Contoh Penulisan Keberhasilan Untuk PBPPP | Keberhasilan adalah salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Awam (PBPPP). Setiap tahun ada je perubahan untuk penulisan keberhasilan ini. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda contoh penulisan keberhasilan untuk PBPPP sumber dari KPM. Semoga membantu.
Penulisan Keberhasilan Untuk PBPPP
Penulisan keberhasilan PBPPP |
Contoh Penulisan Keberhasilan PBPPP by Cekgu Norazimah on Scribd
Kelebihan berjalan laju | CN dari kecil memang jenis yang berjalan laju. Pernah dulu masa mengandungkan Irfan, CN kena marah dengan akak kerani sekolah sebab berjalan laju dengan perut memboyot. Nak buat macam mana, dah biasa berjalan laju, bila berjalan slow rasa macam perempuan melayu terakhir! Rasa kekok pulak! Sebenarnya, berjalan laju ni ada banyak kelebihan tau. Bukan sahaja kepada kesihatan badan, malah bagus untuk perkembangan otak. Ok, di sini CN kongsikan dengan anda 9 kelebihan berjalan laju. Semoga selepas ini ramai la rakyat Malaysia berjalan laju seperti orang Jepun tu.
Kelebihan berjalan laju |
9 Kelebihan Berjalan Laju
Berjalan laju atau brisk walking mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti di bawah :
1. Menurunkan berat badan & risiko penyakit kencing manis
The Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 58%.
2. Menguatkan jantung
Dalam satu kajian, kadar kematian dikalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang berjalan lebih dari dua batu sehari. Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study (72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung atau apa2 penyakit jantung yang lain sebanyak 35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.
3. Bagus untuk otak
Dalam satu kajian ke atas berjalan dan fungsi otak, pengkaji mendapati wanita yang berjalan pada kadar sederhana sekurang-kurangnya 1.5 jam seminggu mempunyai fungsi otak atau kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang 40 minit seminggu.
4. Bagus untuk tulang
Kajian menunjukkan yang wanita yang sudah putus haid yang berjalan sebatu atau 1.6 kilometer sehari mempunyai ketumpatan tulang seluruh badan yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang daripada 1 batu sehari. Berjalan juga efektif dalam memperlahankan kadar kehilangan tulang dari kaki.
5. Mengurangkan risiko kemurungan
Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu mengurangkan simptom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan soalan piawai kemurungan.
6. Mengurangkan risiko kanser buah dada & kanser kolon
Berjalan juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada dan kanser kolon. Wanita yang berjalan laju sejam 15 minit ke dua setengah jam seminggu mengurangkan risiko risiko kanser buah dada sebanyak 18% jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang tidak aktif. Banyak kajian telah membuktikan yang senaman boleh mencegah kanser colon dan manfaat senaman boleh meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan risiko kematian.
7. Meningkatkan kecergasan badan
Berjalan laju 3 kali seminggu selama 30 minit akan meningkatkan dengan banyak kecergasan cardio respiratory.
8. Menurunkan lemak badan
Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama berkesan dalam menurunkan lemak badan
9. Meningkatkan fungsi fizikal badan
Berjalan laju juga meningkatkan fungsi fizikal badan. Kajian menunjukkan yang berjalan meningkatkan kecergasan dan fungsi fizikal dan mencegah kecacatan fizikal di kalangan orang tua.
Sumber : SINI
Jadi jom rakyat Malaysia, kita berjalan kaki untuk kecergasan fizikal dan mental.
Ayuh menjadi rakyat yang sihat, cergas serta cerdas !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamatkah mencari jodoh di BaitulJannah? | Anda masih single? Mesti stress kan bila umur dah lanjut tapi masih belum bertemu jodoh? CN pernah berkongsi tentang idea tempat mencari jodoh di artikel 5 tempat sesuai mencari jodoh dan salah satu idea tersebut adalah menggunakan portal jodoh online seperti BaitulJannah. Persoalannya sekarang, adakah selamat mencari jodoh di BaitulJannah? Persoalan selamat atau tidak untuk mencari jodoh di BaitulJannah akan terjawab selepas ini. Teruskan bacaan ye.
Apakah BaitulJannah?
Baituljannah.com adalah sebuah laman web PATUH SYARIAH yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari. Jadi salah seorang daripada puluhan ribu calon yang sudah mendaftar.
Anda berasa bimbang dengan keselamatan privasi anda? Jangan bimbang kerana:
☛ 1. Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.
☛ 2. Sistem anti-SEO. Enjin carian seperti Google dan Yahoo tidak dapat mencari akaun anda.
☛ 3. Baituljannah.com mengawasi sebarang bentuk spam.
Cari jodoh di BaitulJannah
Jika susah sangat untuk mencari jodoh sendiri, apa kata anda cuba portal jodoh online BaitulJannah. Ia adalah antara portal jodoh online yang dipercayai. Baituljannah adalah lamanweb mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan paling penting perlindungan maklumat peserta di lamanweb tersebut.
Jika anda sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.
Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄
Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~