiannya juga CN berjaya mengaktifkan FROG di sekolah CN juga. Cuma untuk mencapai tahap SMK St Mary tu memang jauhlah.
Selain itu, cerita wajib juga adalah tentang tugas Setiausaha Kokurikulum sebab Cikgu Suriana yang ketawa besar di atas berbaju blause biru tu menggantikan tempat CN sebagai Setiausaha Kokurikulum. Lagi-lagi mantan PK Kokurikulum yang berbaju putih tu iaitu Cikgu Noorhasmawati telah berpindah sekolah. Jadilah sesi meluahkan perasaan. Alahai kakakku..hehe
Irfan dan Alif (anak Cikgu Liana) walaupun lama tak berjumpa, tapi tetap mesra
Bilik Alif yang dijadikan mini taman permainan oleh budak-budak ni
CN dan Cikgu Liana. Ex-roommate CN.
Thanks Yana untuk majlis yang simple tapi amat bermakna.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~