Bufet Ramadan SACC 2023 | Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), satu lokasi sinonim dan popular dengan majlis bufet Ramadan kembali lagi dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Muhibbah" bermula 25 Mac hingga 19 April 2023.
10Drs Probiotic Acne Series | Pernah dengar tentang jenama 10Drs? Jenama ni mengandungi pelbagai produk dari skincare hingga ke penjagaan badan harian seperti shower oil & lotion. CN suka skincare 10Drs Probiotic Acne Series yang dirumus khas untuk membantu mengurangkan masalah kulit jerawat, warna kulit tidak sekata & liang pori tersumbat. Almaklum la, bila sudah berumur ni, banyak masalah kulit datang menyinggah, kena la jaga dengan skincare lengkap tau.
![]() |
Jom cantik dengan 10Drs Probiotic Acne Series |
Review 10Drs Probiotic Acne Series
Skincare 10Drs Probiotic Acne Series ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal hingga ke berminyak. CN sendiri dah gunakan set lengkap Probiotic Acne Series ni, memang best! Rasa berangin dan segar je lepas guna. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim panas, memang kulit senang rasa panas dan merah, jerawat kecil pun senang singgah, sangat sesuai kalau anda gunakan skincare 10Drs Probiotic Acne Series ni.
![]() |
10Drs Probiotic Acne Series |
Apa yang perlu anda tahu, produk 10Drs Probiotic Acne Series ni adalah water-based. Jadi ianya mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan menggunakan teknology water-lock yang membantu melembabkan kulit. Selain itu, skincare ini juga membantu mengawal pengeluaran serum dan menguatkan pertahanan kulit dari sinar UV bahaya.
![]() |
10Drs Probiotic Acne Series |
Skincare Terbaik Untuk Masalah Jerawat
Apa yang perlu anda tahu, produk 10Drs Probiotic Acne Series ni adalah water-based. Jadi ianya mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan menggunakan teknology water-lock yang membantu melembabkan kulit. Selain itu, skincare ini juga membantu mengawal pengeluaran serum dan menguatkan pertahanan kulit dari sinar UV bahaya.
![]() |
Jom cantik dengan 10Drs Probiotic Acne Series |
1. Probiotic Gel Cleanser (RM68)
Mengandungi Niacinamide, AHA, BHA, Lactobacillus yang membantu membersihkan liang roma tersumbat, sel kulit mati & mengurangkan masalah white & black head. Selepas penggunaan cleanser ni, kulit muka rasa 'sejuk' dan menyegarkan. Kulit rasa lembab dan selesa.
![]() |
10Drs Probiotic Gel Cleanser |
2. Probiotic Renewing Toner (RM68)
Mengandungi 3 jenis AHA & BHA yang membantu membersihkan & melembutkan sel kulit mati. Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan PH kulit normal. Ianya tidak berminyak dan meresap terus ke dalam kulit.
![]() |
10Drs Probiotic Renewing Toner |
3. Probiotic Gel Hydrator (RM88)
Selepas toner sebati ke dalam kulit, anda boleh lah menyapu gel hydrator ke kulit secara lembut. Gel ini membantu menguatkan dan melindungi kulit wajah dari bakteria berbahaya serta melembabkan kulit. Mempunyai teknologi water-lock yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Gel ni best sebab tidak melekit. Terus meresap ke dalam kulit.
![]() |
10Drs Probiotic Gel Hydrator |
4. Probiotic Sun Protector (RM78)
Pada waktu siang, CN cadangkan untuk anda menyapu sun protector ini selepas penggunaan gel hydrator. Untuk melindungi kulit dari sinar UV & mengurangkan masalah liang tersumbat. Probiotic Sun Protector ini mengandungi SPF30 PA+++. Didatangkan dalam pack kecil, memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
![]() |
10Drs Probiotic Sun Protector |
5. Probiotic Acne Cream (RM48)
Jika mempunyai jerawat kecil, sapukan acne cream ini pada kawasan jerawat sahaja. Ianya cepat mengecilkan jerawat baru, membunuh bakteria penyebab jerawat dan menenangkan. Jika mempunyai jerawat baru, CN akan sapu secara kerap dekat kawasan jerawat. Saiznya yang kecil boleh dibawa ke mana-mana.
![]() |
10Drs Probiotic Acne Cream |
Beli Trial Set 10Drs Probiotic Acne Series di Shopee
Bagi anda yang ingin mencuba 10Drs Probiotic Acne Series ni, boleh lah beli dalam bentuk trial set di Shopee dengan harga cuma RM88 sahaja. Dalam trial set ini mengandungi Probiotic Gel Cleanser, Probiotic Renewing Toner, Probiotic Gel Hydrator & Probiotic Sun Protector.
Maklumat lanjut 👇
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
advertorial
Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR)
December 25, 2022Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ | Sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baru persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.
![]() |
Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ |
Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%, Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar. Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan.
Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang berisiko.
Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah, seterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang pendapatan. Kunci dalam mengurangkan ketidaksamaan pendapatan masyarakat dapat dicapai menerusi galakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan (vulnerable) ini.
![]() |
Pelajar Orang Asli dari SK Pos Dipang, Perak untuk kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ |
Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.
Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.
Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.
![]() |
Ibu tunggal bersama anaknya dari Johor untuk kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ |
Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.
TOP baru-baru ini memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.
![]() |
Sabun basuh TOP Color Signature |
Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.
Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan. Formulasi pelbagai teknologi yang khusus ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder Scent), iaitu wangian khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meningkatkan mood si pemakai.
TOP bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.
![]() |
Beli produk detergen TOP terpilih dari mana-mana kedai MYDIN yang mengambil bahagian di seluruh negara bermula dari 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 dimana sebahagian daripada jualan akan disalurkan untuk melengkapkan 200 pelajar sekolah darjah satu daripada keluarga PPR. |
“Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko. Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka. Kami amat menghargai kerjasama MYDIN dalam menjayakan kempen ini,” kata Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.
Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
“Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah,” tambah Cik Carmen Foo.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk TOP dan kempennya, sila layari laman http://www.southernlion.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800-880-133.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Majlis sambutan penutup bulan kemerdekaan SMKTPG | Dah lama artikel ni tersimpan dalam draft, baru harini CN berjaya publish! Majlis ni pun berlangsung pada 14 September 2022 yang lalu. Nampak tak lamanya tersimpan....
Tapi tak apa, gambar dah ada. Tinggal nak bercerita saja kan.
Majlis sambutan penutup bulan kemerdekaan pada tahun ni bertemakan melayu tradisional. Dengan cikgu dan pelajar digalakkan memakai tengkolok untuk lelaki & perempuan berkain batik di kepala. Macam biasa, tak kan CN nak berkain batik, mesti la up sikit, jadi CN pilih songket Encik Suami sebagai hiasan di kepala. Dengan berkurung songket, terus terasa ayu! Hehehehe...
Majlis Bertemakan Melayu Tradisional
![]() |
CN bergaya dengan songket dan bunga merah ditepi, ayu kan? |
![]() |
Bersama pelajar silat CN |
![]() |
Dengan gadis melayu yang buat persembahan pada hari tu |
![]() |
Gaya dari cikgu-cikgu |
![]() |
Cikgu-cikgu dan seorang pelajar yang membuat persembahan |
![]() |
Ex student yang buat persembahan hakka |
![]() |
Kemeriahan pada hari kejadian |
![]() |
Dengan amoi comel yang buat persembahan |
![]() |
Bersama pelajar 5 SK yang sporting |
![]() |
Bersama pelajar 5 SK yang sporting |
![]() |
Bersama pelajar 5 SK yang sporting |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
SSCUS Winnbaby car seat | Tengok la 'boss' kecik ni, kemain selesa dia dekat car seat. Suka lettew. Sebelum ni CN guna baby carrier je untuk Aqil Aryan, tapi sebab dia dah besar. Nampak 'padat' sangat dalam tu! Hehehe..
![]() |
SSCUSS Winnbaby Car Seat, lebih jimat dan berbaloi |
SSCUSS Winnbaby Car Seat, lebih jimat dan berbaloi
Jadi CN beralih arah ke car seat. Alang2 membeli, apa salah nya beli untuk jangka masa panjang.
SSCUS Winnbaby Car Seat ni, bukan je Aqil Aryan boleh guna, kakak dia pun boleh tau. Pantang adik tak guna, laju je kakak take over.
Untuk pengetahuan anda, SSCUS Winnbaby car seat ni sesuai untuk baby baru lahir sehingga 12 tahun. Berbaloi sangat beli ni.
![]() |
Aqil Aryan suka duduk di SSCUS Winnbaby car seat |
Video Unboxing & Review SSCUS Winnbaby Car Seat
![]() |
Dhia Zahra pun muat duduk dalam SSCUS Winnbaby car seat ni, lagi selesa kalau dibuka baby cover tu |
Kenapa SSCUS Winnbaby car seat ni best?
- 5 mata tali pinggang keselamatan (lebih stabil)
- 5 pilihan peringkat berbaring ikut keselesaan anak
- Isofix, lebih stabil & selamat
- Side Impact Protection System (SIPS) - untuk melindungi si kecil dari kesan sampingan pelanggaran
- Sarung kain boleh tanggal dilapisi dengan kain anti-bakteria & anti-hama untuk memastikan si kecil selesa.
![]() |
Beli car seat SSCUS Winnbaby dekat mana? |
Beli SSCUS Winnbaby Car Seat di mana?
Memang berbaloi sangat kalau beli SSCUSS Winnbaby carseat ni. Harganya pun boleh tahan. Khas untuk pembaca semua, jangan lupa masukkan promo code [Cekgu22] untuk dapatkan diskaun RM20. Promo ini hanya sah bermula 11 July 2022.
*Tertakluk kepada terma & syarat
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~