Salam Syawal..
MAKLUMAN PERTUKARAN NAMA
Jabatan PELAJARAN Negeri (JPN) kepada Jabatan PENDIDIKAN Negeri
&
Pejabat PELAJARAN Daerah (PPD) kepada Pejabat PENDIDIKAN Daerah
Sumber SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Syawal..
Rutin CN seperti biasa, mengajar di sekolah ternama di KL dan IB ditinggalkan bersama EA di Kuala Langat. Keputusan pertukaran guru masih tidak memihak kepada CN. InsyaAllah, CN yakin pasti suatu hari saat bersama keluarga akan tiba juga. Cuma waktu dan ketika belum diketahui. Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui.
Ramai yang bertanya, CN tak rindu ke anak yang ditinggalkan di kampung? Gila tak rindu ! Hanya orang yang berada di tempat CN yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak dan suami di kampung sedangkan CN mencari beberapa suap nasi untuk diri sendiri..
Kalau ikutkan hati, memang tak tahan menanggung rindu dekat IB dan EA. Kadang2 terfikir gak untuk resign, nk buat bisnes. Tapi JIWA CN pada dunia pendidikan. Terfikir gak nk resign n mengajar di Kolej MCS dekat Banting tu, takpun dapat offer mengajar dekat Kolej Cosmopoint dekat Klang. Tapi ramai yang menahan sebab jadi CIKGU ni banyak kelebihan berbanding kelemahan.
Salam Syawal..
Semalam CN kena pergi kursus dekat JPN di Jalan Duta. Macam biasa, pergi ke sana naik teksi dekat ayah angkat CN dan Kak Su iaitu APPANA. Uncle Appana ni memang telah dinaiktarafkan sebagai ayah angkat kitorang sebab since 2010 menjadi regular customer kalau nk ke mana2. Uncle ni pon memang tak berkira dengan kitorang dan sangat punctual ! Korang bayangkan, kalau Uncle Appana tak boleh hantar kitorang, dia hantar anak atau sedara mara dia tau ! Memang superb ler Uncle ni !
Nak dijadikan cerita, masa pergi memang senang ler dengan Appana. Bayaran cuma RM13.40 termasuk charge untuk panggilan RM2.00. Jadi Appana kasi diskaun bayar RM15.00 jer. Itu kisah pergi..ni nak balik ni. Sebab Appana kena hantar customer, tak boleh ler amik CN dekat Jalan Duta tu, so terus ler pergi stesen bas Jalan Duta sebab sana jer ada teksi. Di sana dorang menggunakan sistem kupon di mana CN dicharge sebanyak RM25.30 untuk ke Selayang ! Disitu terdapat perbezaan bayaran sebanyak RM10.30 ! [belajar kira2 sikit yer..hehe]
Gambo kiri : IB mengorek mencari 'sesuatu'
Gambo kanan : "Yeah, dah jumpa ! " hehe
[ Salam Aidilfitri ]
Salam Syawal..
Entry SINI CN mendeklamasikan sajak khas buat IB tersayang. Bajet IB faham ler apa mama dia cakapkan kan? Hehehe..
Alkisanyer, bufday boy demam since isnin sebab IB ni asal nak dekat 17hb jer, mesti demam ! Dari baby sampai sekarang, sesiapa yang ada anak, adakah anak u all pon macam IB juga? Nak dekat tarikh bufday mesti demam, pendek kata every month mesti demam ! Cuma demam sikit2 ler, cuma kali ni agak teruk sebab demam sempena nk setahun. Last IB demam teruk sampai warded masa dalam pantang. Baca SINI.
Kalau u all perasan, IB kini sudah berubah wajah. IB kini botak !! Irfan BAMBAM boleh juga dikenali sebagai Irfan BOTAK ! Ala comeyy..