Salam 1 Malaysia
Korang tau tak kumpulan Kristal yang omel2 masa dorang remaja tu? Sekarang ni semua dah dewasa. Razlan pon dah gemok cikit lepas kawin...hehe. Tapi suara still lagi power ! En. Arep selaku suami tersayang memang rocker sejati. Antara kumpulan favourite nyer adalah Kristal.
Tengah lepak2 sambil main game Candy Crush [dah 2 minggu sangkut kat level 86], En. Hubby datang minta Cikgu Norazimah download kan lagu Kristal untuk burn dalam cd. Tang lagu INTAN, tiba2 En. Hubby cakap " Lagu ni khas untuk ayang !" Eh! Kena cari lirik lagu ni ! Jom kita hayati lagu sweet ni yer !
[Sumber cerita di SINI]
Setelah berkahwin 20 tahun, akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata bernama Musa. Anak lelaki itu menjadi fokus kehidupan Pak Jamal dan Kak Ros. Suatu hari, Pak Jamal terlihat sebotol ubat tidak tertutup di atas meja. Oleh kerana Pak Jamal sudah terlewat ke tempat kerja, Pak Jamal memesan isterinya untuk menutup botol ubat tersebut. Kak Ros yang sibuk dengan kerja2 rumah tangga terlupa akan pesanan suaminya. Musa yang berusia 2 tahun ketika itu melihat botol tersebut dan tertarik dengan warna ubat telah mengambil botol itu dan minum semua ubat! Ubat itu berupa racun dan hanya boleh dimakan orang dewasa pada kadar yang kecil.
Musa pengsan ! Kak Ros menjadi panik dan terus memandu kereta melanggar pagar rumah terus ke hospital. Setiba di hospital, muka Musa amat keputihan. Anaknya sudah berada dalam keadaan koma. Kak Ros sangat terkejut dan takut. Bagaimana saya nak menghadapi suami saya?
Gambar hiasan
Ketika Mesyuarat Guru dengan Pengetua Sekolah sedang berlangsung, tiba-tiba terdengar suara angin dan dentuman serta aroma tidak sedap mula terbau... Guru yang lain pun mula memberi respon:
Guru Matematik: "Sesuatu yang tidak dapat dikira namun baunya boleh dibahagi..."
Salam 1 Malaysia..
Sihat? Cikgu Norazimah demam berjangkit dengan Irfan ! Minggu lepas si bambam ni demam sebab rindukan arwah neneknya, minggu ni lak Cikgu Norazimah demam + flu + batuk. Agak tak selesa di sekolah. Asyik nak mengamuk dengan students jer..hope dorang takde ler amik hati dengan Cikgu Norazimah yang tak berapa baik mood beberapa hari ni..
Selepas 6 hari bercuti panjang. Semalam Cikgu Norazimah memulakan kerja seperti biasa. Agak moody sebab tak berapa sihat. Bila masuk kelas adalah beberapa orang students tanya kenapa cikgu tak datang sekolah lama. Sebab malas nk menjawab, cakap jer berita cikgu ada dalam semua suratkhabar. Rupa2 nya budak2 ni baca suratkhabar gak ek? Ingat duk layan fb jer, dorang tau gak pasal berita siap bawak keratan tu ke skolah lagi share dengan kawan2. Dah memang skola pompuan, rupa2nya cepat jer berita kematian mak mertua Cikgu Norazimah tersebar. Its hokay..dun worry pasal cikgu yer, cikgu dah hokay ! Life must go on...
Tengah ber'fb', tiba2 terjumpa 1 artikel tentang "Jangan Tegur Isteri Depan Anak2". [Sumber : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung]
"Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Salam,
Hari yang suram, muram, tak bermaya, keletihan, penat semuanya bersatu menjadi 1. Segalanya bermula pada hari Isnin (10/6/2013), 7.40 pagi, Mak Mertua (Hajah Nor Asmah Paniti) mengalami kemalangan di hadapan klinik kesihatan Jenjarom. Saya menerima panggilan dari ayah mertua selepas habis perhimpunan sekolah dalam pukul 8 lebih . Mulanya saya menyangka kemalangan biasa dan meminta ayah untuk update berita terbaru. TAPI, 9.47 pagi suami call bagitahu mak kritikal, kaki & tangan patah dan masih tak sedarkan diri. 10 lebih tu pulak ayah call cakap mak ditransfer ke Hospital Klang !
Ya ALLAH ! Lemah lutut dan kelas lepas tu, memang tak dapat fokus. Saya tak boleh balik sebab mesti habiskan kelas untuk hari tu kerana tak nk bersoal jawab dengan pengetua dan mesti akan ada guru2 yang merungut bila dapat relief saya. Serius, saya cuba taknk susahkan orang lain walaupun pasti, esok tak kn datang ke sekolah! Habis jer kelas terakhir, terus capai beg dan berlari lari ke rumah sambil telefon teksi ke central market sebab saya bercadang untuk naik bas KL-Klang. Dalam perjalanan, suami, adik2 ipar dan ayah mertua bergilir2 call tanya saya di mana. Elok jer sampai di Klang, suami cakap mak dah tak dapat di selamatkan, tunggu masa jer....