Salam Ramadhan dari CN. Seronok bila cuti time bulan puasa ni. Ada macam-macam idea masakan untuk berbuka puasa. Bila nak masak tu paling penting mesti ada gadget yang memudahkan keje di dapur. Salah satu gadget paling penting di dapur ketika bulan puasa ni sudah tentu periuk kesayangan ramai iaitu periuk Noxxa. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang tips masak kek guna Noxxa. CN dapatkan tips ni pun dari group masakan di FB. Semoga menjadi panduan untuk diri sendiri juga kepada pembaca tersayang.
![]() |
| Resepi Kek Marble Noxxa di SINI |
Tips masak kek guna Noxxa kaedah STEAM kering
Kaedah STEAM kering adalah dengan memasukkan terus adunan kek atau kuih ke dalam innerpot.
📌 masa adalah sekitar 20-25 minit STEAM. Akan bunyi bip sebab kering dari awal hingga masak. Abaikan bunyi itu😴😴
📌 masa yg diberi tu sebenarnya dah memasakkan bahagian bawah dan tepi kek/kuih tetapi tidak bahagian tengah. Tengah masih lembik kadang cair lagi.
📌 menambah masa steam bukanlah cara yang tepat kerana tambahan masa untuk masakkan bahagian tengah akan menterlebih masakkan bahagian tepi dan bawah kek/kuih menjadikan kek/kuih kita hitam dan keras.
📌 untuk memasakkan bahagian tengah tadi tu apabila habis masa steam tu jangan terus buka tudung walaupun bau kek/kuih kita amatlah menggoda tahap dewi... Just off button merah tu saja.
📌 biarkan kek/kuih tadi dalam periuk dengan tudung masih tertutup rapat. Biarkan panas dalam periuk tadi terus memasakkan kek/kuih tadi. Biar dalam 5-10 minit.
📌 selepas 10 minit dengan off dan masih tertutup, barulah buka tudung dan keluarkan innerpot dari periuk. Biarkan kek/kuih sebentar sehingga sejuk sedikit sebelum dikeluarkan. Bersabaaaar... Jika tak keluarkan inner tu, bahagian bawah kek/kuih akan kehitaman sebab periuk masih panas.
📌 agak-agak inner dah boleh pegang barulah keluarkan kek/kuih kita... Walahhhh.. In shaa Allah jadi dan masak..😅😅
![]() |
| Resepi Kek Coklat Moist Noxxa di SINI |
Kaedah STEAM basah atau STEAM bath.
📌 jika kita STEAM kek secara steam basah atau steam bath. Caranya adalah dengan menggunakan pengalas berkaki atau ridai besi. Lapikla inner dengan kain jika ridai kita tak pakai kasut plastik sebab takut calar... Jika ada kasut tak perlu kain ye.
📌 letakkan air paras ridai dan acuan atau loyang kita di atas ridai tersebut. Tutup dan steam macam biasa. Masa adalah sekitar 25-30 minit.
📌 jika air kering periuk akan bunyi bip... Yang ni kalau nak buka tudung tu hati-hati sebab wap sangat panas.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok bila tengok Irfan Hensem & Dhia Zahra berbaik. Elok je senyum bila diambil gambar. Susah tau nak dapatkan moment macam ni. Biasanya tak abang, adik yang akan buat perangai. Kali ini boleh pulak dua-dua bagi kerjasama untuk bergambar. Alahai, sweetnya...
p/s: Maap ye CN terlalu obses dengan anak sendiri..hehehe
p/s: Maap ye CN terlalu obses dengan anak sendiri..hehehe
![]() |
| Irfan Hensem & Dhia Zahra apabila berbaik |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Kuih Akok
Kuih akok merupakan kuih tradisi dari negeri Kelantan yang menjadi kegemaran CN. Biasanya kuih akok akan banyak dijual semasa bulan puasa. Disebabkan terpengaruh dengan bestfriend dari Kelantan, kuih akok termasuk dalam list kuih kegemaran CN.
Di Banting ni memang susah nak cari orang jual kuih akok. Jadi CN cuba men'google' resepi kuih akok yang sedap ni. Terjumpa seorang rakan fb yang berkongsi resepinya. Bahan-bahan nya memang mudah, jom kita cuba buat kuih akok sendiri ye.
