Jika anda tiada idea mahu bawa anak ke mana sempena cuti sekolah ini, apa kata datang beramai-ramai ke Ekspo Buku Malaysia yang berlangsung di PWTC dari 14 hingga 18 Disember 2016 ini. Ekspo Buku Malaysia ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Ada pelbagai aktiviti menarik di sana.
Jumpa anda di sana !!
Jom datang beramai-ramai ke Ekspo Buku Malaysia 2016
Jumpa anda di sana !!
p/s : Jangan lupa esok CN jadi panel untuk forum blogger di sana tau.
![]() |
| Ekspo Buku Malaysia di PWTC |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak dara CN sorang ni memang banyak mewarisi gen ayahnya yang mesra alam. Suka tersenyum dan peramah berbeza dengan abangnya Irfan yang agak pemalu dan ambil masa untuk mesra dengan orang yang baru dikenali. Paling banyak gen ayahnya yang tidak mahu mengalah! Selalu bergaduh dengan abangnya bila berebutkan barang, tidak sedar barang yang direbutkan tu adalah barang si abang! Sabo jela..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lempeng pisang atau banana pancake memang sedap dimakan ketika musim hujan sekarang ni. Ditambah dengan sambal pencicah, fuh! Terangkat beb ! Tapi CN memang tak berapa pandai buat lempeng bulat-bulat cantik macam ni, Encik Suami la yang pakar. Jadi seperti biasa, CN tukang bancuh adunan lempeng dan Encik Suami tukang menglempengkannya ! Hehehe
Sebarang jenis lempeng amat sedap bergandingan dengan sambal setan, tapi sebab ikan bilis dah habis, kita makan bersama sambal bilis biasa pun dah kira ngam hokay.
Resepi sambal setan ada di sini ye >> Resepi Sambal Setan
Sebarang jenis lempeng amat sedap bergandingan dengan sambal setan, tapi sebab ikan bilis dah habis, kita makan bersama sambal bilis biasa pun dah kira ngam hokay.
Resepi sambal setan ada di sini ye >> Resepi Sambal Setan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena cuti sekolah ni, ada pelbagai aktiviti CN bersama anak-anak khususnya anak bujang CN, Irfan Hensem yang akan bersekolah tahun depan. Alhamdulillah, jika sebelum ni memang comot hasil kerja seni terutama mewarna Irfan, tapi bila selalu diajar, dah semakin kemas.
Sudah tentu buku mewarna faveret Irfan adalah dari koleksi Disney.
Perkembangan kanak-kanak 4 tahun
Tahukah anda apakah ciri-ciri perkembangan yang sepatutnya untuk kanak-kanak berumur 4 tahun?
Perkembangan kognitif kanak-kanak 4 tahun
>> Rasa ingin tahu yang amat mendalam yang diikuti minat untuk mencuba perkara yang baru.
>> Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan dan corak.
>> Boleh mengetahui warna-warna yang terdapat disekelilingnya.
>> Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri.
Perkembangan emosi kanak-kanak 4 tahun
>> Boleh menunjukkan perasaan kasih sayang dengan kata-kata.
>> Mula menunjukkan perasaan malu.
>> Mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan.
>> Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon yang betul.
>> Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa.
Perkembangan sosial kanak-kanak 4 tahun
>> Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat.
>> Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan.
>> Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa
>> Boleh bekerjasama semasa bermain menunggu giliran dan berkongsi mainan.
>> Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri.
>> Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran dengan meniru orang dewasa dan kanak-kanak lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak 4 tahun
>> Boleh naik tangga tanpa pertolongan serta dapat menukar kaki semasa menaiki tangga.
>> Mereka gemar membina blok atau bongkah-bongkah menjadi menara.
>> Menunjukka peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
>> Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5 – 6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
>> Boleh memegang crayon atau pen dengan baik.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