Gambar google
Bahan-Bahan Membuat Kuih Akok
Bahan-bahannya :
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan
● 100 ml air
● 150 gram gula manisan (gula melaka)
● 30 gram tepung gandum
● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus
Cara-Caranya Membuat Kuih Akok
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.
2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Cara-cara membuat kuih akok
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila sebut tentang Liberty Printing, pasti pembaca www.cekgunorazimah.com sudah biasa dengar tentang website ini di mana mereka menawarkan pelbagai barangan cenderahati dan hiasan DIY pada harga yang sangat berpatutan. Antara yang menjadi kegemaran CN sudah tentu 16 design button badge yang sangat menarik, gambar-gambar yang diprint serta paling terbaru adalah motto mug sempena hari ibu. Kali ini CN ingin memperkenalkan produk terbaru dari Liberty Printing iaitu Silhouette Cameo Version 3.
Silhouette Cameo version 3 adalah sebuah mesin pemotong elektronik yang bersambung ke komputer anda. Saiznya lebih kurang sama dengan saiz printer yang dilengkapi dengan perisian yang membolehkan anda membuat apa-apa sahaja dan kemudian memotongnya dengan kertas, kain, vinyl atau bahan pemindahan haba.
Mesin pemotong elektronik atau Silhouette Cameo version 3 ini sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk memulakan business. Ia sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur dan sangat mudah semudah a,b,c ! Ada pelbagai produk yang dapat dihasilkan dari Silhouette Cameo version 3 ini seperti gambar di bawah ini.
![]() |
| Silhouette Cameo, tarikan baru di Liberty Printing |
Apakah Silhouette Cameo Version 3?
Silhouette Cameo version 3 adalah sebuah mesin pemotong elektronik yang bersambung ke komputer anda. Saiznya lebih kurang sama dengan saiz printer yang dilengkapi dengan perisian yang membolehkan anda membuat apa-apa sahaja dan kemudian memotongnya dengan kertas, kain, vinyl atau bahan pemindahan haba.
Mesin pemotong elektronik atau Silhouette Cameo version 3 ini sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk memulakan business. Ia sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur dan sangat mudah semudah a,b,c ! Ada pelbagai produk yang dapat dihasilkan dari Silhouette Cameo version 3 ini seperti gambar di bawah ini.
![]() |
| Produk dari mesin Silhouette Cameo version 3 |
Bagaimanakah Silhouette Cameo version 3 ini bekerja?
Tonton video di bawah ini untuk melihat bagaimana Silhouette Cameo version 3 ini bekerja.
Liberty Printing juga menawarkan LIVE training untuk penggunaan Silhouette Cameo version 3 ini. Malah terdapat monthly FREE training class untuk mereka yang membeli Silhouette Cameo version 3 dari Liberty Printing ini, menarik kan?
![]() |
| Doktor Silhouette Cameo dari Liberty Printing |
Terdapat juga secret FB group untuk membantu mereka mengendalikan Silhouette Cameo version 3 ini khas buat pembeli Silhouette Cameo dari Liberty Printing.
![]() |
| Secret group di fb |
Kenapa anda perlu membeli CAMEO/CURIO dari Liberty Printing?
- Jurulatih profesional dengan lebih daripada 5 tahun pengalaman khusus dalam bidang percetakan bersedia untuk membantu
- Bengkel online PERCUMA untuk membantu anda meningkatkan kemahiran anda & sokongan teknikal bila-bila masa, di mana sahaja
- Proses order yang mudah dengan Borang Pesanan Online & Order History Tracking
- Cash & Carry dan tiada minimum order kuantiti
- Worldwide Service Delivery
- Perkhidmatan mesra pelanggan & after sales servis yang dipercayai
Berminat untuk mendapatkan Silhouette Cameo version 3 ini?
Hubungi :
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.
Contact number: 019-984 8151 (Amin) / 019-985 8151 (Elaine)
Email: cs@libertyprinting.com. my / order@libertyprinting.com.my
Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
Web (package): http://www. libertyprinting.com.my/ products/Silhouette-CAMEO%C2% AE-3-Package.html?categoryid=0
Facebook: https://www.facebook.com/ weprintmachine
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~












